- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, September 5, 2008

Variety Of 'Kerang'

KERANG MASAK LEMAK SERAI PEDAS
Bahan-bahan:
1 kg kerang, direbus dan dikeluarkan isinya
7 batang serai dan 1 in lengkuas, dikisar
1 biji bwg besar, 3 biji bwg putih, dikisar
1 inci halia diketuk
Cilipadi dikisar, ikut suka kepedasannya
Sedikit serbuk kunyit
1/2 mangkuk santan pekat
1 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Daun kunyit, dipotong kasar

Cara-cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar dan halia.
2. Bila dah naik minyak dan agak masak, masukkan kerang dan serbuk kunyit. Kacau sekadar mesra kerang dan bahan2 tumis tadi.
3. Tuang santan dan masukkan asam gelugur.
4. Perasakan dengan garam dan gula. Masak sehingga kuah agak pekat.
5. Masukkan daun kunyit. Kacau sebentar dan angkat.

Nota mklang : takder daun kunyit, letak jer daun limau purut, hiris halus jer..
pun sedap jugak.




Kerang masak lomak
Oleh : waheeda

Bahan-bahan ( 4 org )
• cili padi ikut nak pedas
• kunyit 1 inci
• serai 2 btng
• bahan2 diatas dikisar
• 4 btng kacang panjang
• 1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
• garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara
1. Bersih kan kerang masuk kan santan dan bahan kisar kemudian masak sambil dikacau.
2. Last sekali masukkan kacang dah siap hidang kan panas2 sodap....



KERANG BERAPI
-Oleh Jie Jie-
BAHAN-BAHANNYA (cukup simple)
1 kilo kerang
5 ulas bawang merah>diblend
4 ulas bawang putih>diblend
1 labu bawang besar>diblend
7 tangkai cili kering(direndam dgn air panas sehingga lembut-biasalah org kelantan) >diblend
3 tangkai cili merah>diblend
8 biji cili api ( kalau nak lebih berapi masukkan lebih sikit- anak aye tak tahan pedas )>>diblend
3 batang serai (kasi lebih pun boleh)>dimayang/diracik halus
3 helai daun kunyit>diracik halus
1 biji telur >dipukul hingga hancur
1 1/2 sudu tepung jagung>untuk pekatkan kuah
sedikit sos tiram pedas/biasa
sedikit air
garam secukup rasa
gula secukup rasa.
minyak untuk menggoreng.

Cara membuatnya:
1. Tumiskan bahan yang diblend hingga wangi.
2. Masukkan hirisan serai. Kacau rata dan biarkan seketika hingga separuh garing
3. Masukkan hirisan daun kunyit. Kacau lagi
4. Masukkan telur dan kacau hingga telur masak
5. Masukkan sedikit air - anggaran cukup untuk kuah dan garam. Kacau
6. Masukkan sos tiram, sedikit gula. Kacau lagi
7. Masukkan tepung jagung dan kacau
8. Akhirnya masukkan kerang. Kacau hingga kerang masak.


GULAI KERANG KACANG PANJANG

Bahan-bahan
500 gr kerang hijau yang sudah bersih
2 bh jeruk nipis, ambil airnya
300 ml santan encer
250 ml santan kental
200 gr kacang panjang hijau, potong 3 cm
2 btg serai, memarkan
1 lembar daun kunyit, ikat
4 lbr daun jeruk
1 sdt garam

Haluskan:
8 bh cabai merah besar
1 sdt ketumbar
2 cm lengkuas
3 cm jahe
2 cm kunyit
1/2 sdt jinten
6 bh bawang merah
4 siung bawang putih

Cara
1. Cuci daging kerang hingga bersih, buang kotoran yang berwarna hitam, tiriskan,sisihkan. Lumuri daging kerang dengan air jeruk nipis hingga rata.
2. Didihkan santan encer bersama, serai, daun kunyit, daun jeruk, garam, dan bumbu halus hingga matang, dan santan tinggal sedikit.
3. Masukkan daging kerang, kacang panjang, aduk hingga kerang matang. Terakhir tambahkan santan kental aduk, jaga jangan sampai santan pecah, masak hingga matang.


Kerang Goreng Berkulit
Kiriman: sharifah

Bahan-Bahan:
1 kilo kerang
2 biji bawang besar
1 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
Sebatang serai
Minyak untuk menggoreng

Cara:
Kerang/lala dibersih terlebih dahulu. hiris bawang besar mengikut kesukaan. bawang putih pula diketuk. potong cili kering dan rendam dengan air panas sehingga lembut. panaskan minyak. tumis bawang besar,bawang putih dan cili kering tadi sehingga naik bau. masukkan kerang dan goreng sehingga betul-betul masak. titik serai dan masukkan sekali sehingga masak.




