- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, September 30, 2009

Ayam Masak Lada Hitam + Cili Benggala & Pisang Goreng Bali

Balik dr keje aku terus masak...since sorang2 aku masak cincai je la; ayam goreng kunyit & terung masak sambal..bg aku dh best dh, lgpn lengkap lauk dgn sayur...dlm pkul 8 mlm tup2 hubby call ckp nk balik umah...masa tu dia ada kt subang sbb hntar budak keje dia ke sana...dia dh malas nk blik banting terus + esok pg2 kna jemput skali budak kejenya ke banting, dia decide nk balik umah..kelam kabut aku masak sbb lauk yg aku masak sblom tu tinggal secoit jer, ye la aku masak utk sorang jer...
Bukak freezer, kluarkan ayam & cili benggala...nasib baik ayam dh dinyahbeku tadi, so boleh terus masak...maka terhasil la ayam masak lada hitam + cili benggala..time kasih la cik kieah sbb resepi sempoi anda jd penyelamat sy mlm ni...saya tambah nama masakan tu jd cili benggala sbb sy taruk cili benggala byk gara2 stok byk kt freezer, hubby la ni beli byk2 padahal dia tak mkn pn, aku sorang yg tibai..
Lps dinner huby suruh goreng pisang...actually ari tu my mom bg sesikat pisang nangka yg blom masak...kebetulan kt umah di kg ayah aku byk tanam pokok pisang ni (feveret aku) & ada buah yg dh tua...ari ni ada yg dh start masak, so aku buat pisang goreng bali sbb resepi ni tak pakai tepung (gara2 tepung dh abis blom beli), dinyatakan bahawa resepi ni dipanggi pisang goreng bali sbb ianya tdk menggunakan tepung sebagai batter...kelapa parut ada lg, so do marjerin...jom mkn


Ayam masak lada hitam + Cili Benggala
oleh:
cik kieah

Bahan-bahan ( 2-4 org )
3 ketul isi ayam (Bahagian Dada-potong dadu)
1 biji bawang merah (Dihiris)
2 biji bawang putih (Ketuk/hiris)
2 Inci Halia (Hiris/Ketuk)
2 sd Lada Hitam (tumbuk kasar) nak lagi pedas tambah buat 4 sd
2-3 batang cili merah (utk hiasan je..)
1 biji cili benggala (patong dadu) ikut selera jika suka
2-3 sd minyak masak
bahan perasa - garam,ajinamoto,gula

Cara-cara
1.panas minyak untuk tumis bawang putih, halia, bawang merah (goreng hingga naik bau)
2.masukan lada hitam & kacau sebati
3.Akhir sekali masukkan hirisan ayam dan cili benggala, garam, ajinamoto,gula
4.Untuk hiasan tambah cili merah yang telah dihiris untuk hiasan...agar nampak menarik




Sblom tu aku masak terung masak sambal...resepinya tak yah la yer, seme org dh tau nih...




Pisang Goreng Bali
Sumber :
bungamekar

Bahan:
Pisang Nangka (pilih yg dah setengah masak, kalu x berapa masak, rasa kelat still ada)
Gula Pasir
Gula Merah
Mentega (i guna planta soft)
Kelapa Parut Putih

Cara2:
1. Pisang dibuang kulit.Jangan belah, biarkan sebiji2.
2. Sapukan lebih kurang 2/3 sudu planta soft di dalam pan fry beserta lebih kurang 3 or 4 sudu gula pasir.Pastikan gula larut dan tidak hangit.Atas api sederhana.
3. Masukkan pisang sebiji2. (Ndak senang, gunakan penyepit / chopstick semasa mengaulkan pisang di dalam pan fry.) Untuk memastikan pisang tidak hancur.
4. Bila pisang sudah sebati dengan larutan (pastikan juga, pisang benar2 sebati dengan larutan dan kering – tidak berkuah). Angkat dan toskan.
5. Hidangkan bersama2 dengan kelapa parut putih & gula merah.Siap.

