- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Friday, November 7, 2008

Popia Goreng++

I really love fried popia.My brother, yusri loves it more.During fasting month,he'll buy friend popia for buka puasa.
Apart of traditional fried popia & popia basah,u'll amazed with varieties of popia.I fascinated with variety of fried popia.I guess it's ok to switch occassionally from this common fried popia to other kind of fried popia.They differ in terms of filling & the method to make.


Popiah Goreng Bercili
- Kak Liza -

Bahan
kulit popiah ready made secukupnya
minyak untuk menggoreng
1 s/b tepung gandum + 3 s/b air dibancuh sebagai gam kulit popiah

Bahan Inti
200 gm udang [hiris kecil ]
1 batang carrot kecil [sagat/potong halus ]
1 mangkuk kobis [racik halus]
5 batang kacang panjang [potong halus]
1 tangkai cili merah [hiris halus]
1 labu bawang besar [racik]
1 ulas bawang besar
1 s/b minyak
garam

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan udang dan carrot, Kacau rata.
3. Masukka kobis, kacang dan garam. Kacau rata.
4. Bila sayur telah lembut tutup api dan tapiskan supaya kuahnya turun kedalam mangkuk.
5. Bubuh inti popiah ditengah kulit popiah dan gulungkan sehingga hujung saperti gulungan kueh gulung atau ketayap.
6. gamkan hunung dengan bancuhan tepung tadi.
7. gorengakna dalam minyak yg banyak dan sederhana panas.
8. Bila telah kekuningan boleh angkat dan toskan minyak.
9. Hidangkan dengan kuah cili sos.

CILI

Bahan
2 s/b cili mesin
1 ulas bawang putih ] tumbuk hancur
2 s/b cili sos
2 s/b cuka
1 s/b gula
3 s/b minyak
garam
bijan [jika suka]

Cara .
1. Tumiskan cili dan bahan lain. Masakkan sehingga pekat.dan naik minyak.
2. Masukkan popiah goreng tadi dan taburkan bijan.
3. Kacau rata dan angkat.
4. Hidangkan.




POPIAH GORENG
- Ida -

untuk intinya
Daging burger - dipotong kiub2
sayur campur
telur
rempah kari - tak kira lee ayam or ikan ke - 1 sudu teh
serbuk cili - 1 sudu teh
serbuk ayam knor
garam

caranya
1. masukkan kesemua bahan dlm bekas kaca
2. kacau sebati - masukkan dlm microwave
3. masak dlm suhu tinggi selama 3/4 minit ajee
note : nie method orang malas, kalau rajin masak atas dapur pun ok jugak
4. biarkan bahan inti nie sejuk dulu sebelum letak atas kulit popiah dan gulung ya...
5. untuk gam kulit popiah supaya tidak terbuka lak tepung gandum + air = likat mcm wat cekodok tu.
6. dah goreng , toskan minyak dan sapu ngan sos yang lebih masa wat popiah basah tu ya...


Popia Goreng

Bahan – bahan
50 keping kulit popia
2 biji sengkuang
2 batang lobak merah
1 tangkai daun sup
1 tangkai daun bawang
2 sudu besar lada hitam
3 ulas bawang putih
200 gm udang besar - dicincang

Cara membuatnya
1. Sengkuang dan lobak merah dimayang halus.Daun bawang dan daun sup dipotong halus.Tumbuk bawang putih dan lada hitam.
2. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali dan tumiskan bawang putih hingga wangi.Masukkan udang ,sengkuang lobak merah dan garam.Kacau rata
4. Masukkan lada hitam dan akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup.Angkat.
5. Letakkan bahan ini di tengah - tengah kulit popia dan gulung. Setelah siap semuanya barulah digoreng.



Popiah Goreng Coklat Rice
- Ida -

Bahannya
kulit popiah
pisang (segala jenis pisang)
coklat rice
minyak untuk mengoreng
gam (tepung gandum + air = gam)

Caranya :
1. letak pisang atas kulit popiah dan taburkan coklat rice (ikut suka , kalau ada budak2 letak lee lebih2 coklat rice tu)
2. gulung dan gamkan bahagian hujung supaya tidak terbuka bila mengorengnya..


POPIA UDANG
- Carrie -

Bahan-Bahannya :
Udang besar yang sudah dikopek - 200gram
Kulit popia - 50 pcs sederhana besar
kepingan atau bukuan cheese - potong kecil2 - 50 biji potongan
lada sulah. - sesuka ati
serbuk perasa - sesuka ati

Cara membuatnya
1. Udang digaul bersama semua bahan, buka kepingan kulit popia,
2. isikan cheese dan udang.
3. Lipat dan gulung kulit popia sapukan bancuhan tepung untuk menjadi gam.
4. lepas tu goreng la.


Popia Udang
- angahsue -

Bahan2
Udang segar di kopek kulit
lada sulah
keju parut (saya guna cheddar cheese)
Kulit popia di potong memanjang.

Cara2
1. Gaulkan udang dengan lada sulah.
2. Letak keju atas kulit popia, kemudian letakkan udang. Lipat dan gulung popia.
3. Lekatkan bancuhan tepung pekat pada hujung gulungan. Goreng .Sedap dimakan panas dengan sos cili Thai.

