- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, September 20, 2008

My Sister-In-Law's Kueh Raya

Last night my brother came to my house with his wife & 2 children.They brought 7 types of kueh raya.It was made by my sister-in-law.She is a good cook & every year she made kueh raya & gave some to us.Since they'll be home on the 2 day of raya,she gave it to me so that i can take it to my house for raya.


BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum.....]
100 gm tepung jagung.......] di ayak
1 biji kuning telur
1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil(warna-warni)
secukupnya paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).
7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.




BISKUT ALMOND LONDON

Bahan – bahan
250 gm mentega
1 cawan gula kastor
1 biji telur
1/2 sudu teh esen vanila
3 cawan tepung gandum .........]
1/2 cawan tepung jagung ........]
1/2 cawan tepung naik sendiri...] ayak semua
1 s/k emplex [optional] ]
Badam yang sudah dibakar
Coklat masakan - cairkan cara double boiling.

Cara membuatnya
1. Pukul gula dan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanilla dan kacau/gaul rata.
3. Masukkan semua tepung sedikit demi sedikit dan gaul rata.
4. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
5. Bubuh badam di tengah - tengah dan buatkan bentuk bujur.
6. Bakar dalam suhu 180 C sehingga masak .
7. Biar sejuk baru celupkan ke dalam coklat cair.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.




BISKUT DAHLIA

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.




Biskut Suji Klasik
~ Eryne Jasmine ~

Bahan-bahan:
5 cawan tepung gandum - ayak
1 1/2 cawan tepung suji / semolina - eryne blender halus
1/2 cawan tepung kastad - optional (sape suke suji rangup boleh campur skali)
3 cawan gula halus
Ghee secukupnya

Cara membuat:
1. Gula dan semua tepung dicampur sekali ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan ghee sikit-sikit sampai adunan boleh dibentuk bulat2.
3. Susun atas loyang bakar and bakar pd suhu 160 deg. celcius selama 20 min (bergantung pd oven).

Nota:
Adunan nie boleh dapat byk biskut tau, so kalu nak sikit je buat separuh adunan dah cukup.




Biskut Kacang
oleh: akem_77

Bahan-bahan ( 200 biji )
600gm tepung gandum
600gm kacang tanah (disangai & dibuang kulit)
400gm gula castor (boleh ganti dgn gula halus)
1 cwn minyak Knife (tambah sekiranya perlu)
1 biji telur ayam

Cara-cara
1. Blend kacang hingga halus.
2. Masukkan kacang, tepung gandum dan gula castor ke dlm mangkuk. Gaul sebati.
3. Masukkan putih telur. Masukkan minyak sedikit demi sedikit dan uli hingga sebati.
4. Buatkan bulat2 kecil. Susun atas dulang (rapat2 pn x per, adunan ni kembang skit jer). Sapu kuning telur & hiaskn dgn kacang. Bakar 10-15 minit, api sederhana.




BISKUT CHOCOLATE CRUNCH

Bahan
250 g coklat masakan
50 g cocoa-butter
150 g badam hancur [panggang]
200 g cocoa crunch atau cornflake [ramas/hancurkan sikit]
150 g bubble rice
acuan kertas
hiasan - manik warna-warni

Cara
1. Cairkan coklat masakan secara double boil sehingga coklat cair.
2. Angkat dan masukkan cocoa-butter. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar dan gaul rata dan sebati.
4. Masukkan sesudu kedalam acuan kertas dan taburkan manik warna-warni.
5. Biarkan sejuk dan beku sendiri.
6. Simpan dalam bekas kedap udara.




BISKUT OREN

Bahan-Bahan:
250 gm mentega
240 gm gula halus
240 gm tepung gandum
240 gm tepung jagung
1 sudu teh pati oren/oren emulco
1 sudu teh 'zest' oren

Cara:
1. Pukul mentega dan gula.
2. Masukkan zest oren dan esen oren.
3. Masukkan tepung yang telah diayak dan adun hingga sebati.
4. Rehatkan sebentar dalam petisejuk.
5. Canaikan doh pada permukaan bertepung dan terapkan dengan acuan bentuk ulas limau.
6. Bakar selama 15 minit dalam suhu 170'C atau sehingga keemasan.
7. Sejukkan dan disimpan


Thanx sis...

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).