Tuesday, September 29, 2009

Goreng Kacang Panjang + Hati & Pedal Ayam

Hubby tak blik ari ni, tidur kt site...so utk dinner aku masak sempoi je la utk mkn sorang...resepi 2in1; goreng kacang panjang bersama hati & pedal ayam (feveret aku sepjg zaman nih)...aku masak cara aku, resepi cincai2 jer..nk resepi lain, jengok2 la kt bawah2 nun...


Goreng Kacang Panjang Bersama Hati & Pedal Ayam
Resepi : Aku reka sndiri
Gambo :
hazila

Bahan-bahan
Kacang panjang - dipotong ikut suka pjg mn pn
Hati & pedal ayam secukupnya - potong kecil2 (tp jgn kecik sgt, nnti hancur)
Bawang putih - diketuk
Bawang besar - dibelah 6/8
Cili merah - dipotong
Kicap lemak manis - jika suka
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Panaskan minyak dlm kuali. Goreng pedal & hati ayam hingga 3/4 masak (agak2 ler).
2. Masukkan bawang putih, kacau hingga bawang putih naik bau.
3. Masukkan kacang panjang. Kacau lagi.
4. Masukkan kicap, garam, gula & serbuk perisa. Gaul hingga sebati.
5. Akhir sekali masukkan bawang besar & cili merah. Kacau. Biarkan seketika. Siap.
Note : boleh juga klau nak masukkan sedikit air jika mau ia berkuah/jika ia terlalu kering.




Hati ayam tumis kacang
Post by: lestari
Gambo :
zawiyah

bahan2:
4 ketul hati ayam
6 batang kacang panjang
1 biji bawang besar(dipotong 8)
1 batang cili merah(dibelah tengah)
cili padi(ikot kepedasan masing2...)

Cara membuatnya:
1.bersihkan hati ayam td,kemudian digaul dengan sedikit kunyit dan garam...pastikan potong tidak terlalu kecil.
2.goreng hati ayam td sehingga garing,pastikan minyak tdak terlalu byk.
3.kemudian masukkan cili..bawang...kacang panajng td kedlm gorengan tersebut.
4.tambah sedikit bahan perasa(ajinamoto n garam) mengikut rase kemasinan masing2
5.tumis seperti biasa..dan tambh air sedkit sahaja pabila kacang telah masak(jangan terlalu lembik kacang hilang zat kang)




Kacang panjang goreng ngan hati dan pedal ayam
oleh:
putra_yanty

Bahan-bahan ( satu family )
10 batang kacang panjang
3 ketul hati ayam
3 ketul pedal ayam
3 biji bawang putih
4 biji bawang merah
2cm kunyit
3 biji cili padi
garam dan minyak masak

Cara-cara
1.potong kacang panjang, hiris hati dan pedal ayam kecil-kecil. Kemudian, tumbuk kunyit, sebiji bawang putih serta garam. Perapkan bahan yang ditumbuk tadi dengan hati dan pedal ayam yang telah dihiris.
2.Kemudian, gorengkan (tanpa minyak) hati dan pedal sehingga kering. Kemudian, masukkan minyak secukupnya.
3.Sambil menggoreng hati dan pedal tu, hiriskan bawang putih, bawang merah dan cili padi. Bila hati dan pedal tadi dah agak2 keperangan, bolehlah dimasukkan bawang2 dan cili padi tadi.
4.Bila semua bawang tu dah layu, bolehlah dimasukkan kacang panjang. Goreng sehingga kacang panjang tu masak, tapi jgn terlalu lama sangat.
5.Bolehlah dihidangkan untuk satu keluarga.




