- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, September 15, 2008

Paru-Paru


PARU GORENG BERLADA


Bahan
300 gm paru [rebus dan hiris nipis]
1 labu bawang besar [potong gelang]
2 biji cili merah [hiriskan]
3 keping asam keping
minyak
garam

Bahan tumbuk/mesin
10 biji cili kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah

Cara
1. Gorengkan paru yg dihiris sehingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Tinggalkan minyak sedikit dan tumiskan bahan tumbuk sehingga garing.
3. Masukkan asam keping, garam dan paru yg telah digoreng. Kacau rata.
4. Angkat dan hidangkan.










Paru Goreng Sambal


Bahan-bahan:
500gm limpa- rebus,thinly sliced,then goreng

Bahan kisar:
1 onion
4 garlic
5 tangkai cili kering

Perasa:
1 tbs air asam jawa
sedikit belacan
2 tbs gula
1 tbs garam

Cara-cara:
1. tumis bahan kisar, masukkan gula belacan, masak hingga hampir kering.
2. masukkan paru yang telah di goreng.
3. masukkan semua bahan perasa.
4. masak sekejap. Siap.






Sambal paru
oleh: cthaizad

Bahan-bahan
1/2 kg paru rebus
cili kering dalam satu genggam buang biji jika tak mahu pedas*
bawang besar 1 ulas*
bawang putih 3 biji*
belacan sedikit sahaja*
serai 2 batang hiris yang putih saja.
tomato 2 biji di belah 6 setiap biji.
gula coklat / gula melaka mengikut citarasa masing-masing
garam secukup rasa.
minyak untuk menumis.

Cara-cara
1. bahan yang bertanda * di blender,jgn lupe cili kering tu di rebus dahulu jadi senang nak kisar.
2. panas minyak tumis serai sampai wangi.
3. bila dah wangi goreng paru rebus bersama serai yng di tumis.
4. bila paru itu garing di bahagian luarnye angkat dengan serai yang tadi dan tepikan.
5. minyak tumis jika ada lebihan jangan di buang boleh di gunakan untuk menumis sambal nya .kalau minyak tumis tu kurang tambah sedikit.
6. tumis sambal sampai garing dan naik minyak.
7. masukkan gula melaka/gula coklat serta garam secukup rasa
8. jangan lupa tomato yang di belah 6 di masukkan juga.
9. dan akhir sekali paru yang di goreng gaul sebati dengan sambal,masak dengan sanbal hingga agak kering.




Paru-Paru Goreng
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977


Bahan-Bahan:
250 paru
air mendidih bergaram yang cukup untuk meliputi paru garam & lada sulah secukup rasa
¾ cawan minyak masak
2 labu besar bawang besar (dihiris bulat-bulat)
2-4 batang lada hijau (dibuang bijinya & dihiris menyerong)
1 camca kicap pekat
1 camca kicap cair
2 biji tomato separuh masak (diparut)

Bahan sos:
15-20 batang lada kering (direndam &ditoskan)
½ cawan air mendidih
3 camca cuka
1 camca kicap pekat
1 camca kicap cair
3 Batang lada hijau (dihiris tipis)
garam & lada sulah secukup rasa

Cara:
Rebus paru dalam air bergaram hingga lembut. Ambil 1/2 cawan air rebusan & tapiskan. Keluarkan paru sejukkan.Hiris tipis -tipis & besar serta bubuh bahan perasa secukup rasa. Pijarkan minyak hingga berasap. Goreng hirisan-hirisan yang telah diperap itu hingga kuning & garing.Toskan minyaknya betul-betul & ketepikan. Kurangkan minyak kepada 1 camca.Goreng bawang yang telah dihiris bulat-bulat hingga layu. Masukkan bahan-bahan yang selebihnya & air rebusan yang telah disimpan.Bubuh serbuk perasa secukup rasa. Biarkan hingga mendidih & masukkan separuh paru yang telah di goreng.Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan selama 10 minit.Isikan ke dalam pinggan & biarkan hangat.

