My husband told that all the general workers are going to celebrate raya haji this year at our house.So he's already start planning what to cook.One of them is Nasi Minyak Warna Warni/Nasi Hujan Panas.Some called it nasi pelangi bcoz' of the colourful rice.So today we're going to do an experiment to cook it as a preparation as both of us haven't done it b4.We followed Kak Liza's recipe, apart of a few adjustment as lack of ingrediants.
NASI MINYAK WARNA WARNI
- Kak Liza -
Bahan-bahan:
4 cawan beras basmathi [basuh dan toskan]
4 cawan air
1/2 cawan susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar majerin
Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1 inci halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]
Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, beras, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.
NASI MINYAK WARNI WARNI
- Kak Liza -
Bahan-bahan:
1 kg beras basmathi [basuh dan toskan]
1 liter air
100 ml susu cair
3 biji tomato buah [cincangkan]
1 batang serai [ketukkan]
2 helai daun pandan [simpulkan]
1 kiub ayam
1 s/k garam
pewarna hijau merah dan kuning
60 gm minyak sapi
60 gm majerin
80 gm kismis
Bahan tumis:
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 cm kulit kayu manis
2 cm halia ]
3 ulas bawang merah ] tumbuk
1 ulas bawang putih ]
Bahan hiasan:
bawang goreng
daun bawang [mayang]
Cara membuat:
1. Panaskan minyak sapi dan majerin dlm periuk.
2. Masukkan bahan tumis, serai dan daun pandan. Goreng hingga naik wangi.
3. Masukkan air dan garam. Biarkan sehingga mendideh.
4. Masukkan susu cair, kiub ayam, buah tomato, kismis dan beras. Kacau rata.
5. Masakkan saperti nasi biasa.
6. Bila nasi hampir kering, letakkan 1 warna pada 1 tempat yg berlainan.
7. Biarkan nasi hingga masak dan kering. Kemudian gembur-gemburkan supaya warna tadi rata keseluruhan nasi.
8. Sebelum dihidangkan, hiaskan dgn taburan bawang goreng dan daun bawang.
DAGING MASAM MANIS [DAGING MASAK MERAH]
Bahan
500 gm daging [hiris nipis]
150 gm sos tomato
150 gm sos cili
20 gm kunyit
100 ml minyak
garam
Bahan Hiris
50 gm bawang besar
3 ulas bawang putih
3 cm halia
2 biji cili merah
2 biji cili hijau
Cara
1. Perapkan daging dengan sedikit garam dan kunyit sebentar.
2. Panaskan minyak dan masukkan daging.Goreng sehingga lembut.
3. Masukkan sos tomato dan sos cili.
4. Masukkan pula bahan hiris. Kacau dan gaul sebati.
5. Angkat dan hidangkan.
KERUTUP AYAM
Bahan
1 ekor ayam [1.5 – 2.0 kg]
80 gm rempah kerutup [ dibancuh dgn sedikit air]]
800 ml santan [ 1 biji kelapa]
30 gm gula merah
30 gm kerisek
80 ml minyak untuk menumis
bahan kisar
100 gm bawang merah goreng
2 biji buah keras
2 cm halia
2 cm lengkuas
3 batang serai
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Cara
1. Tumiskan bahan kisar sehingga garing.
2. Masukkan rempah. Kacau sehingga sebati.
3. Masukkan ayam, kerisek, garam gula dan santan. Biarkan sehingga mendideh
4. Masakkan sehingga kuah pekat dan ayam lembut.
5. Pastikan kacau sekali sekala.
6. Hidangkan dengan nasi atau roti.
KUZI UDANG GALAH
Bahan
4 ekor udang besar
200 ml susu cair
50 gm rempah kuzi
5 biji cili merah
2 biji tomato buah [belah 4]
1 labu bawang besar [belah 4]
50 gm kismis
150 gm sos tomato
200 ml minyak
garam
kunyit
Bahan Mesin
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 cm halia
1 cawan bawang goreng
5 biji cili merah
Cara
1. Udang dibersihkan dan gaulkan garam dan kunyit. Goreng sehingga masak. Ketepikan.
2. Gunakan separuh minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan naik minyak.
3. Masukkan rempah kuzi dan sos tomato. Kacau rata.
4. Masukkan udang, susu cair, kismis, tomato buah, bawang besar dan cili merah. Kacau rata dan biarkan sehingga naik minyak.
