- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 24, 2008

Samperit/Semperit/Samprit

I love samperit.& it is easy to make.So i've decided to make it when i go back to my hometown next week. I realized there are various way to decorate the cookie, either we can make it a traditional way (all yellow) or pair it with chocolate flavour.& i've seen people dip part of the cookie into melted chocolate. So today i try to jot down as many recipe as possible i found in the net for our reference.




biskut samperit
oleh: waheedeana


Bahan-bahan ( 130-140 biji )
250 gram butter/margerin
1 cawan gula halus/icing
1 biji telur gred A
1 1/2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung ubi
2 titik pewarna kuning
1 sudu teh esen vanilla
* ekstra tepung gandum & ubi 1/2 cawan*

Cara-cara
1. pukul telur dan gula halus/icing sebentar dan masukkan pula butter, esen vanilla dan pewarna kuning dan gaul kesemuanya hingga rata
2. masukkan tepung ubi dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh
3. jikalau doh masih lembik tambah ekstra tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi sederhana lembik ( lembut ) agar mudah di terap
4. sebelum menerap doh tadi tutup doh dengan tuala basah.**doh mudah keras dgn sendiri kerana tepung ubi sentiasa tutup dgn tuala basah agar lembut** jgn biar doh terdedah.
5. terap doh memanjang di dalam dulang pembakar setiap satu barisan potong kepada 4 bahagian
6. ulangi menerap doh sehingga selesai
7. bakar didalam oven pada suhu 150c selama 15 minit-20 minit





SAMPERIT MARBLE
~ Kak Liza ~


Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
70 gm tepung jagung
70 gm tepung kastad
1 s/k coklat emulco
hirisan badan [hiasan]

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit bunga cina dan pamkan adunan coklat dalam loyang angaran 3 cm.
6. Pamkan adunan asal bersebelahan doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Letakkan hirisan badam sebagai hiasan.
8. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
9. Bila sejuk simpan dalam balang kedap udara.




SAMPERIT LAPIS
~ Kak Liza ~


Bahan
280 gm butter
130 gm gula kastor
270 gm tepung ros/tepung biskut
140 gm tepung jagung
1 s/k coklat emulco
coklat cair
manik warna warni kecil

Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehinga sebati.
2. Masukkan tepung gandum dan jagung yg telah diayakkan sedikit demi sedikit.
3. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.
4. Campurkan coklat emulco pada 1 bahagian manakala 1 lagi dibiarkan adunan asal.
5. Gunakan acuan samperit pamkan adunan coklat dalam loyang sepanjang 2 inci.
6. Pamkan adunan asal diatas doh coklat yg telah diletakkan dalam loyang.
7. Bakar dalam oven suhu 170'C selama 12 - 15 minit.
8. Bila telah sejukkan pamkan coklat cair atas biskut dan taburkan manik warna warni.
9. Bila coklat telah beku simpan dalam balang kedap udara.


SAMPERIT ISTIMEWA


Bahan A :
4 biji kuning telur (direbus)
100 gram gula kastor
¾ sudu kecil garam

Bahan B :
100 gram minyak jagung Daisy

Bahan C :
40 gram tepung gandum
100 gram tepung naik sendiri
80 gram tepung jagung
40 gram tepung kastard
(campur bahan C sekali)

Bahan D :
½ sudu kecil coklat emulco

Hiasan : Sapuan telur berkilat
1 biji telur
1 sudu besar susu cair
Kepingan badam secukupnya

Cara membuat sapuan berkilat daripada telur :
Campurkan telur dan susu cair, kemudian tapis. Sapuan telur digunakan untuk mengilatkan biskut supaya biskut tidak mudah hangus apabila dibakar.

Cara membuat biskut :
1. Putar bahan A selama 4 minit. Masukkan minyak jagung & putar selama selama 1 minit. Masukkan bahan C & putar lagi selama 1 minit.
2. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian & letakkan dalam mangkuk berasingan.
3. 1 bahagian adunan diletakkan coklat emulco dan diramas sehingga sebati untuk mendapatkan warna coklat. 1 bahagian adunan lagi dibiarkan warna asal.
4. Adunan coklat dimasukkan ke dalam acuan semperit & dipicit memanjang kira-kira 5 cm.
5. Kemudian, adunan berwarna asal dipicit bersebelahan untuk menjadi satu biskut.
6. Biskut disapu dengan telur dan dihias dengan kepingan badam.
7. Bakar pada suhu 175 C selama 22-25 minit.