Hati Ayam Goreng Kicap Kacang Panjang
Sumber :
HaSue

Bahan2:
•200g hati ayam-potong pada saiz disukai-cuci bersih dan toskan
•Kacang panjang-potong dalam 1.5inci
•2 tangkai cili merah*
•5-10 cili padi*
•3 Ulas bawang merah*
•2 Ulas bawang putih*
•1/2 labu bawang besar*
•0.5cm halia*
•2-3 asam gelugor/1 sudu makan jus pekat asam jawa
•Kicap pekat secukupnya-sue guna ayam brand
•Garam dan perasa secukupnya
•1/3 cawan minyak masak untuk menumis

Cara2:
1.Bahan bertanda * ditumbuk lumat-sue letak dalam pengisar bahan kering n kisar terus jer
2.Panaskan minyak dan tumis bahan2 dikisar tadi sehingga naik bau dan garing
3.Masukkan hati ayam dan perlahankan sedikit api. Kacau perlahan untuk mengelakkan hati ayam terlampau hancur.Biarkan jus hati tu keluar supaya hati ayam kurang hanyir.Masukkan asam gelugor/jus asam jawa.
4.Setelah itu,tambahkan sedikit air dan masak sehingga hati ayam benar2 masak..
5.Pastikan air sudah garing sebelum masukkan kacang panjang,garam,perasa..Masukkan juga cili yang dihiris seperti dalam gambar sebagai penyeri masakan.Kacau rata
6.Sebatikan rasa dan padamkan api setelah kacang masak..Selamat mencuba
Note : Jika tak mahu hati ayam tuh hancur,boleh lah direbus dahulu bersama sedikit garam yer.tq k nor :)

Monday, September 28, 2009

Lemak Udang Pucuk Paku

Malam td aku pegi mborong brg2 dapur kt econsave dgn jayanya...tp brg basah especially ikan, ayam & sewaktu dgnya tak byk pilihan...agaknya org msih beraya, so stock baru blom smpai...hubby nmpak udang saiz XXXL yg murah harganya, terus rembat..mcm biasa, dia nk suruh masak lemak cili api..semlm beli tp tghari td baru nk masak sbb semlm tak masak, byk sgt open house kna attend...since mood nk masak msih blom lancar, maka nk masak byk2 benda mcm malas, so aku decide nk masak sayuran & lauk sekali harung...ptg jumaat tu hubby bawa blik pucuk paku yg dia kutip kt kwsn site dia (slalu sgt bcerita kt aku pasal pucuk paku yg tumbuh melata kt area site dia tp jarang nk bawak blik, aku pn duk sindir2 la dia, alih2 ptg semlm sebebang dia bawa blik, so mlm td masa gi beraya kt umah cousin aku, bg la kt dia ckit)..tang2 tu gak teringat ada org masak lemak udang campur pucuk paku...bagus, 2in1 punya resepi..aku masak lemak ni taruk bawang bagai (hubby yg request mcm tu wp biasa aku masak taruk kunyit dgn cili api jer, no bawang2)..save masa masak mcm ni..hubby mkn kuah dgn udang jer, aku plak seme aku taram...aku tepek 2 versi resepi masak lemak ni...yg taruk bawang mcm yg aku buat & yg biasa org nogori masak; no bawang2...


Masak Lemak Udang + Pucuk Paku

Bahan2
1 ikat pucuk paku
3 ulas bwg merah }
1 ulas bwg putih } Blend/tumbuk hingga halus
10 biji cili padi }
Kunyit hidup }
250 gm udang
santan secukupnya
garam dan perasa
1 keping asam gelugur

Cara2
1. Campurkan bahan yg tlh ditumbuk bersama santan & asam gelugur dalam periuk dan masak atas api sederhana.
2. Bila sudah mendidih, masukkan udang. Mesti selalu dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
3. Kemudian masukkan pucuk paku. Kacau.
4. Akhir sekali masukkan garam & perasa secuku rasa. Bila pucuk paku dah lembut bolehlah dimatikan api.




