Kuih Dangai
Sumber : Leen Omar
Sumber : Leen Omar
Bahan-bahan
1 pkt tepung pulut (500 gm)
3 bj kelapa parut (putih)
2 sb gula putih
gula merah / gula melaka
secubit garam
Cara Membuatnya
1. Gaulkan tepung pulut/kelapa parut/gula putih/garam.
2. Bahagikan 2 bhg.. tekankan bhg pertama dlm acuan/loyang yg dah dilenser ngan butter/minyak kmd taburkan dgn gula merah/gula melaka ikut suka (sorry x de exact sukatan)
3. Tuang bhg ke dua diatas gula melaka tadi & tekan2 sikit supaya mampat & bila dipotong nnt x terlerai.
4. Bakar dlm oven @ 180C hingga nampak kekuningan. Kalau bakar spi nak hangit2 sikit laaagi beshhh :-))

KUIH DANGAI
From: ZabiyahIsmail@pg.slr.com
Bahan-bahannya.
1 cawan tepung pulut.
1 cawan kelapa parut (kalu lebih sikit lagi sedap, kena pula isi kelapa yang muda sikit...)
Sedikit garam.
gula dan air.....
Cara-caranya.
1. Tepung pulut dan kelapa parut tu digaul rata, masukkan secukup rasa garam + air (ini hanya untuk melembabkan sahaja @ untuk melekat-lekatkan je.
2. Kalau tak ada acuan, boleh le guna kuali je.
3. Sapu sedikit minyak & ditabur dengan bahan-bahan tadi lebih kurang 1 @ 2 cm.
4. Lepas itu tabur gula diatasnya.
5. Masaklah sehingga masak kemudian di lipat dua.
6. Begitulah caranya..



No comments:
Post a Comment