- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, November 8, 2008

Ayam Kacang Peas/Mix Vege

Recipe of the day....

AYAM FROZEN MIX VEGETABLE
- My Husband's Recipe -

Bahan-bahan:
250 gm sayur campur sejuk beku (frozen mix-vege) ;carrot, green peas & corn
500 gm ayam (dipotong kecil)
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan pes cili
1 biji bawang besar }
2 ulas bawang putih } ditumbuk
1 inci halia }
2 biji cili merah dihiris
1 biji bawang besar dihiris bulat
Garam, gula & bahan perisa secukupnya
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng ayam & menumis
Serbuk kunyit untuk menggoreng ayam

Cara membuatnya:
1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit & garam.Kemudian goreng hingga masak.Toskan.
2. Tumiskan bawang merah, bawang putih & halia yg ditumbuk hingga kekuningan.
3. Masukkan pes cili & tumis hingga cili masak.
4. Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato.
5. Masukkan sayur campur, garam, gula, serbuk perisa & air. Kacau.
6. Masukkan ayam bila kuah sudah mula menggelegak.
7. Akhir sekali, masukkan bawang merah yang dihiris bulat & cili merah.
8. Sedia untuk dihidangkan.



AYAM KACANG PEAS
- Kak Liza -

Bahan-Bahan:
1 tin kacang peas atau kacang peas frozen
500 gm ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
3 sudu makan sos tomato
2 sudu makan sos cili
1 biji bawang besar (hiris)
2 ulas bawang putih (cincang)
3 biji cili merah [hiriskan)
1 biji buah tomato [belah 4]
garam dan gula
1 pokok kecil daun sup [cincang]
minyak

Cara:
1. Panaskan minyak .
2. Tumis bawang putih & halia.
3. Masukkan ayam (seeloknya ditutup bagi mempercepatkan daging itu masak).
4. Masukkan tomato sos.
5. Masukkan kacang peas, buah tomato, cili merah dan bawang besar. Gaul hingga rata.
6. Taburkan daun sup dan tutup api.
7. Hidang bersama nasi atau roti.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).