Kerang goreng cili api
oleh: syahlia
Bahan-bahan ( 3-5 orang )
•1 kilo kerang (boleh diganti dengan kupang)
•2 biji bwg besar dihiris
•2 ulas bwg putih dihiris
•6-7 biji cili api dihiris
•2 helai daun kunyit
•Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Kerang direbus dalam 5-10 minit. Jangan betul2 masak. Kemudian tunggu hingga sejuk dan kopek isi kerang.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 yang dihiris.
3. Kemudian masukkan kerang, daun kunyit dan garam.
4. Tumis dalam 5 minit dan kemudian hidangkan.
5. Jika tidak suka basah, boleh panjangkan lg masa menumis. Goreng sehingga kering.


KERANG GORENG
Oleh Ayzuzuay
Bahan - bahannya :-
1/2 kg kerang
20 tangkai cili kering
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 batang serai
2 kunyit hidup
50 ml santan pekat
50 ml air
2 helai daun kunyit
Garam
Gula
Bahan perasa

Cara membuatnya :-
- Kisar cili kering , bawang merah , bawang putih , dan kunyit hidup .
- Tumiskan bahan kisar tadi .
- Masukkan hirisan daun kunyit dan santan pekat .
- Kemudian , masukkan kerang .Gaul sehingga rata dan sebati .
- Sedia untuk dihidangkan .



KERANG MASAK SERAI
Bahan-bahan
2 kg kerang direbus - ambil isi
1/2 kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
4 batang serai - dipotong nipis
6ulas bawang merah
3ulas bawang putih
1cm halia
7 biji cili padi
7 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar(rempah biji)
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 keping asam keping
garam secukup rasa

Cara :
1. mesin halus bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, ketumbar, jintan putih & jintan manis.
2. panaskan minyak & tumis bahan dimesin tadi hingga wangi.
3. masukkan kerang & santan.
4. apabila mendidih masukkan serai & asam keping serta garam secukup rasa.
5. biar pekat baru angkat.
6. boleh dimakan dengan nasi ataupun ketupat.



Kerang Saos Merah
Souce : MY ONLINE RECIPE
Bahan:
Kerang yang ukurannya kecil-sedang 300 gram, bersihkan. (kerang yang sudah dikeluarkan dari cakang)
Saos tomat 3 sdm
Air 50 cc
Daun Bawang iris halus i tangkai.
Gula , garam secukupnya.

Bumbu cingcang halus:
bawang merah 3 bh
bawang putih 3 buah
cabe merah 5 buah
jahe 1 cm

cara :
Tumis bumbu cingcang sampai harum dengan api sedang, masukkan kerang aduk sebentar, masukakn saos tomat, gula, garam dan air, tutup kecilkan api, masak sampai bumbu meresap dan air sedikit. sajikan dengan taburan daun bawang diatasnya.


Kerang Goreng Cili
Sumber: Buku Pandai Memasak
Bahan-Bahan:
1 kg kerang (ambil isinya)
1 sudu teh gula
1 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
Sedikit garam 4 ulas bawang merah ]
2 ulas bawang putih ] digiling
20 biji cili kering ]
2.5 sm belacan ]

Cara:
Panaskan minyak dan tumis bahan giling hingga naik baunya. Masukkan serai, gula, asam gelugur, garam da kerang kacau rata-rata bila telah masak bolehlah diangkat.



Kerang Goreng Kicap
Sumber: Buku Pandai Memasak

Bahan-Bahan:
2 kg kerang (dicelur)
2 sudu besar kicap
1 sudu teh tepung jagung
1 sudu teh lada sulah 3 ulas bawang putih]
3 biji cili merah ] dihiris
1.2 cm halia ]
Sedikit garam

Cara:
Panaskan minyak tumiskan bahan hiris kemudian masukkan kerang, lada sulah dan garam. Tepung jagung dibancuh dengan kicap dan sedikit air, tuangkan ke dalam kerang tadi. Goreng hingga masak kemudian barulah angakat.



Kerang Goreng Kicap
Kiriman: Sharimar

Bahan-Bahan:

BAHAN A
1 kg kerang
¼ cawan kicap biasa
½ sudu teh gula
sedikit garam

BAHAN B
2 batang serai(dititik)
1 inci halia(dimayang)
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit minyak masak

Cara:
1.Tumis bahan B yang telah dimayang halus ke dalam kuali.Setelah naik bau, masukkan bahan A. Kerang jangan di buang kulit. Kacau sehingga airnya kering.Kerang sedia dihidangkan.

Cadangan Hidangan:
Pastikan kerang di cuci bersih dan kerang mestilah di goreng bersama kulit.



