- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, September 12, 2008

Simple, Yet Delicious - Tepung Kapur

Sorry,i'm not fasting today.I'm sure girls will understand why...So today i'm thinking of making something simple yet delicious;tepung kapur.My mom always made it while i was small.I like it really much.Sometimes we eat it with fried mee hoon.It was easy to make bcoz' we only have to boil it.Old people used banana leaves to wrap the mixed flour.I saw my mom made it a few times.We have to wrap it nicely to ensure the mixture won't leak.But nowadays,my mom put it in the thick plastic bag.Easy.




Tepung kapur
oleh: salieysa


Bahan-bahan ( satu keluarga kecik (4 orang) )
3 cawan tepung gandum
2 cawan air
1/2 kerek manisan atau 1 cawan gula melaka
sesudu kapur makan
garam secukup rasa
kelapa parut

Cara-cara
1. masakkan manisan dengan air sampai cair. sejukkan sekejap.
2. masukkan air manisan tadi kedalam tepung gandum, masukkan sikit - sikit. adunannya taklah cair sangat, tak jugak pekat likat, biasa - biasa je.masukkan sekali kapur makan yang dibancuh ngan sikit air, juga masukkan garam.
3. tapiskan dalam loyang yang dah digris ngan minyak atau mentega.
4. kukus dalam masa 30 - 45 minit.
5. bila dah masak, sejukkan kejap, kemudian potonglah kuih ni ikut suka hati. nak lonjong ke berpetak ke, segienam atau heksagon. potong nipis dan kecik senang nak makan.
6. kelapa parut gaulkan ngan garam sikit. kemudian gaulkan kuih yang dah dipotong tadi ngan kelapa parut.
7. dah siap, boleh la makan.



TEPUNG KAPUR
Posted by WARTA


BAHAN-BAHANNYA:
600 gm tepung gandum
1/2 cawan air kapur sirih
1 biji kelapa muda (untuk inti)
2 keping manisan
sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:
Kelapa dibuang airnya dan diparut, gaul dengan sedikit garam dan ketepikan. Manisan diracik halus, lepas itu masakkan. Tepung gandum dibancuh dengan air dan air kapur sehingga cair. Kacau hingga rata, selepas itu bolehlah dimasukkan ke dalam loyang dan barulah dikukus selama satu jam. Bila sejuk dipotong dan dihiris nipis dan bolehlah digaul dengan kelapa inti yang diparut tadi.



TEPUNG KAPUR
- Kak Madiha -

Bahan2
500 gm tepung gandum
1 s/k rata kapur makan - dibancuh dengan 1/2 cwn air
1 1/4 cawan gula merah - dimasak dengan 2 cawan air dan ditapis, biarkan suam.
2 cawan air biasa
(jumlah air yg digunakan ialah 4 1/2 cawan kesemuanya)
1/2 biji kelapa parut digaul dengan sedikit garam

Cara membuat
1. Panaskan periuk kukusan
2. Masukkan tepung ke dalam mangkuk.
3. Campurkan air biasa ke dalam air gula merah tadi supaya air gula merah menjadi sejuk sedikit.
4. Tuangkan air gula merah ke dalam tepung sedikit demi sedikit sambil digaul rata. Masukkan air kapur dan kacau rata
5. Adunan agak berketul2 tapi tak mengapa teruskan menggaul. Cara mudah utk menggaul ialah dgn menggunakan tangan agar mudah kita memecahkan ketulan2 tepung. Jika tak mahu.. masih boleh gunakan senduk tetapi adunan hendaklah ditapis sebelum dikukus.
6. Tuangkan adunan yg telah rata ke dalam loyang dan kukuslah sehingga masak lebih kurang 45 minit.
7. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong nipis2 dan digaul dengan kelapa sebelum menghidang.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).