- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 17, 2008

Holiday Project - Candy/Bepang

Nothing to do today.My fiance is working today.Apart of making the door gift for my wedding,i make groundnut candy or people at my hometown call 'bepang kacang'.Both my fiance & i like this candy.Fortunately i found its recipe.& today i try it & it turns out very well.It was easy to make & it doesn't have to be bake or freeze.May be i'm going to make it for hari raya & as my wedding favours.

Bepang Kacang Tanah

Bahan-bahan
300 gm kacang tanah
100 gm bijan
300 gm gula pasir

Cara membuat
1. Kacang tanah dan bijan digorengkan tanpa minyak secara berasingan. Sejukkan.
2. Buangkan kulit kacang tanah.
3. Masakkan gula hingga menjadi karamel.
4. Sapukan sedikit minyak dalam loyang empatsegi besar.
5. Taburkan bijan dan kacang tanah dalam loyang tadi.
6. Tuangkan gula karamel tadi sehingga menutupi kacang dan bijan.
7. Potong bepang ini bentuk panjang atau empat segi ketika masih panas.
8. Sejukkan dahulu baru disimpan.



Kacang potong
oleh: sofinar

Bahan-bahan ( banyak la juga )
• 600g kacang tanah - digoreng tanpa minyak
• 100g bijan- digoreng tanpa minyak
• 600g gula pasir
• 2 camca besar magerin

Cara-cara
1. masak gula hingga semuanya hancur.masukkan magerin
2. bila magerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata
3. canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 cm, ikut cita rasa masing2, jgn terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi
4. bila dah canai cepat2 potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam
5. cara-cara 3 dan 4 tu agak mencabar anda kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan anunan cepat membeku. kalau adunan dah beku susah sikit nak potong. [x]


KANDI KACANG POTONG INDAH

Bahan-bahan
kcg tanah - goreng tanpa minyak - kalo ada microvawe bakar jek dlm tuh
bijan, gula n sedikit butter anggaran 2 sudu utk stgh kilo kcg

Cara-cara
1. masak gula hingga hancur n perang je,masukkan butter, masukkan kcg n bijanm gaul cepat2 n angkat n cepat2gak canai n potong.. proses ni kena cepat dan guna pisau yg tajam. kalolambat kandi ni akan mengeras. pisau yg tajam utk mengelakkan potongan kandi td pecah...
2. kalo nak nampak rata n cantik, tekan menggunakan daun pisang .. boleh juga dgn plstik...


Candy Kacang
Kiriman: miera

Bahan-Bahan:
500gm kacang tanah digrg tanpa minyak-dikisar kasar
susu pekat-ikut rasa
gula -ikut rasa
mentega - 1 sudu
esen vanila-1 sudu
serbuk coklat-1 botol kecil
sedikit air

Cara:
1.goreng kacang tanpa minyak dan kisar kasar
2.masukkan kacang tadi,susu,air,mentega,gula dan esen ke dalam kuali.
3.masak dgn api perlahan.kacau hingga pekat.
4.dah masak bubuh dalam bekas atau guna paper cup.


kandi kacang
[ninoZ]

1. masak gula pasir hingga caramelised [mcm gula hangus tu]..
2. pastu gaul je dgn kacang tanah/gajus[siap goreng] n curah atas dulang
3. then taburkan bijan
4. biar candy kering then baru potong
5. tak pun just dropkan atas dulang setompok2..bior sejuk n tak payah potong2 lagi dah


Candy Kacang

Bahan-bahan:
1 tin susu pekat
1 tin gula(gunakan tin susu ideal)
2 sudu isin vanilla
2 sudu mentega
1 senduk koko
1 cawan kacang(semua jenis kacang atau kismis pun boleh boleh)

Caranya:
Masukkan susu, gula, isin vanilla, mentega dan koko ke dalam kuali dan kacau di atas dapur hingga hampir pekat. Kemudian masukkan kacang tadi, kacau sekejap. Akhir sekali tuangkan kedalam acuan. Biarkan hingga sejuk. Bila dah sejuk, boleh dihidangkan.


GEPANG ALMOND
(Sumber Hajar fp)

Bahan
11/2 cawan almond (dipanggang/goreng tanpa minyak)/ gajus
1 cawan gula
1/2 cawan bijan (digoreng tanpa minyak)
1 sudu kecil vanila

Cara-cara
1. Masak gula hingga cair dan perang.
2. Masukkan almond ,vanila dan bijan. Gaul rata.
3. Angkat dan letakkan atas landas cincang yg telah disapu dgn sedikit minyak.
4. Diterap nipis dgn kayu canai dan potong mengikut keriativiti masing-masing.