Kerang Lemak Kuning
Kiriman: aisyasofea
Bahan-Bahan:
2 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
sedikit halia (dihiris)
1 kilo kerang (direbus dan dikopek)
santan pekat dan santan cair (dari 1 biji kelapa)
3 biji ubi kentang
2 batang serai (diketuk)
garam
ajinomoto
sedikit minyak untuk menumis

Cara:
1. tumis bawang merah, bawang putih dan halia.
2. masukkan serai. Tumis sehingga bawang kekuningan.
3. masukkan santan beserta garam dan ajinomoto.
4. masukkan ubi kentang.
5. setelah ubi kentang empuk masukkan kerang.
6. kacau kuah di permukaan sahaja supaya kuah tidak berketul.



Kerang Mak Tom
Kiriman: Puan Shidah Daud
Bahan-Bahan:
2 kg kerang
1 biji bawang besar
3 biji bawang putih
Sebesar ibu jari halia
Sebesar ibu jari kunyit hidup
5 biji cili merah
2 sudu besar udang kering
4 sudu besar cili sos
4 helai limau purut
2 batang serai
Gula dan garam secukupt rasa
Minyak masak

Cara:
Kerang hendaklah direbus dan dibuang kulit sebelah. Bawang besar, bawang putih, halia, kunyit, cili dan udang kering hendaklah dikisar. Panaskan minyak dan tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau. Masukkan cili sos, gula, garam, daun limau dan serai. Kacau sekejap. Masukkan kerang dan gaul rata. Tutup api.



KERANG MASAK ITAM
bhn2:
kerang - di rebus & dicabut/buang separuh kulit
bawang putih - dicincang or potong dadu
daun kari
serai - hiris halus
2 kiub ikan bilis / udang kering ditumbuk
cili boh/giling
kicap pekat
sos tiram
air
garam

method:
1. rebuskan kerang & cabut separuh kulitnya (tinggalkan isi yg attach pada kulit sahaja)
2. tumis bawang putih, daun kari, serai & kiub
3. masukkan cili boh & goreng garing
4. masukkan sos tiram & kicap pekat & sedikit air (to dilute the kepekatan)
5. masukkan garam (careful/agak2 as the kiub & the sos udah agak masin)
6. masukkan kerang & gaul rata
**hidangkan panas
**bole diratah by itself or eaten with rice
**u can substitute it to other seafood to yur liking



Kerang Masak Kerisik
Sumber: Buku Pandai Memasak

Bahan-Bahan:
1 kg kerang (dicelur)
3 cawan pati santan
½ biji kelapa (dijadikan kerisik)
3 helai daun kunyit
Sedikit garam

Digiling:
10 biji cili kering
2.5 sm halia
2.5 sm lengkuas
5 ulas bawng merah
4 batang serai

Cara:
Panaskan minyak, mesukkan isi kerang dan bahan giling. Kemudian tuangkan santan, kacau rata-rata masukkan kerisik dan garam. Bila hampir kering masukkan daun kunyit, biarkan sebentar bila betul-betul kering barulah angkat.



Kerang Masak Serai
Sumber: Majalah Wanita Mac 1999

Bahan-Bahan:
2 kg kerang (direbus isinya)
½ kg santan pekat
2 sudu makan kerisik
4 batang serai (dipoton nipis)
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 cm halia 7 biji cili padi
7 tangkai cili kering
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
1 sudu besar jintan manis
2 keping asam keping

Cara:
1. Mesin halus bawnag merah, bawang putih, halia, cili padi, cili kering, ketumbar, jintan putih dan jintan manis.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan dimesin hingga wangi.
3. Masukkan kerang dan santan. Apabila mendidih, masukkan serai dan asam keping. Biar pekat baru angkat.



Kerang Tumis Berempah
Sumber: Buku Pandai Memasak
Bahan-Bahan:
2 sudu makan air asam jawa
2 biji buah tomato dibelah dua
1 labu bawang besar dimayang bulat
2 cawan isi kerang yang telah direbus
½ cawan kacang tanah digoreng dan ditumbuk separuh halus
½ cawan Kelloggs's Cornflakes diramas kasar-kasar
½ cawan sultana
½ cawan kacang peas
½ cawan minyak kacang
Garam secukup rasa 15 biji cili kering
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
2 cm halia
3 sm kunyit hidup
1 batang serai - dititik
1 gelas besar pati santan

Cara:
Cili kering, bawang merah, bawang putih, ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, kunyit dan sedikit garam digiling hingga halus. Pijarkan minyak di dalam kuali dan tumiskan bahan yang telah digiling tadi hingga naik baunya. Setelah itu masukkan pati santan, sedikit gula, serai dan air asam jawa sambil kacau rata-rata. Bila telah mendidih masukkan kacang tanah, isi kerang, bawang besar, sultana dan buah tomato. Masak hingga kering. Sebelum angkat masukkan Kellogs Cornflakes dan kacang peas sambil gaulkan rata.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).