- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 10, 2008

Putu Mayam Berkuah

I really love putu mayam.If not mistaken,putu mayam can be eaten in different way.Some eat it with 'gula melaka',some eat it with coconut.But i prefer with 'kuah'.


Putu Mayam Berkuah
oleh: salieysa

Bahan-bahan ( satu keluarga (20 biji-tgk saiz la) )

=== untuk buat putu mayam======
3 cawan tepung beras
1 cawan air panas
garam secukup rasa

=====Untuk membuat kuah manis===
santan dari sebiji kelapa
Setengah kerek manisan (gula melaka)
3 sudu besar tepung beras (sangaikan)
daun pandan
secubit garam
2 biji telur (pukul dulu sikit)

Cara-cara
1. **Buat putu dulu** ni acuan putu yang saya bli, buat dari plastik je.



2. Panaskan kukusan terlebih dahulu.
3. campurkan tepung beras dengan garam.
4. masukkan air panas sikit - sikit. adunan putu ni keras sikit, tak macam adunan kuih lain. kacau ngan senduk kayu, kalau guna tangan masuk spital la jawabnya.
5. dah tu kepal- kepalkan adunan dengan senduk atau pun sudu dan masuk dalam acuan putu tu, kalau kat trg kitaorg panggil bekas kebab. dah tu tekan la sampai putu tu kluar. tadahkan plastik kat bawah acuan tu. saiz tu ikut suka korang la nak buat besar mana pun. saya buat kecik - kecik, senang nak makan satu mulut je... kemudian kelepetkan plastik tu sikit, putu kat trg biasanya bentuk segi tiga, ikut la nak buat camana pun, janji putu tu padat - padat sikit, tak terburai la masa kukus nanti. alihkan dari plastik kedalam kukusan, jangan susun bertindih, nanti putu melekat.
6. kukuskan selama 5 - 10 minit atau sehingga putu nampak berkilat.
7. **Buat kuah manis**
8. Masakkan santan dan manisan dalam satu periuk, masukkan daun pandan
9. masukkan tepung beras yang dah disangai, kacau sebati. bila kuah dah agak mendidih sikit baru masukkan telur dan kacau sentiasa agar telur tak membeku
10. dah siap kuah dan putunya, selamat menjamu selera.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).