- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, September 8, 2009

Berbuka At Cerana & Biskut Raya : Biskut Dahlia, Biskut Kelapa Delima & Biskut Green Princess

Edisi 07.09.2009. Semlm bukan main rajin buat biskut raya. Ptg tu dr pkul 4pm smpai 6.30pm duk bakar biskut raya. Lama bukan main. Ptgnya aku buat biskut feveret aku; biskut dahlia. Resepi aku follow kak liza's. Dpt la dlm 2 balang. Sakit tgn duk menekan acuan tu. Begitu ralit buat biskut sbb hubby siang2 ckp nk berbuka kt luar. Katanya nk belanja aku, nk bawa aku ke suatu tpt yg dh lama dia jnjikan. Pkul 7.05pm baru nk btolak. Haru gak sbb x smpai 15 minit lg nk buka pose. Lor, rupanya hubby bawa aku ke restoran cerana. Actually hubby dh lama nk bawa aku mkn kt sini, dia dh jnji sejak kitaorg blom kawin lg. Akhirnya semlm tertunai juga jnjinya. Restoran ni kt batu 7 jln cheras. Dekat jer dgn umah aku. Duduk skejap, order, blom sempat smpai mknan dh pn waktu berbuka. Smentara tunggu mknan, buka pose dgn sky juice & kurma. Org tak la ramai sgt, tp ramai yg pilih hidangan buffet. Kami tak mau buffet sbb rasa mcm rugi jer. Byk mahal RM45++ seorg tp blom tentu mampu mkn sebyk tu. So we decided order ala-carte jer; nasi putih, tomyam campur (order small aje utk kuah), sotong ranggup spicy (ok tp huby ckp klau mcm ni dia pn bleh buat), kerabu mangga (very delicious), ikan kembung bakar (mcm ikan rebus jer, kecik plak tu, sgt tak puas hati), watermelon fresh juice for me & jus durian belanda for hubby. Seme skali dlm RM50 jer, nk habiskn seme tu pn dh x larat, kenyang giler beb. Nk pegi lg ke? Klau ada nk belanja mcm ari ni apa salahnya...
Blik umah relax2 lps solat. Mlm ckit teruskn operasi buat biskut raya ke-2; biskut kelapa delima. Dh lama aim resepi mat gebu ni utk hari raya, akhirnya tercapai jua hasratku utk mbuatnya...Suka hati sgt sbb dua2 jenis biskut mjd & hubby jd tester pertama. U know what, he like thit very much...ni yg lg bsemangat nk buat biskut nih..
Pg td as usual bgn awal sbb masak utk sahur (mlm td kan buka pose kt luar so takde lauk balance...masak sempoi jer, ikan mata besar goreng & udang black pepper. Lps sahur, hubby terus ke banting. Mata aku tak ngantuk plak, so ke dapur semula bkin biskut lg (wah giler ni buat biskut...mn taknya, nk kna buat utk diedarkan kt 4 umah...my parents, my in-law, my house kt kl ni & my cousin). Buat biskut yg dh lama aku idamkan; green princess.


BISKUT DAHLIA
Sumber :
Kak Liza

Bahan
225 gm butter
110 gm gula ising
1 biji kuning telur
1/2 s/k esen vanilla
70 gm tepung jagung
120 gm tepung kastad
170 gm tepung rose/tepunng gandum
ceri merah sebagai hiasan

Cara
1. Gaulkan butter dan gula ising sebati.
2. Masukkan telur dan esen vanilla. kacau rata.
3. Ayakkan semua tepung dan masukkan dalam bancuhan butter sedikit demi sedikit.
4. Gunakan acuan dahlia dan pamkan dalam loyang.
5. Letakkan ceri merah ditengah adunan yg dipamkan.
6. Bakar dalam oven suhu 170'c selama 15 - 18 minit.
7. Sejukkan betul dan simpan dalam balang kedap udara.




Biskut Kelapa Delima
Sumber :
Mat Gebu

Bahan Utama:-
225 g tepung jagung (cornstarch)"Brown & Polson"*
150 g tepung gandum*
1/2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
125 g gula aising
75 g kelapa kering, kisar halus
25 g serbuk badam
1 biji telur gred A (berat kurang lebih 60g sebiji)
1/2 camca teh esev vanilla
155 g mentega

Untuk Hiasan:-
Ceri merah, dipotong kecil
Kelapa kering
1 kuning telur, untuk disapu

Cara membuatnya:-
1.Serbuk badam dan kelapa yang dikisar halus tadi digaul bersama2 tepung yang telah diayak. Ketepikan.
2.Dalam mixing bowl, masukkan telur, gula aising dan esen vanilla, pukul hingga berkrim. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Peringkat ini adunan akan menjadi seakan2 serbuk roti.
3.Perlahankan speed, dan masukkan mentega sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi hingga adunan bertukar menjadi doh yang lembut dan boleh dicanai. Keluarkan doh dari mixer, bulat2kan dan tutup dengan tuala lembap.
4.Bahagikan doh tadi kepala 3 bahagian. Ambil satu bahagian dan canai diantara dua helai plastik menggunakan torak (alat penggelek) setebal 1/2 cm, terap ikut acuan kegemaran dan alihkan ke dulang pembakar. Buat hingga siap.
5.Sapu kuning telur, hias ceri potong dan tabur sedikit kelapa kering. Bakar pada suhu 150C selamat 10 - 12 minit. Angkat dan alihkan biskut atas jaringan. Sejukkan sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....




BISKUT GREEN PRINCESS
sumber : majalah saji sept'07
copy dr fp
kak liza

Bahan A
100gm mentega
75gm minyak sapi
60gm gula kastor
1/2 sudu kecil pewarna hijau epal

Bahan B
50gm serbuk badam
15gm tepung beras
220gm tepung gandum

Bahan hiasan :
coklat masakan putih
manik gula warna warni

Cara
1. Pukul mentega,gula kastor, minyak sapi dan pewarna hijau epal sehingga sebati.
2. Kemudian, masukkan tepung beras dan tepung gandum dan gaul sebati. Masukkan serbuk badam. Rehatkan adunan seketika
3. selepas itu, bolehlah diuli dan canai doh dan terapkan acuan
4. Bakar pada suhu 175C selama 20 minit
5. Setelah sejuk, paip atau lorek dgn coklat masakan putih dan taburkan manik gula warna warni.


No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).