- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Thursday, September 3, 2009

Baklava

Gara2 tengok baklava kt blog ijan, si empunya blogresepi (tp dia panggil halwa kacang) teringin nk cuba buat manisan ni. Tp mintak maaf la ijan yer, akak tak ikut resepi kt blog ijan tu sbb lupa nk beli madu, akak ikut resepi putrimlm ni. Blom prnh mkn baklava sblom ni so tak tau jd ke idak la..jnji tekak aku rasa sedap. Kacang pistachio ni feveret hubby tp kan aku buat 1/2 dr sukatan asal, almaklum la kacang tu mahal. Tak pasal2 jd org arab jap ari ni. Byk resepi baklava kt internet tp aku post 3 ni jer sbb dlm BM, dlm BI tu malas nk translate.


baklava
sumber :
putrimlm

bahan
750g mentega tanpa garam
1 kg kacang pistachio - tumbuk kasar
2 changkir/mug gula pasir
1 changkir air
1/4 biji lemon - ambil airnya
2 kotak phylo pastry

cara
1. masak mentega sehingga menjadi jernih dan keluar tahi minyak.tapis
2. masak gula, air,dan jus lemon sehingga apabila dititiskan daripada senduk,air gulanya jatuh setitis2 .ini bermakna gulanya tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat.
3. ambil dulang pembakar dan sapukan mentega di permukaannya.ambil sehelai phylo pastry dan lapiskan di permukaan dulang.sapukan lagi minyak mentega rata2 diatas phylo pastry tadi.ulang cara ini sehingga lima atau enam lapis.dilapisan terakhir jangan sapukan minyak mentega.
4. taburkan kacang pistachio sebanyak yg anda rasa sesuai.
5. ulang langkah (3) iaitu lapiskan phylo pastry sama banyak dengan lapisan sebelumnya.siramkan mintak menteganya dilapisan terakhir.
6. akhir sekali potong baklava yang masih mentah ini dalam bentuk kotak2 empat persegi.bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan dengan suhu 180 darjah celsius hingga pastrinya berwarna perang
7. setelah dikeluarkan daripada ketuhar, biarkan panasnya merosot sedikit dan potong semula kuih hingga ia betul2 putus, barulah siramkan air gula secukupnya.hiaskan dengan kacang pistachio di atasnya.




Baklava
Posted by
Wan

Bahan-bahan:
Kertas timah secukupnya
250 gram doh filo (pastry pembalut inti)
180 gram mentega, cairkan dan dibiar sejuk
90 gram kacang walnut dipanggang dan dikisar halus.
40 gram gula halus
1 camca besar serbuk kayu manis

Bahan sirap:
230 gram gula pasir
150 ml air
2 sudu teh jus limau susu
1 sudu teh air mawar

Cara membuatnya:
1. Alas tin pembakar berukuran 25 cm dengan kertas timah. Oleskan sedikit mentega cair.
2. Susun separuh filo di dalam tin pembakar (hanya potong 2 kepingan filo)
3. Satukan walnut bersama gula dan serbuk kayu manis. Ratakan di atas filo.
4. Atur baki filo di atasnya. Guna pisau tajam untuk potong adunan berbentuk.
5. Tuang mentega cair di atasnya.
6. Bakar pada suhu 175 °c selama 45 minit. Ketika masih panas, tuangkan sirap.

Untuk membuat sirap
1. Didihkan semua bahan sirap kecuali air mawar.
2. Kacau sekali sekala.
3. Biarkan bancuhan likat dan tuangkan air mawar. Biarkan sejuk sebelum digunakan.




Baklava
Gambar :
schwenkeena

Bahan-Bahan:
700 gm tepung gandum
2 biji telur
100 ml susu segar
Air suam secukupnya
50 gm walnat, dikisar
100 gm gajus, dikisar
300 gm serbuk gajus
250 gm mentega
150 ml minyak

Cara:
Gaul tepung bersama telur dan susu segar hingga sebati. Masukkan air. Uli hingga menjadi doh. Adunan dibahagi empat dan dijadikan doh kecil. Perap dalam sejam. Tabur sedikit tepung di atas meja dan canai setiap satu doh (satu doh apabila dicanai nipis menjadi selebar sebuah meja bulat sederhana besar). Kemudian potong mengikut besar loyang yang digunakan. Lapis empat keping di dalam loyang dan tabur walnat, gajus dan serbuk gajus. Lapis sekeping lagi doh nipis di atas taburan kacang. Ulangi hingga habis. Bahagian atas sekali, lapis empat sama seperti di bahagian bawah. Panaskan mentega bersama minyak dan sapu di atasnya. Bakar hingga kuning. Kemudian potong seperti hiris wajik.

Tambahan:
Baklava ini dimakan bersama air gula. Baklava perlu dibiarkan semalaman selepas masak supaya betul-betul sejuk. Kemudian tuang air gula hingga ke permukaan. Jangan dikeluarkan baklava dari loyang kecuali untuk menghidang. Biar baklava terendam di dalam air gula.


No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).