Untuk menyediakan sos :
Satukan semua bahan & ketepikan dengan bertutup selama 2-3 minit. Hidangkan dengan paru goreng selebihya.Hidangkan panas-panas kedua hidangan itu dengan nasi putih.




Sambal Paru
Sumber: Majalah Jelita, November 1992



Bahan-Bahan:
8 sudu besar minyak
15 biji bawang merah dihiris
5 ulas bawang putih
3 batang serai dihiris
1 cm halia
1 cm lengkuas
2 camca besar cili giling
1 tin kecil puri tomato
4 camca teh kicap manis
Sedikit garam
10 tangkai cili merah
600 gm paru, dipotong dadu dan direbus
300 gm kentang dipotong dadu kemudian digoreng

Cara:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih, serai halia dan lengkuas hingga wangi.
2. Masukkan cili giling, puri tomato, kicap dan garam.
3. Akhir sekali, masukkan cili merah, paru dan kentang.
4. Gaul rata-rata kemudian angkat.





Paru Masak Rempah
Sumber: Majalah Saji Ogos 2000


Bahan-Bahan:
1 kg paru, direbus
8 ulas bawang merah, dikisar halus
5 ulas bawang putih, dikisar halus
3 cm halia, dikisar halus
1 sudu besar serbuk jintan manis
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk lada hitam
¾ cawan air
2 labu bawang besar, dipotong bulat
5 cm kulit kayu manis
½ sudu kecil jintan manis 2 kuntum bunga lawang
4 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2 tangkai daun kari
1 cawan minyak masak
1 tangkai daun bawang, dikerat 3 cm
2 tangkai cili merah, dipotong tebal dan menyerong
Garam secukupnya
Serbuk perasa secukupnya

Cara:
Paru dipotong lebar setebal 1 cm. Panaskan minyak di dalam kuali dan masukkan bahan-bahan kisar, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, jintan manis, buah pelaga dan daun kari. Kacau hingga wangi. Satukan air dengan serbuk jintan manis, serbuk ketumbar, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam kemudian kacau hingga sebati sebelum dimasukkan ke dalam kuali. Kacau rata-rata hingga pecah minyak. Masukkan paru, bawang besar, cili merah, garam dan serbuk perasa. Jika kuah terlalu kering, bolehlah ditambah sedikit air lagi. Kacau hingga rata. Bila bawang layu sedikit, taburkan daun bawang dan angkat.




Peparu Goreng Berlada
Sumber: Majalah Jelita Januari 1998



Bahan-Bahan:
500gm peparu lembu (dibubuh sedikit garam dan direbus empuk)
Sedikit serbuk kunyit
Minyak masak secukupnya
1 sudu teh serbuk belacan
4 sudu besar cili kisar
Sedikit garam dan gula
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 keping asam gelugur

Bahan-bahan kisar:
5-6 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris halia

Cara:
Peparu lembu dihiris nipis dan dibubuh di dalam mangkuk. Masukkan serbuk kunyit, gaul hingga sebati. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Goreng peparu hingga kering. Ambil sesudu besar minyak menggoreng peparu tadi, panaskan ia di dalam kuali lain. Tumis Bahan-bahan kisat tadi bersama belacan dan cili kisar. Biar hingga ia terbit minyak dan garing. Masukkan peparu bersama garam, gula, bawang besar dan asam gelugur. Kacau hingga sebati. Biar hingga bawang layu sedikit. Angkat.





Lampung Rempah Melayu



Bahan
500 gm lampung/paru
4 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
2 inci halia
10 helai daun kari
3 sudu rempah kari daging
gula
garam
minyak masak

Cara
1. Rebus dahulu lampung dan hiris nipis- nipis.
2. Panaskan minyak dan tumis kesemua bahan hingga garing dan naik bau
3. Masukkan lampung tadi dan kacau hingga kesemuanya rata
4. Setelah kering , angkat dan hidang.




