Today, i break my fast alone as my fiance already went back to klang.So i was a little bit lazy to cook + my right foot hurt like hell.I fall down at my office's toilet.The floor was wet & very slipery bcoz' b4 that my boss's daughter 'main air kt dlm toilet tu'.I think my foot has 'terseliuh'.So, i make kerabu sotong + suhun.I use kak liza's recipe.It taste really good.Thanx kak liza for the recipe.
KERABU SOTONG & SUHUN
Bahan
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
500 gm sotong sederhana besar
50 gm suhun [rendam dan celurkan air panas]
3 s/b jus limau nipis
1 s/b sos ikan [boleh gantikan kicap cair + 1 s/k kiub ikan bilis dihancurkan]
1 s/k gula
garam [jika perlu]
2 pokok daun ketumbar [racik kasar]
Bahan Tumbuk
3 tangkai cili api
3 tangkai cili merah
2 ulas bawang putih
Bahan Mayang
2 kuntum bunga kantan
1 labu bawang besar
1 batang timun [kecil]
3 tangkai cili merah
Cara
1. Sotong dibersihkan. Buangkan kulit dan potong bulat.
2. Masukkan sotong dalam kuali dan masakkan sehingga keluar airnya.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan gaul rata.
4. Rasakan masam dan masinnya.
5. Hidangkan.
Nota;
Masa masak sotong dalam kuali tu jgn masukkan air nanti sotong tu akan berkuah due to sotong akan keluarkan air semasa masak.
KERABU SOTONG
Bahan A :
500 gram sotong ...buangkan kulit dan hiris kasar
3 S/b Apple Cider Veniger atau air limau nipis/kasturi
2 sudu teh kicap cair atau sos ikan
1 sudu teh gula pasir
Bahan hiris/mayang
1 pokok daun ketumbar
1 pokok daun bawang
1 biji bawang besar
5 biji cili padi
3 biji cili merah
5 ulas bawang merah
3 biji buah tomato
1 biji mangga muda
Cara:
1. Rebuskan sotong dengan sikit air. Toskan.
2. Gaulkan semua bahan dan hidangkan.
Kerabu sotong Thai style
oleh: joayee
Bahan-bahan ( 2-4 people )
satu mangkok Sotong
2 biji limau nipis
Daun ketumbar
1-2 bawang besar
3 sudu besar fish sauce
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam (ikut rasa)
5-10 Cili padi (ikut rasa)
NB: bole juga taruk tauge & tomato, n seafood cocktail..
Cara-cara
1. Bersihkan sotong.
2. potong bulat2, masukkan kedalam bowl. then tarukkan boiling water dlm bowl. rendam selama 5min..so sotong tu masih lembut. separuh masak
3. Potong cili, daun ketumbar(segenggam), bawang besar.
4. campur semua bahan..dan rasa.. and ENJOY!!
5. NB: after step 2: jangan lupa sejat sotong..buang air...
Kerabu Sotong Bermangga
Sumber: Majalah Wanita Mac 2000
Bahan-Bahan:
4 ekor sotong besar
2 biji tomato
3 sudu gula
Sedikit garam
1 kuntum bunga kantan - dihiris
½ biji mangga yang hampir masak
½ biji bawang merah - dipotong dadu
sedikit daun ketumbar - dihiris halus
Cara:
Sotong dipotong kecil dan direbus hingga masak. Toskan. Kisar tomato bersama gula dan sedikit garam. Campur sotong bersama bahan kisar, bunga kantan, mangga, bawang merah dan daun ketumbar. Gaul rata dan hidangkan.
Kerabu Sotong
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
5 biji cili padi (ditumbuk halus)
2 biji limau nipis (diambil airnya)
4 camca sedang sos ikan
1 kg sotong (dikelar-kelar & direbus)
2 biji bawang besar (dihiris nipis)
3 batang serai (dihiris)
2 biji tomato (dihiris)
2.5 cm halia (dihiris)
½ cawan isi nanas (dicincang)
½ cawan daun pudina
5 biji cili padi (dihiris)
Cara:
Satukan semua bahan dan gaul sebati.
Kerabu Sotong
Bahan-bahannya:
600 gm sotong basah
1/2 biji timun
1 biji bawang besar
2 helai daun bawang
1 batang serai
1 sudu besar air limau nipis
1 sudu besar santan@susu cair
Garam dan serbuk perasa secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Sotong dibersihkan dan dipotong bulat-bulat dan direbus sehingga masak
2. Timun, bawang besar, daun bawang dan serai dimayang halus.
3. Kemudian campurkan kesemua bahan di atas(1 dan 2) dan tuangkan air limau nipis dan santan sedikit-sedikit dan digaul.
4. Tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya dan bagi yg suka pedas tambahkan dgn cili api yang ditumbuk kasar-kasar...
Kerabu Sotong Pedas
(Yum Pla Muk)
Bahan-bahannya:-
500 gm sotong (buang kulit dan bersihkan)
1 biji bawang kecil, dibelah 10 memanjang
1 biji tomato, dibelah 10 memanjang
1 batang daun bawang dipotong 1 in. pjg.