Lemak Udang Pucuk Paku
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1 ikat pucuk paku
200 gm udang
2 cawan santan
9 tangkai cili padi (tumbuk)
3 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 keping asam gelugur

CARA MENYEDIAKAN:
1.Satukan santan bersama bahan tumbuk dan asam gelugur dalam periuk.
2.Bubuhkan garam dan renehkan sehingga mendidih.
3.Kemudian masukkan udang. Biarkan udang masak. Renehkan lagi.
4.Akhir sekali masukkan pucuk paku. Setelah pucuk paku layu matikan api

Sunday, September 27, 2009

Sambal (Ikan Kelapa) Hitam

Utk hari raya yg lalu, my MIL buat nasi impit. Apart of kuah kacang, dia buat sambal hitam gak. Sambal ni ada org panggil sambal kelapa, ada org panggil sambal ikan, yg jd nama hitam sbb taruk gula melaka/nissang. Biasa my mom buat sambal kelapa biasa jer. My MIL sediakan bhn & bgtau caranya whereas aku with my 2 biras yg buat sambal tu (kebetulan tiga2 kami tak tau buat wp slalu makan). Ni aku tepek resepi yg my MIL bgtau, sukatan takde sbb seme main agak jer. Kt bawah tu aku tepek sekali resepi sambal kelapa yg hampir sama. Enjoy.


Sambal (Ikan Kelapa) Hitam
Sumber : My MIL

Bahan
Kelapa parut – disangrai
Isi ikan selayang/kembung – direbus & diasingkan tulangnya
Gula nissang/Melaka
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai

Cara-cara
1. Kelapa parut digoreng hingga ringan & garing. Sejukkan seketika.
2. Blend/tumbuk kelapa parut hingga halus.
3. Blend/tumbuk isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga lumat.
4. Gaulkan bahan tersebut bersama kelapa tadi.
5. Campurkan gula nissang & belacan. Boleh juga dicampur gula pasir. Siap.




Nasi impit sambal kelapa
Sumber :
mamakakak

Bahan
Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

Cara
1. Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru ada umph!
2. Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan.




Sambal Nyiur
Sumber :
husnaz

bahan...
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah(bawang merah kat sini kan besar2..jadi pndi2lah korg bajet yer0
1 inci halia
2 batang serai
ikan(direbus dan kuantiti ikut selera..byk lg sedap..tp kat sini guna ikan sardin milo jelah)
kelapa parut(kat jordan ni klu guna kelapa kering pun ok jer)
garam secukup rasa
gula secukup rasa(kalau guna gula melaka lagi sedap)

cara menyediakannya..
mula2..goreng kelapa parut tu sampai garing..pastu campurkan sume bahan td dan diblend keringkan..dan sedia dimakan bersama nasi himpit..

Saturday, September 26, 2009

Kuih Tradisi Kampung Aku

Asal balik jer kg, mula tekak aku nk mkn macam2...mula seme benda aku nak mkn...ari tu masa blik kg, sesi mencari kuih2 kegemaran aku & hubby tlh blangsung dgn jayanya...selain dr bazar ramadhan, tpt jual kuih yg jd feveret aku adalah pasar batu 6..kt sini tak bln pose pn sgt byk kuih...aneka kuih smpaikan ada yg aku tak kenal namanya...ni antara kuih yg aku dh lama rasa nk mkn tp malas @ tak tau nak buat...akhirnya hasrat nk mkn tu tertunai jua...


Satar - aku rasa seme org kenal kot tp aku lbih suka satar kt kg aku sbb kandungan ikan dia lbih banyak dr kandungan kelapa


Keppok getel aka keropok lekor sudah smestinya...tp nk yg sedap gi kg losong...gerai feveret aku yg tepi pokok conkak besar tu; keropok lekor adnan...smpaikan tokeh pompuan tu kenal aku..klau gi beli borong kopok kt ctu & kebetulan dia ada, msti dpt keropok free..klau kebetulan adik aku yg gi, dia msti tnya nape lama tak nmpak aku..selain kt ctu, keropok kt seberang takir pn best...klau malas nk gi sana, cari jer kt pasar kedai payang, msti ada...lokasi seterusnya kt tepi jln ontheway ke sebarang takir...klau nk beli kopok kt ctu, kna awal weh, klau tak alamak kna beratur pjg & siap kna amik nombor lg...lokasi yg paling dekat, kt manir gerai btul lepas sungai sekati sblom pejabat pos manir...masa beli tu, makan dlm kete masa panas2 (aku suka mkn yg tak bgoreng klau beli yg msih panas), smpai umah mkn lg & siap tapau bawa blik KL


Pulut lepa @ pulut panggang - tak boleh challenge yg mak aku buat...inti ikan msti byk...ni mmg dh lama aku 'mengidam' nk mkn, sblom blik kg dh ckp siang2 kt hubby nk cari kuih ni bila dh smpai kg...pulut panggang kt sini tak best sbb inti dia kelapa..dh namanya tekak org tengganu, nk mkn ikang jer...


