- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, September 13, 2009

Tom Yam Seafood, Ayam Goreng Kunyit Berempah & Puding Raja

Hubby call tnya bhn yg nk diletak dlm tomyam. Rupanya dia duk kt econsave tgh beli brg nk masak utk berbuka semalam (rajinnya hubby aku..muah3). Aku sampai umah, dia dh pn smpai dulu. Katanya dia nk masak tomyam seafood. Actually 2 minggu lps masa gi econsave, hubby beli paste tomyam kung adabi. Ari ni terlaksana jugak hasrat nk buat tomyam tu (beberapa ari lps dia ada beli tomyam campur kt kedai tp punya la dia mbebel x sedap gara2 ada lengkuas dlm tomyam tu...hubby mmg tak suka ada lengkuas dlm tomyam dia). Hubby bersihkan udang & sotong (siap potong ada btk lg mcm keropok udang double deckers tu), ketam mmg dh ada kt umah (lama dlm freezer tu), sementara aku siapkn bhn sayur. Yg memasaknya hubby, aku tolong siapkn bhn jer. Sambil2 tu aku sediakan puding raja, puding hidangan istana pahang. Dh lama dpt resepi ni, tp asyik lupa nk beli pisang jer, td suruh hubby beli pisang kt econsave. Aku buat cara sempoi mamadzie69. Resepi asal dr istana pekan aku tepek kt bawah sekali. Mn la tau ada sape2 nk buat mcm tu kan.
Sementara masak tomyam, hubby perap ayam. Katanya nk wat ayam goreng kunyit berempah. Mcm ayam goreng kunyit biasa tu cuma hubby campur rempah kari ayam/daging. Mkn nasi btambah2...sape? Aku la tu, hubby mmg mcm dh jd sumpahan, klau dia masak, ckit jer dia mkn, katanya dh kenyang hidu bau mknan masa masak + dia dh 'kenyang' tengok isteri dia mkn btambah2 masakan dia...yo la tu...psstt, gambar ni sekadar hiasan jer yer...kpd yg empunya gambar, izinkan sy guna gambar anda yg cantik ini dlm post sy kali ini, tak bmaksud utk plagiat karya anda, sekadar hiasan jer...



Tom Yam Kung
Hubby's Recipe


Bahan-bahan (untuk 2 orang makan)
Udang }
Sotong } kuantiti ikut suka
Ketam }
1 biji bawang besar
2 batang serai
5-6 biji cili api - diketuk
1 biji tomato - dibelah 4
3 batang putik jagung - dipotong memanjang
Sedikit bunga kobis
3 helai daun limau purut
1 batang lobak merah - dipotong memanjang
1 peket pes tom yam kung adabi
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara
1. Panaskan air secukupnya. Bila air dh sedikit menggelegak, masukkan udang, sotong & ketam. Biarkan seketika seafood tu 1/2 masak.
2. Lps tu masukkan pes tom yam. Kacau.
3. Bila kuah dh menggelegak, masukkan serai & daun limau purut.
4. Kemudian masukkan cili padi, putik jagung, bunga kobis & lobak merah. Kacau.
5. Akhir sekali masukkan tomato, bawang besar, garam, gula & serbuk perisa secukup rasa. Siap.





Ayam Goreng Kunyit Berempah
Hubby's Recipe


Bahan-bahan
1 cawan isi ayam bahagian dada (bahagian lain pn boleh asalkan isi) - dipotong kecil
Serbuk Kunyit
Rempah kari ayam/daging
Garam, Gula & Serbuk perisa secukup rasa
1 biji bawang besar - dihiris bulat
1 ulas bawang putih - diketuk
1 biji cili merah - dipotong
10 biji sweet peas (kacang peas)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara
1. Perap ayam bersama garam, gula, sebuk perisa, serbuk kunyit dan rempah kari.
2. Panaskan minyak. Goreng ayam hingga garing.
3. Masukkan bawang putih, bawang besar, cili merah & sweet peas hinggaa sedikit layu.
4. Angkat dan hidang.





Puding Raja
oleh:
mamadzie69

Bahan-bahan ( 15-20 orang )
2 tin susu cair (dicampur sedikit air)
2 sudu besar tepung kastard (dibancuh dengan sedikit air)
1/2 sudu teh garam
5 sudu besar gula (atau mengikut kemanisan sendiri)
sesikat pisang lemak manis yang kulitnya baru sedikit kuning dibuang kulit dan digoreng dengan minyak sehingga kekuning-kuningan lalu ditoskan.
1/2 paket prune
1 paket gajus masin
1 tin cocktail

Cara-cara
1.susu cair bersama gula dan garam dikacau di atas api perlahan sehingga sedikit mendidih lalu dicampur dengan tepung kastard yang sudah dibancuh.
2.kacau lagi sehingga mendidih sedikit lalu di campur dengan cocktail. Agak mendidih sedikit dicampur buah prune dan diangkat.
3.Di dalam bekas yang sesuai diatur pisang lemak manis yang telah digoreng tadi lalu dituangkan bahan yang telah dimasak tadi ke atasnya. Akhir sekali biji gajus masin ditabur di atasnya.
4.Setelah agak sejuk disimpan dalam peti sejuk sehinggalah waktu menghidangnya.





Puding Raja
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•4 sikat pisang lemak manis – dibuang kulit
•1 cawan biji gajus – digoreng
•2-3 genggam urat emas/jala emas
•200g buah prun – dipotong empat
•Buah ceri merah/hijau
•2 sudu besar minyak sapi*
•Minyak untuk menggoreng

Untuk Kuah Puding
•1 tin (410 g) susu cair/sejat
•3 biji telur – diambil kuning sahaja
•Daun pandan – disimpul
•Air sebanyak ½ tin susu
•1-2 cawan gula (ikut rasa)
•Esen vanila
*untuk mengelakkan pisang dari melekat

Cara memasak
•Panaskan minyak dan minyak sapi untuk menggoreng dengan minyak yang penuh.
•Goreng pisang sehingga kuning. Angkat dan letakkan di atas kertas minyak untuk meresap minyak yang berlebihan.
•Goreng biji gajus.

Kuah Puding
•Pukul kuning telur bersama susu cair/sejat dan air. Tapis untuk membuang pusat putih telur.
•Masukkan gula dan kacau sehingga gula larut. Masak di atas api kecil bersama daun pandan sehingga sederhana pekat. Masukkan sedikit esen vanila. Jangan guna api besar dan kacau selalu supaya tidak bergentel. Keluarkan daun pandan bila siap.

Cara Menghidang
•Aturkan pisang goreng 2-3 lapis di dalam mangkuk. Taburkan urat emas.
•Kemudian aturkan buah prun, ceri dan biji gajus. Tuangkan kuah ke atasnya apabila hendak dimakan.





Jala Emas
Sumber :
mdpekan


Bahan-bahan
•30biji telur ayam – diambil kuning sahaja
•800g gula halus
•3 helai daun pandan
•8 cawan air
•Daun pisang untuk dibuat corong

Cara memasak
•Tapis kuning telur dan pukul sedikit.
•Masak gula bersama air sehingga hancur dan mendidih. Tapis dan kemudian masak bersama daun pandan sehingga pekat sedikit. Apabila air tersebut mendidih dan berbuih halus, uraikan atau pusing keliling periuk kuning telur dengan corong daun pisang atau corong tembaga ke dalam air gula tersebut.
•Angkat dan tuskan.
•Kiraikan urai emas di atas pinggan dengan menggunakan dua batang satay atau garfu.
•Hidangkan.

Cara Memasak
•Jika air gula menjadi terlalu pekat, tambah dengan air panas


No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).