Last night my husband & i have a talk about the menus for the coming hari raya haji.Since we're not going back to our hometown,we're going to celebrate it here.My husband are going to invite the site workers to our house.So,we've decided to cook nasi minyak.For the 'lauk', we're thinking of cooking ayam masak merah.Then my husband are planning to cook kurma daging.Since both of us have no idea to make it,my duty today is to find as many recipes as i can.So here're the interesting recipes i could find in the internet.
♥Daging Masak Kurma™
oleh: kak fida
Bahan-bahan ( 10 orang )
1 kilo daging goreng - direbus
5 sb rempah kurma
1 cawan susu sejat
secukup air utk merebus daging
minyak dan garam
4-7 batang lada hijau *
3 biji tomato *
10 ulas bawang merah *
3 ulas bawang kecil *
2-3 tangkai daun ketumbar *
3 hiris halia muda *
Cara-cara
1. Kisar bahan2 * hingga halus.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi dan masukkan rempah kurma, gaul rata dan masukkan sedikit air rebusan daging supaya tidak kering.
3. Masukkan daging rebus bersama lebihan air rebusannya dan masak hingga mendidih dan daging empuk. Gaul hingga rata.
4. Masukkan susu dan garam dan masak hingga mendidih sekali lagi.
Kurma Ayam / Daging
posted by Ogyrosli
Bahan :
1 ekor ayam potong 12 atau 1 kg daging (potong besar-besar)
1/2 kg santan atau santan dari 1 biji kelapa
3 biji kentang
3 biji bawang besar, potong 4
3 biji cili merah (belah 2)
sedikit kacang peas
5 biji bawang merah, hiris, gaul dengan sedikit garam dan goreng, buat bawang goreng
3 sudu besar rempah korma
rempah tumis (kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, cengkeh)
minyak untuk menumis
sedikit garam dan gula
Untuk diblend :
2 biji cili hijau
2 biji tomato merah
sedikit kunyit hidup
6 biji bawang putih
6 biji bawang merah
seketul besar halia
Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan rempah tumis hingga wangi
2. Masukkan bahan diblend. Kacau lagi hingga naik minyak.
3. Masukkan rempah kurma'. Kacau lagi hingga wangi.
4. Masukkan ayam atau daging. Kacau dan biarkan sehingga separuh masak. (Masukkan sedikit air jika perlu)
5. Masukkan santan dan masak hingga ayam/daging masak.
6. Masukkan kentang dan biarkan kentang empuk
7. Masukkan cili merah dan bawang besar
8. Letak garam dan gula. Sesuaikan rasanya.
9. Masukkan bawang goreng dan kacang peas.
10. Tutup api
*Sesuai dimakan bersama nasi minyak, ayam merah dan acar
Kurma kambing/daging/ayam
From: Suhaila Mohd Hairon [Ella@perodua.com.my]
Bahan - bahan(serves 4 person)
Daging/ayam dipotong kiub
1 botol natural yogurt (size kecik macam Nestle punya, kalau tak suka masam, kurangkan)
1 biji bawang besar - mayang
3 ulas bawang putih - tumbuk
1/2 inci halia - tumbuk
1 tbsp ketumbar sebuk
1 tbsp jintan putih serbuk
1 tsbp cili serbuk
1/4 tbsp kunyit serbuk
2 helai bay leaves
Kulit kayu manis
Buah pelaga
Cengkih
Minyak masak/minyak sapi/butter utk menumis
Cara-caranya
• Tumis bawang besar sampai brown colour.
• Masukkan bawang putih & halia tumbuk.
• Masukkan kulit kayu manis, pelaga & cengkih, tumis sampai wangi.
• Masukkan rempah2 serbuk, tumis sampai wangi.
• Masukkan daging/ayam, kacau sebentar.
• Masukkan yogurt & bay leaf.
• Lastly, masukkan garam & sedikit gula (utk menggantikan serbuk perasa..).
• Kalau agak2 daging tu masih liat, masukkan sikit air, tutup periuk (kacau sekali-sekala) & biar kuah sampai pekat.
Colour kurma ni tak macam kurma yg biase tu, kelabu, tapi merah kekuningan.
OPTION:
kalau guna santan maybe rasa dia lain sikit kot pasal yogurt tu lemak2 & masam2, santan lemak2 je or another suggestion, boleh ganti dgn susu (fresh milk or susu cair) dicampur perahan limau nipis or lemon, hasil dia macam tairu.. Bay leaf tu ada dijual kat supermarket, dalam botol kecik2, macam geng2 oregano, parsley, basil etc (rasanya brand Mc Cormick ada), rupa dia sehelai2, macam daun kari yg kering, tapi lebih besar, bahasa melayu kurang pasti. Tapi kalau tak nak letak pun ok jugak, takde le effect sangat rasa dia..