5. Hidangkan dengan nasi minyak/nasi putih atau roti.
NASI MINYAK WARNA WARNI/HUJAN PANAS
- Kak NoorMasri -
Bahan-bahan:
3 cawan beras basmathi
3 1/2 cawan air...JIKA beras lembut kurangkan 1/4 cawan air atau lebih bergantung kpd jenis beras
1/2 cawan susu cair
1 sudu besar minyak sapi }
2 sudu besar minyak masak/marjerin } untuk menumis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 inci kulit kayu manis
1/2 inci halia }
3 ulas bawang merah } dimayang
1 ulas bawang putih }
2 sudu besar tomato puree
1 sudu kecil garam
2 helai daun pandan } disimpul
pewarna-hijau, kuning, merah
Cara membuat:
1. Beras dicuci kemudian ditoskan.
2. Panaskan minyak sapi dan minyak masakdlm periuk. Masukkan rempah tumis bersama bawang merah, halia dan bawang putih yg dimayang. Goreng hingga naik bau/kekuningan.
3. Masukkan daun pandan, air dan susu.
4. Kemudian masukkan tomato puree serta garam.
5. Bila mendidih, masukkan beras.
6. Bila nasi hingga kering, cucuk 3 warna tadi dengan sudu di tempat yg berlainan
7. Tanak hingga masak, gembur-gemburkan supaya warna tadi sekata
NOTA: Masa menumis kalau nak guna kesemua minyak sapi (3 s/besar)pung tak apa..kak Noor suka guna 1 s/besar minyak sapi + 2 s/besar minyak masak supaya nasi tu kurang muak dan kurang kolestrol
Nasi minyak hujan panas
oleh: Makyong
Bahan-bahan ( 5 orang )
4 cawan beras basmati
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning dan hijau
bahan tumis
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1/2 inci halia
2 ulas bawang putih
1/2 biji bawang besar
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
bahan hias
bawang goreng
kismis
Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
bawang goreng
kismis
Cara-cara
1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
4. Masukkan beras dan gaul rata.
5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
6. Masaklah nasi sehingga masak
7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
NASI HUJAN PANAS
(Nina)
Bahan-bahan
4 cawan beras basmathi - dibasuh dan ditoskan
Bahan utk menumis:
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Buah Pelaga
Bunga Cengkih
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar mentega/marjerin
1/2 tin susu cair
3 1/2 cawan air - atau anggaran
Sedikit buah gajus
1 helai daun pandan - dicarikkan
Pewarna merah, hijau, kuning
Sedikit garam
Cara
Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan mentega. Tumiskan bawang merah, bawang putih dan semua rempah hingga naik bau. Masukkan air, susu cair, garam dan daun pandan. Masukkan beras dan tutup hingga beras hampir masak. Kemudian, titikkan pewarna berapa titik pada 3 bahagian nasi. Jangan kacau lagi. Biar sebentar, baru dikacau nasi tadi hingga serata. Taburkan juga buah gajus tadi. Tutup dan biarkan masak.
Nasi Minyak Hujan Panas
Bahan-bahan
500g beras basmati
200g minyak sapi
200g air mawar
200g susu cair
100g stok ayam
40g kismis campur
Pewarna kuning secukupnya
Pewarna merah secukupnya
Daun sup, dihiris halus
Daun bawang, dihiris halus
Bahan untuk menumis:
100g bawang putih, dihiris halus
100g bawang merah, dihiris halus
10g bunga lawang
10g bunga cengkih
10g kayu manis
50g halia, diketuk
Cara Membuat
1) Panaskan minyak sapi dan tumis bahan tumisan hingga wangi. Masukkan beras, susu cair, stok ayam dan air mawar. Masak nasi hingga kering.
2) Masukkan kismis, bahan pewarna dan digaul sebati. Taburkan daun sup dan daun bawang dan sedia dihidang.
Nasi Minyak Hujan Panas
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
Bahan-Bahan:
2 ½ cawan beras (dibersih dan ditoskan)
3 camca besar minyak sapi atau 50 gm mentega
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sm halia (dimayang)
2 ½ sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
½ cawan susu pekat
25 gm kismis
¼ cawan bawang goreng
Air anggaran 3 cawan, pewarna merah, kuning dan hijau, garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak sapi, tumis bahan hingga kuning. Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau hingga rata, perlahankan api. Bila nasi hampir masak, masukkan pewarna merah dan hijau, gaul hingga rata. Bila telah masak, bolehlah dihidangkan.