1 tangkai daun ketumbar, dicincang kasar
1/2 cawan daun pudina
6 helai daun salad
Bahan untuk kuah:-
5 biji cili (dicincang kasar)
2 camb. sos ikan
1/4 cawan perahan limau nipis
1 camt. gula
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/2 camt. garam
1 camb. Sriracha (sos pedai Thai)
Cara Membuatnya:-
1. Belah sotong dan leperkan di atas papan memotong. Dengan menggunakan pisau tajam, kelar sotong bersilang-silang sejarak lebih kurang 0.5cm (1/4 in.). Kemudian potong sotong selebar 1 x 2 in.
2. Panaskan kuali tidak melekat di atas api sederhana panas dan masukkan sotong. Kacau sehingga bertukar warna, lebih kurang 3-5 minit. Angkat dan ketepikan sehingga sejuk.
3. Campur sotong dengan bawang, tomato, daun bawang, daun ketumbar dan daun pudina. Campur semua bahan kuah dan tuang di atas kerabu.
4. Lapik daun salad pada pinggan hidangan dan letakkan kerabu sotong di atasnya.
KERABU SOTONG
Bahan A :
200 gram sotong
50 gram daun sup
50 gram daun bawang
1 biji bawang besar dihiris
5 biji cili padi di hiris
5 ulas bawang merah dihiris
1 biji buah tomato di potong dadu
Bahan B :
300 gram nanas di potong dadu
4 biji limau nipis di ambil airnya
2 sudu teh kicap cair
1 sudu teh gula pasir
Cara membuatnya :
1. sotong dicuci bersih dan di rebus selama 3 minit
2. campurkan sotong bersama2 dengan bahan A dan gaul biar rata.
3. masukkan pula bahan B dan gaul biar sebati.ianya sedap jika di sejukkan dahulu sebelum di hidangkan.
Kerabu Sotong Ala Thai Simple
Bahan-bahan
½ kg sotong
3 biji bwg merah
3 cili mrh
1 sudu bsr sos ikan
1 sudu the lada sulah
Udg kering
Garam
Cara membuat
Rebus sotong smpai lembut.hiris..kisar udang kering..cmpur smua bahan2 n gaul.. cmpur tauge , tomato n carrot. Perah asam limau..
KERABU MANGGA SOTONG
Bahan-bahan
1 cawan sotong mesin
½ cawan mangga masam – dihiris
2 biji bawang merah – dihiris
1 sudu besar daun bawang – dihiris halus
1½ sudu kecil udang kering
¼ cawan gajus
5 biji cili padi – dihiris halus
1 sudu besar jus limau
2 sudu besar gula
1 biji cili merah – untuk hiasan.
Sedikit daun ketumbar – untuk hiasan
Cara-cara
Campurkan semua bahan-bahan kecuali bahan untuk hiasan ke dalam mangkuk dan gaul rata. Tambahkan gula atau garam mengikut rasa. Hiaskan dengan cili potong dan daun ketumbar. Sedia untuk dihidangkan.
kerabu cendawan + sotong
Kiriman-mzhar9@hotmail.com
Bahan-bahan
1/2 kilo sotong
1 tin cendawan
50 gram so hoon
2 biji mangga muda
5 batang serai
6 cili padi ..mengikut selera
7 sedikit bawang besar dan halia
bahan utk digaul
1 inci belancan
4 biji limau nipis
5 sudu gula
garam secukup rasa
Caranya
1. sotong kulat dan so hoon di rebus terlebih dahulu. sotong,kulat,serai, mangga, b besar, halia dan cili dipotong mengikut citarasa
2. perah air limau nipis hancurkan belancan + gula garam dlm bekas berasingan dan gaulkan dengan bahan2 bahan yg dimayang. sesuai utk di hilang pada makan tengah hari
KERABU TAUGEH DAN SOTONG
Bahan-bahannya:
200g taugeh
200g sotong — dikelar-kelar
3g soo noon
2 btg serai1 tangkai daun ketumbar — dihiris
5 ulas bawang merah —dihiris halus
5 biji cili padi
3 sudu makan jus limau nipis
2 sudu makan kicap cair lada sulah, gula dan garam secukup rasa
Cara membuatnya:
Celurkan taugeh, soo hoon dan sotong secara berasingan. Taugeh tidak perlu dicelur terlalu lama. Campurkan kesemua bahan dan gaulkan sehingga sebati.
kerabu mangga + sotong kering
Resipi Oleh - maklang
Bahan-Bahan
Bahan hiris
Mangga
Bwg besar
Cili padi
Cili merah
Sotong kering (boleh juga gunakan sotong bergula)
Bahan kisar
Kacang tanah } disangai dan dikisar
Udang kering }
Garam
Gula
Perahan asam limau
Cara Memasak
Gaul kesemua bahan-bahan tadi sehingga rata. Jika kurang masam, perahkan asam limau.
No comments:
Post a Comment