- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 3, 2008

Cek Mek Molek + Gulai Daging Trganu Stylo

Juadah berbuka pose for today;kuih cek mek molek & it was made by my fiance.He's very good at making this kuih.He has taught me a few times to make this kuih.It is famous in trganu & easy to make.
Apart of that,my fiance make beef curry; gulai daging trganu style. We bought the spices while we went back to trganu last time.I guess the difference between 'gulai trganu' & 'gulai' at other places was we use 'rempah masak bunga ros'.


Cek Mek Molek

Bahan
500 gm keledek
½ cawan tepung gandum
½ cawan gula
garam
Minyak untuk menggoreng

Cara
1. Rebuskan ubi keledek dengan sedikit garam sehingga lempuk.
2. Buangkan airnya dan lenyek sehingga lumat.
3. Gaulkan dengan tepung gandum.
4. Bentukkan bujur dan masukkan gula pasir dalamnya dan bentukkan memanjang supaya nampak bujur.
5. Gorengkan dalam minyak yg banyak sehingga kekuningan.
6. Angkat kueh dan toskan minyak. Hidangkan.




Kuih Cek Mek Molek
Kiriman: Pn Melor Abdullah


Bahan-Bahan:
ubi keledek
planta
tepung gandum
garam
air minyak (untuk mengoreng)
gula

Cara:
ubi keledek direbus bersama air dan garam sehingga empuk. Angkat ubi keledek yang direbus kemudian ditumbuk sehingga hancur. Masukkan planta,gula dan gandum sehingga menjadi doh. Bulatkan doh menjadi bebola. Kemudian doh tadi di leperkan, seterusnya letakkan sedikit gula di tengah dan bentukkan menjadi bujur. Setelah selesai semuanya bolehlah digorengkan didalam kuali yang berisi minyak yang panas.



Another kuih by the name of cek mek molek but it uses different ingrediants with a different look.I was told it is famous at kelantan.But after reading the ingrediants & the method,if not mistaken,it is called 'nekbat' at my hometown.Correct me if i'm wrong.


Cek Mek Molek

Bahan-bahan :
10 biji telur
10 sudu gandum(digoreng)
acuan buah hulu(baulu)
1/2 kilo gula
2 1/2 cawan air
5 kuntum cengkih

Cara Membuatnya :
1. Telur dipukul hingga betul-betul kembang.
2. Ambilkan 5 senduk telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk yang lain.
3. Masukkan gandum yang digoreng tadi sedikit sahaja.
4. Kacaukan ia biar sebati hingga menjadi pekat seperti adunan baulu.
5. Setelah betul-betul pekat, bolehlah dimasukkan ke dalam acuan dengan menggunakan satu sudu besar.
6. Panaskan acuan itu dengan menggunakan api di atas dan di bawah.
7. Buatlah sedemikian hingga habis adunan.

Cara Menyira :
1. Gula dimasak dengan air dan bungan cengkih.
2. Setelah air mendidih, masukkan cek mek molek ke dalam air gula itu.
3. Balikkan ia supaya air gula itu meresap




GULAI DAGING TERENGGANU

Bahan
500gm daging lembu [potong nipis kecil dan basuh & toskan]
2 s/b kerisik
2 cawan santan pekat
2 s/b gula merah/perang [brown sugar]
2 keping asam keping
minyak
garam

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
1 s/b rempah kari daging
2 s/b rempah mentah gulai cap ROSE
1 s/b rempah masak gulai cap ROSE
7 ulasa bawang merah
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 cm lengkuas

Bahan tumis
2 cm kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga

Cara.
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan bahan mesin dan masakkan sampai wangi dan naik minyak.
3. Masukkan daging dan kacau rata. Masukkan sikit air dan kacau rata lagi.
4. Bila nampak naik minyak masukkan santan, kerisek, garam dan gula merah. Biarkan reneh sampai mendideh. kacau sekali sekala.
6. Bila mendideh masukkan asam keping dan biarkan sampai pekat.
7. Bila dah pekat, boleh hidangkan.



Gulai daging kawah simple
oleh: bayu-tt


Bahan-bahan ( 4-5 org )
1/2 kg daging-dipotong nipis
*3 ulas bwg merah(kisar)
*2 ulas bwg putih(kisar)
*1/2 in lengkuas,1/2 halia,sedikit kunyit hidup-dikisar
2@3 sd(b) lada mesin
*1 sdk rempah gulai
*1 sdk rempah adabi
*1 sdk rempah gulai BUNGA ROS
*1/2 sdk rempah masak BUNGA ROS
1in gula melaka
1 sd(b) kerisik, sedikit air asam jawa @ 1 keping asam gelogor
garam secukupnya
santan dr 1/2 bj kelapa
myk unt menumis

Cara-cara
1. tumis lada mesin hingga naik bau
2. kemudian masukkan bhn2 bertanda(*) .biarkan seketika sehingga naik bau.
3. masukkan kerisik,air asam jawa.masukkan pula daging bersama 1 cwn air.tambahkan garam secukup rasa dan gula melaka.tutup tudung periuk.biarkan daging empuk.
4. jika daging tak empuk boleh tambah kan air,biarkan daging betul2 empuk
5. bila daging sudah empuk masukkan santan,kacau sentiasa supaya santan tak pecah.
6.tunggu hingga mendidih.biarkan seketika, gunakan api kecil (sehingga gulai naik minyak). angkat dan hidang
**jika suka, boleh tambahkan ubi kentang.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).