- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, September 1, 2009

Otak & Lidah Lembu

Ari ni ada pasar mlm, so cadang nk beli juadah buka pose kt sana je la. Malas plak nk masak ari ni + takde mood sbb hubby x blik ari ni. So dapur tak berasap la today. Tp sesi menepek resepi tetap ada. Semlm pn tak masak, masak sayur jer, yg lain2 beli kt bazaar sbb takde elektrik kt umah. Elok2 jer kita cbuk nk masak utk buka pose, tiba2 jer elektrik takde. Klau ikutkn aku boleh jer aku masak btemankan cahaya lilin tp huby ckp tak usah masak, bahaya, kan tak pasal2 jari tu kna pisau, so at last kitaorg gi bazaar jer beli lauk. Nasi masak atas dapur gas. Citernya mlm td duk borak2 la dgn hubby pasal lembu (alkisahnya his parents called & ckp nk potong lembu raya nti sbb seme anak & menantu blik beraya umah dia thn ni). Aku ckp la bestnya klau dpt mkn lidah lembu sbb dh lama tak mkn. Lidah lembu masak tumis/sambal. Goreng kunyit pn sodap.... Otak lembu pn best gak tp biasa aku goreng mcm tu jer, mkn dgn sos cili. Tp aku tak bleh mkn byk2 sgt, nnti 'pening' sbb rasa muak. Hubby aku dh geli geleman dgr nama2 tu sbb dia mkn dagingnyer aje.
Ni gambar otak lembu. Ku C&P from norrey's fp. Saje ku post kecik sbb takut ada yg tak lalu nk tengok nnti.
So ari ni aku tepek cara memasak otak & lidah lembu kegemaran ku. Nk masak susah ckit la sbb susah nk cari benda2 ni. Kt pasar ada kot mungkin aku jer yg tak nampak. Tambahan lg hubby tak mkn, so semangat tu takde la berkobar2 sgt. Simpan dlm angan2 la nk masak. Tp klau blik kg aku msti jd kenyataan sbb parents aku especially my father suka lidah & otak lembu ni. Anyway thanx to penyumbang resepi. Korang bleh gak gi ke fp kak jiejie. Dia byk resepi berkaitan lidah lembu ni.


Otak Lembu Lemak Cili Padi
Sumber :
book.google
Gambar : 1001resepi

Bahan-bahan:
600 gm otak lembu (dibersihkan & dipotong dadu besar)
15 tangkai cili padi }
3 cm kunyit hidup } dikisar
1 1/2 cawan santan drpd 2 biji kelapa
5 helai daun kunyit (disiat-siat)
2 batang serai (dititik)
2 keping asam gelugur
garam & serbuk perasa secukupnya

Kaedah menyediakan:
1. Satukan kesemua bahan dalam periuk.
2. Didihkan & masak sehingga kuah agak pekat. Perasakan asam garamnya.




Gulai Otak Lembu

Bahan:
1 otak lembu yang segar
1 biji kelapa diambil santannya
1 biji buah tomato - dihiris kecil
100 gram cili kering yang sudah digiling halus
1-2 helai daun kunyit - dicarik2
2 helai daun limau purut
1 hiris halia }
1 hiris lengkuas }
3-5 butir keras } ditumbuk halus
1 hiris kunyit }
1-2 batang serai - dititik
½ sendok teh garam

Cara membuat:
1. Semua bahan rempah (cili kering, daun kunyit, daun limau purut, halia lengkuas, buah keras, serai, kunyit) dimasak dengan santan, bila sudah mendidih masukkan otak yang sudah dipotong-potong.
2. Bila sudah hampir masak tambahkan tomato.
3. Tambah garam menurut selera.




LIDAH LEMBU MASAK MERAH
Sumber :
mamaera

Bahan-Bahan:
1 lidah lembu-direbus sampai lembut ,dibuang kulit dan dihiris nipis

Bahan
2 sudu makan cili paste
1 cm halia-tumbuk
1 ulas bawang putih-tumbuk
1 labu bawang besar-tumbuk
2 sudu makan tomato sos
1 biji cili hijau-dihiris
minyak masak
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bahan-bahan yang sudah ditumbuk hingga garing.Masukkan cili paste dan sos tomato.
2. Setelah itu masukkan lidah lembu, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa.
3. Masukkan cili hijau dan gaulkan hingga sebati dan rata.
4. Apabila telah kering bolehlah diangkat.
5. Jika suka boleh ditabur dgn daun bawang atau daun ketumbar.




Masak Kunyit Lidah Lembu
Sumber :
Raudhatunnaim.Com

Bahan-bahan:
1 lidah lembu (beli kat orang jual daging tu. Sorry aku tak tau harga sebab ayah mentua aku yang ‘bertugas’ ke pasar…)
1 ulas bawang besar dimayang halus
1 inci halia dihiris halus
5 biji cili padi hiris halus jugak
garam dan kunyit

Cara-caranya:
Mudah je… korang masukkan lidah yang siap dibasuh tu kedalam air mendidih. Jangan lupa basuh dulu lidah tu dan selawat supaya keluarga kita makan makanan yang bersih dan suci. Biarkan lidah dalam air mendidih tu selama 5 minit. Kemudian angkat dan toskan. Buang kulit paling luar pada lidah itu menggunakan pisau. Selepas habis buang kulit tu, hiris lidah tu biar kecil-kecil. Sesudah semuanya dipotong korang gaulkan dengan garam dan kunyit. Tumiskan bawang, halia dan cili tadi. Bila naik bau je terus masukkan lidah yang dah dipotong tadi. Masukkan air banyak supaya lidah tu dapat direbus lama-lama agar lembut senang nak makan. Bila dah kering air, kacau sikit2 dan dah siap… boleh angkat dan makan dengan sambal jawa. Abang suka tolong aku buat sambal jawa ni… Makan dengan nasi panas-panas… Tak perlu banyak lauk. Ada lidah dan sambal jawa dah cukup. Buat lah satu hidangan sayur supaya seimbang. Sedaaaappp…

1 comment:

Op uLyA said...

mekasih bagi resepi dok perantauan nie susah nak mintak tolong mak.. hehe


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).