Kuih ni mcm kuih keria, cuma bhn utama tepung pulut...aku panggil kuih badak sumbu tp biasa org panggil kuih badak jer...ranggup kt dlm, manis di luar sbb disalut air gula...kuih yg msti arwah nenek aku beli masa dia gi pasar manir dulu2..


Kuih telinga lembik, kuih telinga kambing, aku panggil kuih taik telinga..ntah la apa nama btulnyer...sedap especially inti kastardnya..bg org yg xde gigi, kuih ni mmg highly recommended sbb sgt lembut, tak payah nk kunyah sungguh2 hati...


Ni namanya kuih penganan tp kitaorg panggil nganang...manis & lemak...feveret nih..kuih ni tak sama dgn penganan negeri2 lain yek...dia lbih kurang mcm kuih akok gok tp btk dia jer lain2..main ingredients telur, gula & santan selain dr tepung gandum...


Lastly kuih akok...manis & lemak gitu...btul2 menaikkan kadar gula dlm darah...akok ni org panggil akok kecut sbb btknya kecut tp sedap tau...


Friday, September 25, 2009

Bihun Goreng Ikan Bilis

Hubby keje gak ari ni so tinggallah aku sorang2 kt umah...pg2 hubby dh belikan sarapan nasi lemak kt kedai. Utk lunch aku masak nasi goreng caca marba jer (malas sgt sbb sorang2 kan)...dh lewat ptg baru hubby balik, mkn kt kedai jer sbb brg2 dapur blom dibeli..ari tu sblom blik kg aku dh clearkan seme brg dlm peti ais, so stok utk bhn basah mmg zero...beras pn tinggal secoit..cadang nk gi econsave mlm td tp tup2 adik aku call dia nk dtg beraya kt umah (actually dia nk gi umah member dia kt area cheras ni gak, tup2 dh nk smpai, member dia plak dh kluar, so terus singgah umah aku...actually dia mmg nk dtg umah aku pn lps tu sbb nk dtg amik keropok lekor & keropok keping yg dia kirim tu
Since dtg umah tak ckp awal2, tak sempat nk masak yg grand2 utk jamu diaorg..apart of biskut raya, ketupat daun palas goreng yg msih berbaki & keropok lekor goreng, aku hidangkan bihun goreng ikan bilis...sempoi sesempoinya, lgpn bihun goreng la hidangn paling cepat utk disediakan especially tetamu yg dtg last minute bgtau...aku prnh jupe resepi yg sewaktu dgnnya kt blog tp lupa la blog mn...bihun goreng ini sgt bagus utk kanak2 yg tak mkn pedas sbb takde cili kering, cuma taruk lada hitam jer sikit...klau ikutkan lg best taruk ayam tp due to lack of ingredients, aku omitkan ayam tu...sawi plak aku tukar dgn kacang panjang (kacang pjg ni aku bawak dr kg, kebetulan pokok kacang pjg yg my mom sdg mengeluarkan kacangnya dgn jayanya, so tnpa diminta mak aku siap petik & bungkus utk aku...mcm biasa resepi aku ni takde specific sukatan, maklum la resepi main taram jer..sgt puas hati sbb bihun yg ku goreng licin sbb anak2 sedara aku yg msih kecil pn makan, ye la, tak pedas sgt, tambahan pula dimakan bersam keropok keping keluaran keluarga Dani yg digoreng...


