Selamat menyambut awal ramadhan.Today is the first day of ramadhan;fasting month.I was really happy coz' last night i had my first 'sahur' with my fiance.Last night he volunteer to cook for 'sahur'; paprik udang.For that,he went to econsave supermarket at segar perdana to get all the ingrediants for paprik udang.I love his effort.
(My Fiance's Recipe)
Bahan-bahan
500gm udang saiz M or L
2 ulas bawang putih - dimayang halus
1 biji bawang besar - dipotong bulat
1 batang lobak merah - dipotong bulat & nipis
Sedikit kacang panjang / kacang buncis - dipotong
5 biji cili api - dipotong
1 biji cili merah - dipotong
5 sudu teh Cili kering yang sudah diblend / cili boh
3 helai daun limau purut
Sos tiram
Sos Cili
Kicap Manis
Garam
Gula
Serbuk perasa
Air
Cara-cara
1. Tumis bawang putih sampai naik bau
2. Masuk cili yang sudah diblend / cili boh
3. Masukkan udang and masak hingga udang bertukar warna
4. Masukkan daun limau purut
5. Masukkan kicap manis,sos tiram & sos cili
6. Masukkan sedikit air jika mahu berkuah
7. Tambah carrot dan kacang buncis- kacau rata dengan semua sos
8. Masukkan bawang besar,cili merah dan cili api serta garam, gula & serbuk perasa - Gaul rata dan rasa
oleh: jeha73
Bahan-bahan ( 4 orang )
300gm udang saiz M or L
2 ulas bawang putih
1 bawang besar
1 capsicum merah atau hijau
5 cili api (nak pedas,tambah) cili kat sini pedas giler
5 sudu teh Cili kering yang sudah diblend
Oyster sauce
Hot chilli sauce
Kicap Manis
7 baby carrot potong serong
Cauliflower dan kacang buncis
Garam
Cara-cara
1. Tumis bawang putih smapai naik bau
2. masuk cili yang sudah diblend (selalu ada dirumah dah standby tu)
3. Masukkan udang and make sure udang tukar colour
4. Masukkan kicap manis,oyster sauce and chilli sauce
5. Tambah carrot,cauliflower dan kacang buncis- kacau rata dengan semua sos
Masukkan bawang besar,capsicum dan cili api serta garam - Gaul rata dan rasa
Bahan-bahan
3 camb minyak
300 gm udang
1 biji bawang besar, hiris baji
1 batang serai, dititik
2 helai daun limau purut
½ batang lobak merah, dihiris memanjang
2 batang kacang panjang, hiris 2 cm
100-120 ml air
1 camt gula
sedikit garam
Bahan sos
2 camb sos tomato
3 camb sos cili
1 camb sos tiram
1 camt kicap pekat
Cara membuatnya
1. Panaskan 1 camb minyak, masukkan udang dan kacau hingga kering airnya. Angkat.
2. Panaskan baki minyak, tumis bawang besar, serai dan daun limau hingga wangi.
3. Masukkan bahan sos dan kacau hingga pekat.
4. Bubuh lobak merah, kacang panjang, gula dan garam serta sedikit air.
5. Bila sayur empuk, masukkan udang dan kacau rata.
6. Masak selama 2 min kemudian angkat.
Bahan utama:
2 hiris lengkuas
2 btg serai (potong rencong)
2 helai daun limau purut(disiat)
1/2 labu bawang besar (potong memanjang dan dicerai ceraikan-macam nak masak sambal tu)
2 ulas bawang putih (diketuk sedikit)
1 biji lada merah (dihiris)
1 camb cili boh
2 camb utk menumis
Bahan perasa:
1 camb tomato sos
1 camb sos tiram
2 camt sos ikan
garam
gula
1 camb air
Bahan lain:
udang @ lain haiwan kesukaan anda (sotong, ayam etc)
carrot
baby jagung
bunga kobis
kacang panjang (dipatah patahkan dlm 3.5cm)
Cara:
1. Panaskan minyak dlm kuali.
2. tumis, bawang putih, serai, lengkuas, daun limau purut, cili boh, cili merah hingga naik bau.
3. masukkan udang, biarkan dlm 1-2 minit.
4. masukkan sayuran lain.
5. masukkan bahan perasa lain dan bawang besar biarkan sekejap dlm 2 minit/kuah sedikit pekat. tutup api, SIAP..
sedia utk dihidangkan.
p/s: gunakan bawang holand (bawang besar warna kuning tu) utk lebih kick kalau tak nak guna cili boh, boleh juga gantikan dgn sos cili shj..
No comments:
Post a Comment