PARU GORENG ALA MINANG


Bahan-bahan:
1/2 kilo paru
1 sudu besar lada hitam }
1 sudu besar ketumbar }
3 biji bawang merah } ditumbuk kasar
2 ulas bawang putih }
garam secukup rasa sedikit minyak

Cara membuat:
1. Rebuskan paru terlebih dahulu bersama sedikit garam.
2. Apabila sudah masak hiriskan nipis-nipis.
3. Perapkan paru yang telah dihiris tadi dengan bahan-bahan yang telah ditumbuk.
4. Panaskan minyak di dalam kuali, goreng paru tadi sehingga agak garing, bolehlah diangkat dan ditoskan. Sedia untuk dihidangkan.




Paru Goreng Jintan
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga


Bahan-bahan
300 gm paru direbus hingga empuk

Bahan Ditumbuk
1 sudu sederhana jintan manis
4 ulas bawang putih
1/2 inci kunyit basah
Sedikit gula dan garam

Cara Membuatnya
1. Paru yang sudah empuk dipotong nipis-nipis.
2. Kemudian gaulkan dengan bahan-bahan ditumbuk. Selepas itu barulah digoreng.
3. Bila telah masak bolehlah dihidangkan.





Paru Bila Mati Cinta Terhenti
Oleh : Farahain Jemangin


Bahan-Bahan:
500gm paru(direbus&goreng)

Bahan untuk sos:
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar tomato
3 sudu beasr sos tiram
3ulas bawang putih(cincang)
4 sudu besar air asam jawa.

Cara Membuatnya
1.Satukan kesemua bahan sos & masak shingga mendidih.Boleh dibubuh sdikit gula & garam jika suka.
2.Paru yg digoreng dimakan dgn mencicah kuah sos tadi. Mudahkan. Selamat Mencuba!





Paru Berempah
(Hanieliza)


Bahan-bahan
500 gm paru [rebus dan potong kecil & nipis]
2 biji bawang besar - dihiris bulat2
4 biji tomato buah [belah 4
5 biji lada hijau [potong 2 serung]
1/2 cawan air
daun kari
minyak
garam

bahan mesin
2 cm halia
5 ulas bawng merah
3 ulas bawang putih
2 s/b rempah kari daging
1 s/b jintan manis

Cara
Panaskan minyak dan tumiskan daun kari . Masukkan bahan mesin dan kacau sehingga naik minyak. Masukkan paru rebus dan air. Kacau sebati dan biarkan reneh sehingga naik minyak. Masukkan bawang hiris, lada hijau, tomato dan garam. Kacau lagi dan biarkan naik minyak semula. Hidangkan dengan nasi atau roti.






KERABU PARU
~ famili azam ~



Bahan-bahannya:
500 gram paru - direbus kemudian dihiris
1/4 batang mentimun - dihiris halus
1 batang serai - dihiris halus
1/2 biji bawang besar - dihiris
1 ulas bawang putih
1 biji limau nipis - diperah airnya
1 biji cili benggala hijau
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara-cara membuatnya:
Gaulkan mentimun, serai, bawang besar, bawang putih, paru dan perahan air limau kedalam satu bekas. Kemudian tambahkan garam dan serbuk perasa secukupnya. Hiaskan dengan cili benggala hijau sebelum dihidang.





Rendang Paru Berkacang



Bahan:
paru-paru mengikut anggaran
kacang tanah (digoreng dan ditumbuk halus)
15 biji cili kering
10 ulas bawang merah
sedikit asam jawa dan kicap
sedikit garam, gula dan serbuk perasa

Cara:
1. Paru2 direbus sehingga masak. Bila sudah sejuk, hiris nipis2.
2. Kemudian paru2 tadi diperap dengan kicap, gula dan serbuk perasa selama 20 minit.Kemudian digoreng.
3. cili kering dan bawang ditumbuk halus
4. bahan cili ditumis dgn minyak, kemudian masukkan paru2 yg telah digoreng dan bubuh sedikit asam jawa.
5. apabila sudah pekat, masukkan kacang tanah dan kacau hingga rata dan biarkan sekejap atas api.
6. angkat dan hidangkan panas2






Paru Goreng Sambal Anuwarezam
Dari mingguan wanita


BAHAN-BAHAN:
• 500 gram paru - direbus dan dihiris nipis
• 2 sudu besar cili giling
• 22 ulas bawang putih - kisar
• 2 labu bawang besar - kisar
• 2 sudu besar kacang tanah - goreng dan tumbuk kasar
• 2 sudu besar kicap pekat
• Serbuk perasa dan garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:
1. Panaskan minyak dan goreng paru terlebih dahulu.
2. Tos paru tersebut dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar bersama cili giling.
3. Setelah naik minyak, masukkan paru tadi bersama kicap dan kacang tanah.
4. Akhir sekali masukkan serbuk perasa dan garam secukupnya.
5. Kacau kesemua bahan sehingga masak.
6. Sedia untuk dihidangkan.