**Untuk almond saya buang kulitnya dahulu, kemudian barulah dipanggang hingga kekuningan**


Coconut Candy
oleh: syahmi

Bahan-bahan ( 15-20 kiub )
1 biji kelapa parut ( yg putih shj )
1 cawan susu cair ( sekadar menenggelamkan kelapa )
1/2 cawan gula (ikut rasa masing2 )
1 sudu besar mentega
pewarna / cooking chocolate

Cara-cara
1. Masukkan kelapa parut, susucair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.
2. Sebelum ia kering betul, bahagi pada 2 bahagian.
3. Satu bahagian masukkan pewarna kuning dan satu bahagian masukkan cooking chocolate.
4. Kacau berasingan hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.
5. Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
6. Bila sejuk, boleh lah potong dan hidangkan.
*Boleh buat berbagai2 warna tapi yang bewarna chocolate tu yg paling sedap :p


KANDI KELAPA

bahan2nya:
250 gm gula kastor
70 ml susu cair
1 camca besar susu pekat
Beberapa titik pewarna hijau
2 helai daun pandan, disimpulkan
300 gm parutan putih kelapa
Sedikit garam
1 camca teh vanila
30 gm mentega

Cara membuatnya
1. Kacau gula, susu cair, susu pekat, pewarna hijau dan daun pandan atas api perlahan hingga gula larut.
2. Masukkan kelapa, garam dan vanila, kacau tanpa henti.
3. Bila campuran kental dan tidak melekat pada kuali, angkat.
4. Ketepikan daun pandan. Bubuh mentega dan kacau rata.
5. Ratakan ke dalam tin 18 cm yang dialas dengan kertas aluminium.
6. Biar hingga keras. Potong bentuk empat segi.



KANDI KELAPA HAMPEH INDAH

kelapa parut, susu pekat manis, milo, koko vanhaunten, butter, bijan, kcg bakar, badan, kismis.. apa2 lg spesis rasabes campak jek..


KANDI KELAPA
Posted By BRO ROZZAN

Bahan-Bahan
2 helai daun pandan (disimpul)
2½ cawan mampat kelapa parut (yg dibuang kulit arinya)
1 tin (397 gm) susu pekat manis
1 cawan gula (maybe boleh kurangkan mengikut citarasa anda)
30 gm mentega
½ sudu teh esen vanilla
beberapa titik pewarna pilihan anda

Cara:
1. Griskan loyang persegi empat berukuran 20cm (8 inci).
2. Kelapa parut disangai hingga separuh kering lalu masukkan susu pekat manis, gula dan daun pandan. Masak di atas api yg kecil sambil dikacau terus-menerus sehingga campuran bahan ini tidak melekat di kuali (kira-kira 30 minit).
3. Angkat kuali dari atas api/dapur dan buanglah daun pandan. Masukkan mentega, esen vanilla dan pewarna lalu digaul rata-rata. Kemudian tuangkan bahan ini ke dalam loyang yg telah disediakan tadi sambil ditekan-tekan sedikit supaya rata. Biarkan kandi sejuk sebelum dipotong dan disimpan dalam bekas kedap udara.
4. pastu kaco sampai pekat atas api perlahan.... kacosampai pekat likat n letak dlm loyang... kemas2kan masuk dlm petiais.... dh keras, leh mamam aarr....


CANDY KELAPA

Bahan-bahan:
Kelapa yg dah diparut (pilih kelapa tua sikit pasal byk santan, ambil putih shj)
Gula (depends berapa manis you all nak)
susu pekat 1 tin (ini pun depends berapa manis you all nak)
2 sdt pewarna
air secawan

Cara2:
1. Masak gula sampai cair (campurle dgn air sikit)
2. masukkan kelapa yg dah diparut tadi gaulkan (jgn lupa api kecil aje)
3. agak2 dah sebati gula dgn kelapa tu campurkan pula susu pekat tadi, masak sampai sebati.
4. Lastly baru masukkan pewarna. masa nie kena berhati-hati pasal takut warna berbelak-belak.
5. gaullah benda2 nie dlam kuali sampai semua dah cukup sebati dan agak2 keras sikit baru salinkan kat loyang.
6. Simpan dlm fridge. bila dah betul-betul keras barule potong dan di hidangkan.
7. Jgn lupa api mesti sentiasa kecil dan masa masukkan air utk cairkan gula, air jgn banyak sgt dan buat benda nie memang macam senang tapi definitely time consuming so bersabar jelah ...


Candy Bebola Kelapa
Sumber: Majalah Jelita Mei 1987

Bahan-Bahan:
2/3 cawan susu pekat
1 biji kuning kuning
2 sudu besar mentega
1 ½ cawan padat kelapa parut
3 sudu besar kacang tanah bakar, yang ditumbuk halus
Beberapa titis pewarna makanan merah dan hijau

Cara:
Gaulkan kelapa parut, susu pekat, kuning telur dan mentega. Masak hingga pekat dengan api yang sederhana, kacau berterusan untuk mengelakkannya hangus. Masukkan pewarna makanan sambil kacau. Angkat periuk dari dapur dan sejukkan. Bentukkan candy ke bentuk bebola kecil. Golek setiap bebola dalam kacang yang ditumbuk halus, jika digunakan untuk menyadur rata bebola candy. Simpan di dalam bekas kedap udara sehingga sedia dihidangkan.