BISKUT SEMPERIT DWI WARNA


Bahan-bahannya
300 gram mentega
160 gram gula aising
100 gram tepung jagung
160 gram tepung kastard
240 gram tepung gandum
2 biji kuning telur

Hiasan:
Ikut suka dan kehendak masing2. Pancitan coklat masak putih & coklat, celup dgn coklat pun boleh, ceri, celorak celorik dgn garisan coklat.

Cara-caranya
1. Pukul buter, gula aising hingga kembang.
2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.




Gambar sekadar hiasan

BISKUT SAMPERIT (1)


Bahan
170 g mentega
1 1/2 cawan gula aising
4 biji kuning telur
1 camt vanila
1 cawan tepung kastard }
3/4 cawan tepung jagung } bahan ayak
1/4 cawan tepung ubi }
1-1 1/2 cawan tepung gandum}

Cara
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan kuning telur dan vanila, pukul lagi rata-rata. Satukan dengan bahan ayak dan uli menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit kemudian tekan ke atas tin pembakar berlengser dan potong mengikut panjang yg disukai. Bakar pada 175 C selama 15-20 min atau hingga masak.


BISKUT SAMPERIT (2)


Bahan
250 g mentega
150 g gula aising
1 biji telur
1 camt vanila
320-350 g tepung gandum }
150 g tepung kastard } diayak
1 camt serbuk penaik }
50 g tepung aiskrim vanila

Cara
Pukul mentega dan gula hingga sebati. Masukkan telur dan vanila, putar lagi 2-3 min. Bubuh semua bahan ayak dan tepung aiskrim, gaul menjadi doh. Isikan ke dalam acuan samperit dan tekan atas tin pembakar berlengser. Potong ikut suka kemudian bakar pada 175C selama 15-20 min atau hingga masak.


Biskut Samperit

Bahan-Bahan:
1 cawan mentega
¾ cawan gula halus
1 biji telur
1 camca teh Vanila
Secubit garam

Satukan:
1 ½ cawan tepung jagung
¾ cawan tepung gandum
¾ cawan tepung kastad
1 camca teh baking powder

Cara:
Pukul mentega dengan gula hingga rata. Masukkan telur & vanila dan dikacau lagi
hingga sebati.Masukkan tepung-tepung yang telah disatukan & garam sedikit-sedikit ke dalam adunan & gaul hingga habis.Akhir sekali diterap dan bakar dengan suhu 170'C


SEMPERIT CIKGU SITI

Bahan-bahan:
1 tin (340g) butter cap GOLDEN CHURN (Australian butter - tin kaler kuning).
1 tin tepung jagung cap RAMA-RAMA.
1/2 tin tepung gandum (sukat pakai tin tepung jagung td).
1/2 tin susu pekat.
1 cwn gula halus.
1 st esen vanila.
1 st baking powder.
1 bj kuning telur.

Cara-caranya:
1. Gaul sebati tepung jagung, tepung gandum, gula dan baking powder.
2. Masukkan kuning telur. Gaul lg.
3. Masukkan susu. Gaul lg.
4. Masukkan butter. Gaul rata dan uli hingga doh lembut dan boleh dimasukkan ke dlm acuan "tekan" semperit.
5. Bakar hingga masak.



Biskut Semperit Kasih
~ Saji Online ~

BAHAN-BAHAN:
250 gm mentega
125 gm gula aising
1 biji telur
280 gm tepung kastard
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu serbuk penaik
100 gm kismis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Pukul mentega bersama gula sehingga kembang.
2. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi.
3. Campurkan tepung jagung, tepung kastard, serbuk penaik, kismis dan garam ke dalam adunan dan gaul sebati sehingga menjadi doh yang lembut.
4. Gunakan acuan semperit untuk membentukkan.
5. Terapkan di atas dulang pem­bakar dan bakar pada suhu 170 0C selama 15 minit.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).