Nasi Hujan Panas
Bahan-Bahan:
1 kg beras
1 liter air
1 tin susu cair
2 biji limau nipis
20 gm minyak sapi
20 gm buah gajus & kismis
½ sudu teh pewarna hijau,merah&kuning Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
10sen kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.
Cara:
Tumiskan bahan A dgn minyak sapi.Apabila naik baunya,masukkan air,susu cair & limau nipis.Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras, buah gajus & kismis.Masak hingga kering & masukkan pewarna.
NASI BERIANI HUJAN PANAS
Bahan-bahan
1 kg. beras Basmathi (dibasuh & dituskan)
100 g. minyak sapi
4 cm kulit kayu manis }
4 biji buah pelaga } bahan menumis
3 kuntum bunga lawang }
3 helai daun pandan (disimpulkan)
1 labu bawang besar }
4 ulas bawang merah } bahan dikisar
3 ulas bawang putih }
2 cm halia }
50 g. rempah beriani
1.2 l. air
300 ml. susu cair
2 kiub stok daging (jika suka)
garam secukupnya
10 tangkai daun pudina
3-4 camB. air mawar
pewarna merah, oren & kuning
60 g. kismis } bahan
80 g. gajus bakar } hiasan
Cara-cara
1. Panaskan minyak sapi, masukkan bahan menumis, daun pandan dan bahan kisar. Kacau sampai wangi.
2. Masukkan rempah, gaul 2-3 minit.
3. Kemudian bubuh beras, kacau 3 minit lagi.
4. Masukkan pula air, susu, stok dan garam. Kacau sekali-sekala hingga hampir kering, bubuh pula daun ketumbar.
5. Tutup dan biar masak selama 10-15 minit.
6. Titiskan air mawar dan pewarna, tutup periuk semula.
7. Gaulkan kismis dan gajus sebelum dihidangkan.
Nasi Pelangi Petang Bonda
- Pakupakis -
*sesuai untuk 4-6orang hidangan*
4 pot beras basmathi
2 pot air
3 pot susu cair
20 gm minyak sapi
20 gm kismis
sedikit pewarna hijau,merah & kuning.
Bawang goreng dan daun pudina sebagai hiasan
Bahan A:
10 gm bawang merah
5 gm halia
5 gm bawang putih
1@ batang kulit kayu manis
beberapa kuntum bunga cengkeh,bunga lawang & buah pelaga.
Sehelai daun pandan
Secubit garam
Cara:
1. Tumiskan bahan A dgn minyak sapi.
2. Apabila naik baunya,masukkan daun pandan yg disimpul, air& susu cair. Letakkan sedikit garam. Setelah mendidih,masukkan beras..
3. Masak hingga kering & masukkan kismis, pewarna dengan mencucuk 3 lubang berjauhan .
4. Bila mahu disenduk,gembur2kan nasi supaya 3 warna bercampur sekata dan kelihatan cantik.
5. Taburkan dengan bawang goreng supaya lebih beraroma.Hiaskan dengan daun pudina.
Nasi Pelangi Bandar Hilir
Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999
Bahan-Bahan:
3 kg beras basmathi
1.5 liter minyak masak
400 gm bawang merah
150 gm halia
150 gm bawang putih
20 gm kulit kayu manis
15 gm jintan manis 10 gm buah pelaga
3 gm pewarna merah
3 gm pewarna kuning
3 gm pewarna oren
80 gm garam
50 gm serbuk perasa ayam
2 sudu besar rempah beriani
Cara:
1. Basuh beras dan tus airnya. Kisar halus bawang merah, bawang putih dan halia.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. Masukkan rempah beriani, kulit kayu manis, bunga cengkih, buah pelaga, garam dan serbuk perasa ayam.
3. Masukkan air mengikut sukatan beras. Jika tiga kg beras bersamaan dengan tiga mangkuk, bubuh air sebanyak tiga mangkuk juga.
4. Apabila air mendidih barulah dimasukkan beras.
5. Tutup periuk dan biarkan ia kering. Masukkan pewarna satu demi satu. Biar ia masak.
No comments:
Post a Comment