candy kelapa
[ninoZ]

bahan2 dia mudah je :
susu pekat [agak2 dlm setengah tin]
mentega [dlm 3-4 sudu]
kelapa parut [dlm 2-3 cawan..amik bhg putih aje tau]
sedikit esen vanilla [nak guna esen ros atau esen pandan pun boleh]
sebiji telur - jika suka [tapi kalau taruk telur..candy ni tak tahan lama sgt]
pewarna merah, hijau, kuning

Cara-cara
1. panaskan mentega then masukkan susu pekat n kelapa..perlahankan api then kacau jgn bagi lekat kat kuali [kalau nak masukkan telur..bleh masukkan sekali]
2. masukkan esen vanilla n pewarna..kacau rata
3. agak-agak dah cukup pekat n sedikit kental boleh la tutup api
4. biar sejuk sket then boleh la dibulat2kan atau diratakan dlm dulang pastu bleh potong square
5. kalau nak buat saduran..bebola kandi tu boleh di golekkan dlm kacang yg telah dikisar [kacang tanah,walnut, pekan]..nak roll dgn nestum pun boleh gak


Kandi Durian dari Kak Chek MealTimeMenus
Koleksi Che Wan Fatimah

Bahan-bahan:
1 biji kelapa
1 tin susu pekat
400 gm gula pasir
10 ulas isi durian
sedikit mentega dan pewarna kuning.

Cara membuatnya:
Kelapa dibuang kulit arinya dan diparut memanjang. Masukkan gula, susu pekat, isi durian dan sedikit pewarna kuning ke dalam kuali dan dimasak di atas api yang sederhana, sambil dikacau terus menerus. Setelah gula hancur masukkan kelapa parut.Masaklah dan kacau tanpa henti agar tidak hangus. Apabila kelihatan kental dan tidak melekat di kuali bolehlah diangkat. Dalam keadaan yang masih panas-panas lagi masukkan masakan ini ke dalam dulang acuan yang telah disapu sedikit mentega.Tekan sampai rata. Kemudian dengan sepantan itu potongkan masakan tadi jadi kepingan persegi semasa ia masih hangat dan asingkan untuk dihidangkan apabila sudah sejuk.


Candy Nanas
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1994

Bahan-Bahan:
150 gm air sirap
100 gm jus nenas
5 keping hirisan nenas Campurkan sirap dan jus nenas dan dimasak hingga mendidih barulah dimasukkan kepingan nanas dan masak lagi seketika

Cara:
Potong kek sponge kepada empat lapisan. Masukkan lapisan pertama kek ke dalam tin kek yang diameternya 26 cm. Letakkan separuh candi dan nenas dipotong kecil. Tutupkan pula dengan 1/4 bahagian krim dan ditutup dengan lapisan kedua kek sponge. Sapukan juga 1/4 bahagian krim di atas lapisan kedua dan buat pada lapisan seterusnya. Akhir sekali hiaskan di bahagian atasnya dengan puff paste yang boleh didapati di pasaraya.


Thai Candy
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1997

Bahan-Bahan:
3 cawan kacang dal (direbus)
1 cawan kelapa parut
garam
gula 10 biji telur itik (kuning sahaja)
1 kg gula (dimasak bersama air)
3 cawan santan

Cara:
Kacang dal, santan dimesin sehingga halus. Kemudian dikacau bersama gula, garam dan kelapa parut sehingga boleh dibentuk seperti biji nangka. Celupkan kacang dal yang telah dibentuk ke dalam telur kuning. Masukkan ke dalam air gula yang mendidih dan angkatkan.

Bepang Coklat Milo
Kiriman: cik ton

Bahan-Bahan:
½kilo biskut marrie
½kilo kacang tanah
1 peket kecil serbuk milo
1 tin kecil susu pekat
1 tin kecil planta

Cara:
1. Sapukan majerin pada loyang dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.
2. Goreng kacang tanah tanpa minyak hingga garing, buangkan kulit dan tumbuk supaya pecah 3 atau 4.
3. Patah-patahkan biskut marrie kepada 2 atau 3 pecahan.
4. Panaskan kuali dan cairkan planta.
Setelah planta cair, masukkan susu, kacau hingga sebati.
5. Masukkan serbuk milo, kacau rata. Perlahankan api.
6. Masukkan pecahan biskut marrie.
7. Taburkan kacang dan kacau hingga rata.
8. Masukkan adunan biskut dalam loyang yang telah disejukkan.
9. Padatkan biskut menjadi rata pada permukaan.
10. Ambil dulang rata, kemudian terbalikkan adunan tadi dalam dulang.
11. Tukar permukaan adunan yang dibawah ke atas dan padat juga ratakan semula.

Cadangan Hidangan:
Masukkan dalam peti sejuk. Apabila sejuk, potong nipis dan hidangkan dalam pinggan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).