- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, September 5, 2009

Kuih Puteri Mandi

Puteri mandi atau lbih dikenali terri mandi kt tpt aku. Lama weh tak mkn kuih ni. Biasa time bln pose cmni my mom slalu buat. Tp jgn confuse ok dgn puteri mandi versi pantai barat yg adunan tepung pulut dibulat2 dimasak bsama santan tu. Versi pt timur plak tak pakai santan tp disalut dgn kelapa muda yg dimasak bsama gula. Aku sgt suka ok, manis2 lemak2 (org pt timur ni gemor bebeno manis2, agaknya sbb tu org kt sana manis2...perasan sndiri..jgn dpt penyakit kencing manis sudah). Resepi yg aku jupe kt tenet sama dgn my mom's tp ada yg taruk kapur mkn, ada yg tak taruk, suka hati korang la..mn2 pn boleh. Ada yg taruk kaler hijau, ada yg jugak bior jer kaler natural & klau nk menarik lg buat mcm kak liza, colourful gitu. Yg sgt2 wajib ada gula melaka @ nissang, baru sedap tp ada gak yg taruk gula putih tu jer cuma colour inti kelapa tu nnti putih je la. Rasa dia pn ada beza ckit sbb nissang ni melemakkan lg inti kelapa tu. Kelapa lak sgt afdal pakai kelapa muda sbb nk rasa lemak tu. Klau kt kg main petik jer dr atas pokok, isi dijadikan intinyer, airnya plak bleh buat minuman utk buka pose tp kt kl ni kadang2 mcm susah jer nk cari yg muda, kelapa yg dh ala2 tua tu pn bleh gak. Hubby sgt suka aku buat kuih ni sbb dia pn dh lama tak mkn. Mcm tau2 jer bini dia ni yer...



KUIH PUTERI MANDI
Resepi :
trymasak


Ingredients
1) Tepung pulut (1 cawan)
2) Kelapa parut (1/2 cawan)
3) Gula melaka (1 keping)
4) Daun pandan - untuk dikisar (3 helai)
5) Daun pandan - dicarik (1 helai)
6) Santan (1 cawan)
7) Air kapur (sedikit)
8) Garam (sedikit)

Directions
1. Cara-caranya, pertama sekali, kisar daun pandan yang dipotong bersama sedikit air hingga hancur. Selepas itu, tapis dan ambil airnya.
2. Kemudian, gaul tepung pulut bersama sedikit garam dan air perahan daun pandan tadi. Tambahkan air dan gaul hingga membentuk doh.
3. Setelah itu, bentukkan doh dalam bentuk bulat-bulat kecil. Lakukan proses yang sama hingga semua doh habis dibentuk.
4. Sementara itu, didihkan 4 cawan air dan setelah selesai membentuk kuih, masukkan ke dalam air mendidih tersebut hingga masak.
5. Kuih akan kelihatan terapung apabila sudah masak, angkat dan toskan airnya.
6. Sementara itu, panaskan kuali, dan masukkan kelapa parut, diikuti dengan santan, daun pandan yang dicarik-carikkan, dan gula melaka.
7. Kacau sebentar dan masukkan 1 cawan air. Kacau lagi hingga gula melaka benar-benar hancur. Kemudian, masukkan sedikit garam dan kacau lagi hingga sebati.
8. Akhir sekali, masukkan kuih tadi gaul hingga sebati.
9. Kuih puteri mandi sedia untuk dihidang.





Puteri Mandi Kelapa Muda
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)
Gambar :
mektie


Bahan-Bahan:
250 gm tepung pulut
½ biji kelapa muda parut
3 ketul gula melaka
4 sudu besar gula pasir
Air secukupnya
2 helai daun pandan

Cara:
Gaul tepung pulut bersama air sedikit demi sedikit hingga tepung boleh diuli. Sementara itu didihkan air di dalam periuk. Bulat-bulatkan adunan tepung pulut sebesar guli dan tekan di tengahnya. Masukkan ke dalam air didihan. Buat hingga tepung habis. Untuk mengetahui kuih sudah masak, ia akan timbul dan angkat dengan menggunakan tapisan teh. Ketepikan dahulu. Masak gula melaka bersama gula pasir, kelapa muda, daun pandan dan kira-kira dua cawan air didihan kuih tadi. Biar pekat baru masukkan kuih tadi. Kacau-kacau seketika dan angkat.





KUEH PUTERI MANDI
Sumber : Kak Liza


Bahan
2 cawan tepung pulut [ayakkan]
air daun pandan
1 s/t air kapur
1/2 biji kelapa muda [parut]
1/2 cawan gula perang
gula pasir secukup manis
daun pandan disimpulkan
pewarna hijau dan merah
air secukupnya
garam

Cara
1. Ambil 1 cawan tepung pulut dan dibancuhkan dengan air daun pandan, air kapur, garam dan warna hijau.
2. Buatkan saperti doh onde-onde.
3. Sediakan periuk berisi air dan simpulan daun pandan. Masakkan sehingga mendidih.
4. Buatkan sebola kecil dan penyetkan ditengahnya supaya leper [tujuan cepat masak]
5. Masukkan bebola kecil dalam periuk berisi air pans dan bairkan ia timbul.
6. Bila sudah timbul, angkat dan masukkan dalam mangkuk yg berisi air [supaya bebola tidak melekat sesama sendiri]
7. Ambil lagi 1 cawan tepung pulut dan bancuhkan dengan air, garam, air kapur dan pewarna merah.
8. Ulang proses [2] sehingga [6].
9. Dalam periuk lain masukkan 1/2 cawan air, gula perang, gula pasir dan masakkan sehingga mendideh dan pekat.
10. Masukkan kelapa muda dan bebola kecil tadi.
11. Kacau rata dan boleh hidangkan.





Puteri Mandi
Sumber :
maslinda123

Kalau puteri mandi plak, tepung pulut tadi bancuh dengan air.. Bulatkan dan tekan sikit kat tengah dia supaya bentuk jadi leper cam bentuk sel darah merah tu (hehe.. sapa belajar Biologi tau le..) Then rebus dalam air, bila timbul kat permukaan, angkat dan gaul dengan kelapa manis. Kelapa manis tu, cara buatnya cam buat inti untuk pau tu.. kelapa parut (atau desiccated coconut) + gula melaka + gula (utk bg manis skit) + air skit then masak sampai kering.. Bila gaulkan tepung pulut yg dah siap rebus tu ngan kelapa manis tu.. jadi le dia cam puteri yang sedang mandi.. hihi

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).