- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, September 27, 2009

Sambal (Ikan Kelapa) Hitam

Utk hari raya yg lalu, my MIL buat nasi impit. Apart of kuah kacang, dia buat sambal hitam gak. Sambal ni ada org panggil sambal kelapa, ada org panggil sambal ikan, yg jd nama hitam sbb taruk gula melaka/nissang. Biasa my mom buat sambal kelapa biasa jer. My MIL sediakan bhn & bgtau caranya whereas aku with my 2 biras yg buat sambal tu (kebetulan tiga2 kami tak tau buat wp slalu makan). Ni aku tepek resepi yg my MIL bgtau, sukatan takde sbb seme main agak jer. Kt bawah tu aku tepek sekali resepi sambal kelapa yg hampir sama. Enjoy.


Sambal (Ikan Kelapa) Hitam
Sumber : My MIL

Bahan
Kelapa parut – disangrai
Isi ikan selayang/kembung – direbus & diasingkan tulangnya
Gula nissang/Melaka
Belacan
Bawang merah
Bawang putih
Halia
Serai

Cara-cara
1. Kelapa parut digoreng hingga ringan & garing. Sejukkan seketika.
2. Blend/tumbuk kelapa parut hingga halus.
3. Blend/tumbuk isi ikan bersama bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga lumat.
4. Gaulkan bahan tersebut bersama kelapa tadi.
5. Campurkan gula nissang & belacan. Boleh juga dicampur gula pasir. Siap.




Nasi impit sambal kelapa
Sumber :
mamakakak

Bahan
Kelapa parut 1 biji (digoreng sampai garing)

Bahan B
Ikan selayang 5 ekor (rebus ambil isinya)
Serai 5 batang (hiris)
Bawang kecik 5 ulas
Bawang putih 1 ulas
Halia 1 inci
Gula melaka 2 keping
garam secukup rasa

Cara
1. Blender bahan B kemudian gaulkan dengan kelapa parut yang telah digoreng. Gorengkan diatas api sampai kering. Masukkan perasa.kalau kurang manis tambahkan lagi gula melaka. Kerana sambal nasi impit rasanya sedikit manis baru ada umph!
2. Supaya sambal kelapa nampak cantik dan sedap blender lagi dengan blender kering agak-agak separuh lumat. Pas tu boleh dihidangkan.




Sambal Nyiur
Sumber :
husnaz

bahan...
3 ulas bawang putih
4 biji bawang merah(bawang merah kat sini kan besar2..jadi pndi2lah korg bajet yer0
1 inci halia
2 batang serai
ikan(direbus dan kuantiti ikut selera..byk lg sedap..tp kat sini guna ikan sardin milo jelah)
kelapa parut(kat jordan ni klu guna kelapa kering pun ok jer)
garam secukup rasa
gula secukup rasa(kalau guna gula melaka lagi sedap)

cara menyediakannya..
mula2..goreng kelapa parut tu sampai garing..pastu campurkan sume bahan td dan diblend keringkan..dan sedia dimakan bersama nasi himpit..

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).