Kurma Daging
Bahan-Bahan:
600 gm (1 kati) daging
2 gelas santan dari ½ biji kelapa
3 gelas air
10 sen daun pudina
Bahan2 untuk ditumbuk
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2.5cm halia
4 biji lada hijau
1 bungkus serbuk kurma
2 sudu air limau nipis
3 sudu minyak sapi
1 labu bawang besar(dibelah dua)
Bahan Tumis
3 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
2.5cm kulit kayu manis
Cara:
Daging dipotong kecil, cuci, gaulkan dengan rempah kurma dan bahan tumbuk. Panaskan minyak dan tumis hingga kuning. Masukkan daging yang bergaul rempah, kacau dan tutup periuk. Bila berbau wangi, masukkan air dan biar hingga air kering, baru masukkan santan dan garam ikut rasa. Kecilkan api, masukkan air limau, daun pudina, bawang besar, biarkan hingga berminyak.
Kurma Daging
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977
Bahan-Bahan:
1 kg daging kambing (dibersihkan & dipotong dadu sebesar 5 cm )
185-250 g minyak sapi
90 gm bawang besar (dihiris)
15 gm bawang putih (dihiris )
45 gm ketumbar (direndang & ditumbuk)
1 camca jintan putih (direndang & ditumbuk)
1 camca adas
3 camca lada sulah
½ biji kelapa (dibuang kulitnya & diparut, direndang & digiling)
900 ml santan cair
Garam secukup rasa
500 gm ubi kentang kecil (dikupas kulitnya & dibiarkan sebiji)
4 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 camca halpa
3 batang (tiap-tiap satu 2 inci/5cm panjangnya ) kulit kayu manis
150 ml susu sejat cair
150 ml air asam jawa
1 batang serai (dititik)
½ biji limau parut
600 ml pati santan
Bahan Giling :
4 biji buah keras
5 cm halia
5 cm lengkuas
Cara:
Pijarkan minyak sapi & goreng bawang & bawang putih hingga garing.Tumis hingga keluar minyak.Masukkan daging & kacau hingga rata. Kecilkan api. & masak dengan bertutup selama 5-8 minit. Masukkan bahan tumbuk,lada sulah & kelapa giling. Apabila kelapa telah kekuning-kuningan & sedikit sahaja air yang tertinggal. masukkan santan cair & garam secukup rasa. Teruskan memasak hingga dagingnya separuh empuk. Masukkan kentang & semua rempah kering. Biarkan hingga mendidih, kemudian masukkan bahan selebihnya kecuali pati santan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga daging & kentang empuk. Masukkan pati santan,kacau & bubuh serbuk perasanya. Masak hingga kuahnya menjadi sangat pekat. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
Kurma Daging Insan
Kiriman: sha
Bahan-Bahan:
sekilo daging lembu
sebungkus rempah kurma adabi
sepaket kerisik
sebiji kelapa
beberapa biji kentang
2ulas bawang besar
3ulas bawang putih
sedikit halia
2keping asam gelugor
garam secukup rasa
minyak utk menumis
penumis..kayumanis sebtg,bunga lawang sekuntum..beberapa biji buah pala..cengkih
serai 2 btg
daging tidak payah direbus
Cara:
daging dibersihkan,bawang besar,putih halia dan rempah kurma diblend sekali..jgn terlalu byk air,tumis penumis,serai, bahan2 yg diblend tadi sehingga naik bau..selepas itu letakkan daging..dgn air secukupnya..bile mendidih letakkan kerisik..biarkan api pelahan..bila daging empuk letakkan santan kelapa pekat ..kentang..juga 2keping asam gelugor..garam..masak sehingga daging benar2 empuk..
Kurma Daging Telur Puyuh
Sumber: Majalah Jelita, November 1992
Bahan-Bahan:
Minyak untuk menumis
1 kg daging, dipotong sedang
Sedikit air
2 tangkai daun ketumbar, dihiris
Sedikit daun pudina
4 camca besar sos tomato
Sedikit bawang goreng
½ tin susu cair
Garam secukupnya
4 biji kentang, dibelah empat dan digoreng
10 biji tomato kecil
10 biji telur puyuh
Bahan-bahan digiling
1 bungkus serbuk rempah kurma
6 tangkai cili hijau
2 cm halia
8 ulas bawang putih
1 camca teh serbuk lada sulah
Cara:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga wangi.
2. Masukkan daging. Kacau rata dan biar hingga daging empuk (masukkan air supaya daging cepat empuk).
3. Apabila daging empuk masukkan daun ketumbar dan daun pudina. Kacau rata.
4. Masukkan sos tomato, bawang goreng, susu cair dan garam. Kacau lagi, dan biar mendidih di atas api perlahan.
5. Apabila kuah pekat, masukkan kentang, tomato kecil dan telur puyuh. Kacau lagi. Biar sebentar baru angkat.
DAGING KURMA
- Chef Lin -
Bahan-bahan:
600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3 camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }
Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras
Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air. Bila terbit bau, bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
4. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak dan daging separuh empuk.
5. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
6. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.
Kurma Daging
by Jeni
Bahan-bahan
400g daging (batang pinang lembut sket)
800ml santan pekat
3 sudu makan rempah kurma
4 cm kulit kayu manis
1 biji bunga lawang
Bahan kisar
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
Cara Menyediakan
1. Panaskan minyak dan tumiskan kayu manis dan bunga lawang.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau.
3. Masukkan rempah kurma yang telah dibancuh pekat dengan sedikit air. Tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan daging, tumis sikit.
5. Kemudian masukkan santan pekat.
6. Masak sehingga daging masak.
7. Perasakan dengan garam.
8. Boleh tambah kentang atau tomato dalam kurma tadi. Jeni tak buat sebab M besar dok bertandang hu hu.
Lagi tips.
Boleh masukkan badam hancur untuk menyedapkan rasa. Do try kalau jadi bagitau becoz I haven’t tried it before.
Kurma Daging
- noorjannah -
Bahan Utama :-
600 g daging batang pinang (dipotong dadu 3 cm)
3 camb minyak
3 camb rempah kurma
1 l santan (2 biji kelapa)
1 keping asam gelugur
400 g ubi kentang }
3 biji tomato } dibelah 4
2 labu bawang besar }
2 biji cili merah } dibelah 2, jangan putus
2 biji cili hijau }
Bahan Penumis:
5 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 biji buah keras
Cara-cara memasak :-
1. Panaskan minyak, masukkan bahan penumis. Kacau 1-2 minit.
2. Bubuh pula bahan kisar, kacau sampai wangi.
3. Masukkan rempah kurma dan sedikit air.
4. Bila terbit bau, bubuh pula daging dan kacau 3-4 minit atau hingga kering airnya.
5. Tuangkan santan dan asam gelugur. Kacau hingga menggelegak dan daging separuh empuk.
6. Bubuh pula kentang, kacau sampai daging lembut.
7. Bubuh bahan baki dan biar mendidih semula sebelum diangkat.
daging masak kurma
- kaki ayam -
bahan²
500 gm daging dihiris nipis
50 gm serbuk kurma
2 biji cili hijau dibelah dua
2 kuntum bunga lawang
2 cawan santan
2 ulas bawang kecil dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 ulas bawang besar dihiris
1 kulit kayu manis
sedikit air
mintak masak
garam secukup rasa
cara²
- rebus daging hingga lembut dan ketepikan
- tumiskan kulit kayu manis, bunga lawang, bawang kecil, bawang besar dan bawang putih sehingga garing.
- kemudian masukkan serbuk kurma yg telah dibancuh dengan sedikit air.
- tumiskan seketika sehingga pecah minyak dan kemudian masukkan daging yg telah direbus tadi.
- gaul rata sebelum masukkan santan, cili hijau dan garam.
- biarkan mendidih dan kuah agak pekat
- sedia utk dihidang.
Kurma Ayam/Daging
- Kak Liza -
Bahan-Bahan:
1 ekor ayam/ 1 kg daging (dibersihkan & dipotong kecil)
60 mg marjerin
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis
¾ sudu jintan manis
5 ulas bawang putih
2.5 cm halia (giling)
Bahan Giling:
3 sudu besar ketumbar
2 sudu besar lada sulah
2 ½ sudu besar adas
2 labu sedang besar (dihiris)
3 cawan pati santan atau 1 tin susu sejat cair
Garam secukup rasa
2 batang lada merah (dibelah dua memanjang)
2 batang lada hujau (dibelah dua memanjang)
1 biji sedang tomato (dibelah 4)
Air dari 1 biji limau nipis
Cara:
1. Pijarkan marjerin atas api yang sederhana & tumiskan bahan giling sehingga wangi.
2. Masukkan kesemua rempah kering & masukkan bawang merah,bawang putih,halia & bawang besar.
3. Goreng hingga layu,kemudian masukkan ayam & balutkan rata-rata dengan campuran itu.
4. Masukkan santan atau susu cair & garam secukup rasa,kacau.
5..Biarkan campuran itu mendidih,kemudian kecilkan api,
6. Didihkan perlahan-lahan dengan bertutup selama 5 minit. Masukkan lada & masak dengan terbuka hingga ayam hampir empuk,dengan dikacau selalu.
7. Masukkan tomato & masak hingga empuk.Angkat dari api. Campurkan air limau nipis & rasalah asam garamnya.
8. Isikan ke dalam mangkuk & hidangkan panas-panas dengan nasi putih.
No comments:
Post a Comment