Slmt menyambut nuzul al-quran pd seme. Sama2 la kita menghayati isi kandungannya & menghidupkan mlm2 yg mulia ini dgn bertadarus.
Aku dh lama teringin belajar buat puding ni. First time aku mkn masa adik aku btunang dulu (ntah thn berapa tp adik aku pn dh lama kawin & dh ada 2 org anak). Pihak perempuan jdkan puding tembikai ni sebagai hantaran kpd pihak lelaki yakni adik aku. Masa dpt puding tu, seme duk puji betapa cantiknya puding tu hingga sayang nk mkn (last2 bahagi2kan kpd seme masa tu gak sbb kami akan balik ke tpt masing2 yg berlainan).
Ni edisi cuba jaya + manisan berbuka pose. Aku ikut resepi mamasya. Dlm hati dh tekad, klau jd ni aku akan buat puding ini sebagai hantarn majlis pertunangn adik aku oktober nti sbbnya dh jnji dgn adik nk sumbangkn sesuatu. Dan hasilnya agak memuaskan hati tp next time boleh improve lg. A little bit sad sbb hubby sentuh ckit jer sbb putih telur tu tak dimasak. Dia biasa la, apa2 yg pantang dia mmg dia kureng ckit...tak pe la, len kali masak utk diri sndiri je la..
Apart of resepi mamasya, aku tepek resepi cikmanggis yg mgunakan santan & cincau sebagai biji tembikai (interesting) & tak lupa resepi from citarasawan. Perbezaannya, anda baca la sndiri.
Agar-Agar Tembikai
Sumber : mamasya
Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )
* 20 gm agar² panjang (direndam )
* 1-1½ cawan gula pasir (ikut citarasa)
* 4 1/2-5 cawan kecil air
* 4 biji putih telur
* sedikit pewarna hijau utk kulit
* sedikit perwarna merah/kuning utk isi
* sedikit kismis utk biji
* sedikit essence rose (jika suka)/saya guna daun pandan saja
Cara-cara
1. pukul putih telur hingga kembang.
2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. Masukkan esen rose
3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga betul2 sejuk dan kedua2nya betul2 bercampur(pastikan dipukul hingga bahagian dasar bekas,seelok2 bekas yg agar lebar)
4. tuangkan kedalam bekas bulat besar.
5. tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay) dgn segera sebelum membeku. jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
7. bila agar² sudah sejuk dan beku, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbg kulit.Gunakan berus utk menyapu bahagian kulit(kalau guna pewarna yg cair tak perlu dicampur lagi dgn air)
Siap dan boleh dipotong, jemput makan.....
Puding Tembikai
Sumber : cikmanggis
Bahan-bahanya:
2 sudu besar agar-agar serbuk
950 ml air
250 gm gula pasir
1 biji putih telur
150 ml santan pekat
3 helai daun pandan
1 sudu besar cincau yg sudah dihiris halus(saiz biji tembikai)
Pewarna merah dan hijau
Air ais secukupnya
Mangkuk bulat saiz buah tembikai
pemukul telur
Cara menyediakannya:
•Masukkan agar-agar serbuk ,daun pandan dan air kedalam periuk dan jerang sehingga mendidih.
•kacau sehingga larut dan masukkan santan pekat.kacau hingga rata dan biarkan mendidih sebelum dituangkan kedalam manggkuk bulat dan diletakkan dalam besen berisi air ais agar adunan agar-agar cepat sejuk
•pukul putih telur sehingga keras dan menjadi putih.bila agar-agar sejuk sedikit baru masukkan putih telur tadi,Guna pemukul telur pukul perlahan lahan sehingga adunan sebati
•bila adunan separuh beku masukkan sedikit pewarna merah dibahagian tengahnya ,dgn menggunakan garfu kacau dibahagian tengahnya sahaja tanpa menyentuk bahagian tepi dan bawah
•bila bahagian tepi dan bawah mula keras masukkan cincau yang dihiris tadi untuk jd biji tembikai ,kemudian dinginkan dlm peti ais
•Bila puding beku sepenuhnya keluarkan dari manggkuk dan terbalikkan.sapukan pewarna hijau untuk jadikan kulit tembikai
Agar-agar Tembikai
Sumber : resipi citarasawan
Bahan-bahan
10 g serbuk agar-agar
160 g gula pasir
800 ml air
1 camt esen ros, jika suka
4 biji putih telur
120 g gula kaster
pewarna merah & hijau
Cara membuatnya:
1. Jerang agar-agar, gula pasir serta air hingga mendidih dan gula larut. Masukkan esen dan perlahankan api ke tahap paling rendah. Putar putih telur dan gula kaster hingga separuh kental. Basahkan mangkuk bulat (boleh memuatkan 2 liter). Ambil 1/8 agar-agar panas, warnakan hijau.
2. Campurkan dengan 1/8 putih telur. Kacau hingga sebati kemudian tuang ke dalam loyang. Bentukkan mengikut mangkuk (sebagai kulit tembikai). Biar keras sedikit. Ambil 1/8 agar-agar panas lagi, campurkan dengan 1/8 putih telur dan kacau. Tuang ke dalam loyang. Bentukkan seperti bahagian putih pada tembikai (antara kulit dan isi). Campurkan warna merah pada baki agar-agar, campurkan dengan baki putih telur. Ratakan di dalam mangkuk (sebagai isi tembikai). Biar keras sebelum disimpan di dalam peti sejuk.
No comments:
Post a Comment