PARU BERCABAI MAK MERTUA
oleh Hamidah bt Ayob



BAHAN-BAHAN
Paru
Kunyit
2 sudu besar jintan manis (besar)
1 sudu kecil lada hitam
10 cili kering (ikut pedas)
Asam jawa
Gula
Garam
Halia

CARA-CARA
1. Potong paru setebal 1 inci. Ketuk dengan hujung pisau.
2. Rebus paru beserta kunyit, lada hitam, jintan manis hingga kering.
3. Tumis bawang merah, bawang putih, halia, cili kering sehingga garing.
4. Sesudah garing masukkan paru.
5. Kacau hingga rata.
6. Masukkan air asam jawa.
7. Masukkan garam dan gula secukup rasa.






Paru Sambal Kering
oleh: moralle


Bahan-bahan ( 1 kilo paru, untuk 4 hingga 6 orang (it depends) )
1 kilo paru (di rebus dahulu selama 30min at least)
Lada kering (dalam 20 tangkai or depends on individual)
2 biji Bawang besar
3 biji bawang putih
Serbuk lada putih dan Serbuk lada hitam (sukatan ikut rasa sendiri)
1 sudu kicap masin

Cara-cara
1. Paru yg telah di rebus, di potong kecil, memanjang sedikit ataupun ikut suka rasa (asalkan tipis dan tidak terlalu tebal) - di goreng dahulu sehingga separuh garing
2. Lada kering, bawang besar dan bawang putih (di blender)
3. Tumis lada yg sudah di blender sehingga sedikit garing
4. Masukkan paru yg telah digoreng, di gaul rata,
5. Masukkan serbuk lada putih dan serbuk lada hitam dan juga kicap,
6. Setelah di gaul sebati masukkan perasa dan sedikit garam,
7. Boleh juga di masukkan sedikit gula sebagai perasa,
8. Di gaul semuanye hingga sebati





LAMPUNG SILA
- amin_24000 -



Bahan-bahan
600g peparu
250ml minyak kacang
4 batang lada merah, dibelah dua
4 biji bawang besar, dihiris bulat-bulat
4 biji tomato, dihiris bulat-bulat
3 ulas bawang putih, dihiris halus
300g kentang, dipotong bulat-bulat setebal 1 cm
1 tin kecil tomato puri
1 biji limau nipis, dipotong enam
1 sudu teh lada putih serbuk
63ml kicap
500ml air sejuk
garam secukup rasa

BAHAN-BAHAN (a) (Digiling)
1 sudu makan ketumbar serbuk
1 1/2 sudu makan jintan manis serbuk

CARA-CARA
1. Bersihkan peparu dan rebus kira-kira 1/2 jam. Apabila masak potong nipis-nipis dan gaul dengan sedikit garam, lalu digoreng lembap
2. Kentang, bawang besar, lada merah dan tomato digoreng lembap berasingan.
3. Panaskan minyak anggaran 3 sudu makan, tumiskan bawang putih dan halia, bila sudah layu masukkan pula bahan-bahan (a). Gorenglah hingga berbau wangi. Campukan tomato puri, kicap dan lada putih. Gaul rata-rata sambil dicampur air sejuk. Rasalah garamnya. Masaklah kuah ini hingga mendidih.

CARA MENGHIDANG
Atur peparu, kentang, bawang besar dan tomato yang digoreng tadi di dalam pinggan, kemudian siramkan kuah yang dimasak tadi. Hiaskan dengan potongan limau nipis, untuk diperah apabila hendak dimakan hidangan ini.



No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).