Bihun Goreng Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Bihun - dicelur dgn air panas smpai lembut
Bawang merah - ditumbuk
Bawang putih - ditumbuk
Ikan bilis
Isi ayam - aku tak letak sbb takde, fish ball pn boleh taruk gak
Sawi - masa ni aku pakai kacang pjg
Lada hitam - ditumbuk
Minyak masak utk menumis
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak. Goreng ikan bilis sehingga garing. Ketepikan sebahagiannya utk ditabur/digaul pd penghujung proses menggoreng bihun nnti.
2. Dgn baki ikan bilis garing tadi, terus tumiskan bawang merah dan putih yang tlh ditumbuk.
3. Masukkan lada hitam yang ditumbuk, garam, gula & serbuk perisa.
4. Masukkan bihun dan sawi. Kacau hingga rata.
5. Akhir sekali masukkan balance bilis goreng td. Kacau sampai masak. Siap.
Note : Nak tabur bilis goreng atas bihun yg dh siap digoreng pn boleh.

Thursday, September 24, 2009

Citer tentang Ketupat Daun Palas, Keropok Lekor & Buah Salak

Hai yo all...slmt bjupe smula...pejam celik aku dh smpai ke KL smula, smpai umah pkul 2 pagi ok...sepjg jln from KT ke KL aku langsung tak tidur sbb temankan hubby bawak kete...smpai jer umah, sgt penat smpaikan terus msuk umah dgn meninggalkn seme brg2 dlm kete jer, siang esok je la angkut brg2 tu...masuk bilik terus zzzzzz...
Siangnya hubby kna gi site sbb ada perkara urgent kna settle...aku plak duk melangguk jer kt umah sorang2 sambung cuti raya kt KL plak...cuti msih pjg, ari isnin dpn baru nk start keje smula...
Sgt malas utk memasak, maklum la masa duk kg asyik mkn yg org masak jer..utk sarapan (sarapan pn dh lewat sb bangun lewat) aku goreng keropok lekor & ketupat daun palas..keropok lekor tu aku beli (byk beli sbb utk mkn2 kami kt sini, adik aku yg tak blik kg pn pesan suruh beli kopok lekor, budak2 keje hubby pn kirim & tak lupa sebagai buah tgn kt org JKR yg jaga site tpt hubby keje)..ketupat daun palas tu my mom yg bekalkan...sambil2 tu mkn buah salak, my mom bekalkan utk menantu lelaki tunggal dia aka hubby aku...hubby sgt suka buah salak & kebetulan pokok salak yg my mom tanam keliling rumah sgt berbuah...so layan je la gambor2 ni (aku cilok gambo ni kt internet jer...pd yg empunya gambo, pinjam sat no...)


Ketupat daun palas yg enak slps digoreng...dicicah pula dgn serunding daging yg my mom bekalkan...actually serunding tu ada la hasil dr rendang daging yg tak abis, drpd dia mbazir & basi, asyik hangatkan jer dr raya pertama, my mom keringkan rendang tu & hancur2kan daging maka jd la serunding versi my mom..


Keropok lekor goreng & rebus...klau masih panas aku lbih suka mkn terus yg direbus..bila dh sejuk lg best goreng..cicah plak dgn sos yg dibuat khas utk kopok lekor..lg kaw2..hubby malas nk beratur2 & mnunggu2, so kali ni beli kopok kt manir jer (lokasi btul2 lps jambatan sg sekati sblom pej pos manir, klau on the way ke bdr KT sebelah kiri), biasa aku beli kt losong ataupn kt seberang takir...


Buah salak ni my mom kutip terus dr pokok yg dia tanam keliling umah...dulu masa kecik2 aku suka mkn buah ni tp lama2 mcm tak suka sgt..mkn sebiji 2 tu boleh la, nak2 kna yg btul2 manis...klau yg masam2 tu aku mintak maaf sbb aku tak suka makanan yg masam2...buah salak ni my mom mmg sengaja simpan utk anak cucu & menantu dia apatah lg dia tau hubby aku suka bangat buah tu...kebetulan masa blik ari tu buah tgh masak...so sgt bagus gitu...hubby siap bawak bekal gi keje nk mkn dlm kete katanya...



One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).