- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, September 2, 2008

First Day Of Break 'Fast'

Yesterday was public holiday.I was very happy bcoz' the night b4 that i 'bersahur' with my fiance.& yesterday we had our 'buka puasa' together.We decided to cook to save our budget.We cook mixed veggie for me, scramble egg & 'ikan masak taucu'.Since i'm to tired to make 'kueh',my fiance went to 'bazar ramadhan' near our place with my neighbour & he bought doughnuts & 'pau berinti goreng'.The pau was very good.& the filling also very tasty.

Pau goreng
oleh: ummiHakim

Bahan-bahan ( 20-25 biji )
500g tepung gandum
260 ml air
6 sb gula halus
3 sb marjerin
2 sb susu tepung
1 1/2 sb yis kering
1 telur
1 st baking powder
sedikit garam

utk Inti :
Inti kacang merah secukupnya (beli ready-made ada jual kat kedai kek)
Minyak masak utk menggoreng

Cara-cara
1. Guna BM : masukkan semua bahan (kecuali inti) dan pilih menu utk uli, tunggu hingga siap. Guna tangan : masukkan semua bahan (kecuali inti) dlm mangkuk adunan, uli selama 30 minit atau hingga adunan tak melekat kat tangan.
2. Bahagikan doh kepada bebola kecil (anggaran 20 - 25 biji).
3. Ambil satu bebola kecil tadi, leperkan dan letak inti secukupnya. Tutup balik doh tadi supaya jadi bentuk bebola dan leperkan menjadi setebal anggaran 1cm.
4. Ulang langkah 3 hingga habis semua bebola tadi. rehatkan pau ini selama 30 minit hingga menjadi 2x ganda saiz asal.
5. Bila agak-agak dah cukup mengembang, bolehlah digoreng menggunakan api sederhana.
6. Tunggu pau sejuk sikit, lepas tu boleh lah dimakan.

INTI KACANG UTK PAU

Bahan-bahan
Kacang hitam (kacang mcm rupa kacang hijau tapi org makan ngan ice kacang) ikut suka hati nak banyak ke sikit direbus dan dikisar halus
gula (ikut selera ikut sukahati)
minyak masak 2 sudu (kalau org cina dia suka letakkan bawang putih yg digoreng).
Secubit garam utuk naikkan rasa.
Air (jangan banyak sangat)

Cara - cara
Semua bahan nie dicampur masukkan air sedikit dan masakkan hingga betul2 pekat.
Sedap dimakan dengan roti atau pun buat inti kueh pau.

Petua :
Petua supaya kacang cepat empuk masa rebus tu masukkan minyak masak sikit.
Selamat mencuba..


PAU GORENG
- 100ResepiKuih-MuihMalaysia -

Bahan-bahan:

Untuk inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya (untuk rebus)
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak

Untuk pau :
1) 500g tepung naik sendiri
2) 6 gram yis segera
3) 50 gram minyak sayur
4) ½ sudu teh garam
5) 100 gram gula halus
6) 250 gram air suam
7) ½ 1kg
minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk inti :
1) Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air rebusan)
2) Satukan kesemua bahanbahan inti dan masak hingga pekat.
3) Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.

Untuk pau :
1) Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam tepung membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.
2) Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
3) Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4) Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengah-tengah, tutup doh supaya tidak bocor dan bentukkan bulat semula.
5) Alaskan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi selama 1 jam.
6) Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas.
7) Goreng pau sehingga warna keemasan.
Sedia untuk dihidangkan.


Kuih Pau Goreng
Kiriman: NANI

Bahan-Bahan:

Bahan-Bahan Untuk Membuat Tepung Pau:
500g tepung kuih pau
6g instant yeast
50g minyak sayur
setengah sudu teh garam
100g gula halus
250g air suam

Bahan-Bahan Untuk Membuat Inti Pau:
200 gm kacang merah
100 gm gula perang
Sedikit pewarna merah
Satu sudu teh garam
3 sudu besar minyak makan

Cara:

Untuk Bahagian Tepung Pau:
1. Satukan air,yeast,minyak,gula dan garam dan masukkan bahan-bahan ini ke dalam tepung.
2. Uli adunan itu selama 5 minit.
3. Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
4. Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
5. Setelah 10 minit,ambil doh dan tepekkan menjadi bulat.
6. Kemudian isikan intinya dan selepas itu ditutup dan dibulatkan.
7. Alaskan doh dengan kertas 'tracing' danbuat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi selama 1 jam.
8. Selepas satu jam barulah digoreng dengan minyak sederhana panasnya.
9. Goreng sehingga warna kecoklatan.

Cara-Cara Membuat Inti Pau:
1. Rebus kacang separuh kembang,setelah itu masukkan kacang dan air ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga halus.
2. Satukan bahan-bahan inti tadi dan masak hingga pekat.
3. Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).