Popia Kentang Sedap
Kiriman: ina

Bahan-Bahan:
10 biji kentang(sederhana)
3 biji telur
(asingkan sebiji kuning telur utk melekatkan popia)
kulit popia
1 biji bawang besar(potong 2)
garam secukup rasa

Cara:
*rebus kentang hingga empuk
*setelah siap,masukkan bawang kedalam air rebusan.biarkan seketika.
*lecek kentang.tumbuk bawang hingga hancur.campurkan bersama kentang,garam dan telur
*balutkan dgn kulit popia hingga habis
*goreng hingga kekuningan


POPIA CRAB CHEESE
From: ida rahidah-razak@jhr.global.sharp.co.jp

Bahan-bahan
32 pieces Fillament Fish (Ketam Tiruan - panjang2 warna ketam)
Philadelphia Cream Cheese (150 gm)
Kulit Popia (Size Besar, potong sampai dapat 4 buku 4 segisama)

Cara :
1. Celur fillament fish dalam air panas
2. Then potong fillament fish nipis-nipis. Ramas hingga lapisannye tercerai - Jangan sampai hancur - just macam mi
3. Ramas potongan fillament tu dgn cream cheese, sampai sebati.
4. Ambil dalam sesudu kecil fillament cream cheese kedalam kulit popia dan gulung.
5. Goreng. Makan panas2.


POPIA INTI KETAM
Posted by JUNAIDAH (DUNIA DECORATION)

Bahan-bahan:
4 sudu besar pasta kacang soya
2 biji bawang putih
4 sudu besar minyak masak
4 sudu besar air
300 gm udang kecil (dipotong-potong)
230 gm daging ketam
150 gm lobak (dipotong-potong)
300 gm tauge
4 keping beancurd (dipotong dadu dan digoreng)
600 gm kulit popia
beberapa helai daun ketumbar (dihiris halus)
garam secukup rasa

Cara membuat:
1.Panaskan minyak.Goreng bawang putih dan pasta kacang soya hingga naik bau.Masukkan udang dan daging ketam dan didihkan perlahan-lahan.
2.Masukkan lobak,garam dan biarkan masak hingga kering.Alihkan dan toskan bahan-bahan kering.
3.Bentangkan kulit popia dan bubuh 2-3 sudu besar inti serta taburkan daun ketumbar dan selepas itu gulung.Goreng sehingga warnanya bertukar coklat dan hidangkan bersama sos cili atau sos tomato.


Popia Inti Isi Ketam
Kiriman: fazyan

Bahan-Bahan:
Kulit popia (saiz kecik)
isi ketam
Cheese
garam
lada sulah

Cara:
-Rebus isi ketam agak-agak masak
-Lenyek kan isi ketam dan cheese bersama serta gaul mesra.com
-Masukan lada sulah dan sedikit garam
-Pastu, campuram tadi masuk kan dalam kulit popia..cam wat popia gak cuma inti yg berlainan.



POPIA SIAM

Bahan Bahan
200 gm kobis (dihiris halus)
250 gm daging cincang
6 ulas bawang merah (dihiris)
3 batang daun bawang
50 gm suhun (direndam)
2 s/besar kicap cair
2 s/besar sos ikan
gula secukup rasa
50 gm cendawan cina (dihiris)
30 keping kulit popia
2 s/besar tepung jagung
minyak untuk menggoreng
sedikit lada putih, sebiji telur

Bahan Hiasan
daun pudina, salad dan timun

Bahan Bahan Pencicah
8 biji cili merah
1/2 cawan gula halus
2 ulas bawang putih
2 s/besar sos ikan
kacang tanah (digoreng dan ditumbuk kasar)
1/4 cawan cuka

POPIA GORENG SOS PLUM

Bahan-bahan inti:
20 keping kulit popia
1 cawan taugeh } buang ekornya
1 biji sengkuang } dipotong memanjang
1 batang lobak merah } dipotong memanjang
1 labu bawang besar } dipotong dadu
2 ulas bawang putih } dicincang
1/2 cawan udang kering } ditumbuk kasar
garam secukup rasa
perasa jika suka
minyak untuk mengoreng

Sos Plum:
2½ camca besar sos plum }
3¾ camca besar air }
1¼ camca besar gula } gaul sehingga sebati
1¼ camca besar kacang tanah – (panggang, ditumbuk }
1 biji cili merah, buang biji, ditumbuk }

Cara membuat:
1. Panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bawang putih sehingga wangi kemudian masukkan bawang besar, udang kering dan sayur-sayuran.Kacau sekejap rasakan garam secukupnya. Angkat kemudian toskan air dlm inti jika ada utk menjadikan popia lebih rangup. Sejukkan.
2. Bubuh inti ke dalam tiap-tiap keping kulit popia kemudian gulung kemas-kemas lipat bahagian hujung tepi dan bawahnya.
3. Di akhir lipatan sapu dgn sedikit putih telur supaya tidak terbuka.
4. Goreng hingga masak (kuning keemasan)
5. Hidangkan bersama sos plum atau sos cili.


Goreng pisang bersalut kulit popia
- puteribayu -

Bahan2
Pisang
Kulit Popia

Cara2
1. pisang di belah dua..pastu ambil kulit popia dibungkus satu persatu..di goreng hingga garing...
2. makan panas-panas..dicicah dengan sambal kicap cili padi..

sambal kicap cili padi

Bahan2
cili padi satu mangkuk sederhana
kicap satu botol
cuka botol kecil satu botl
bawang putih tiga ulas
gula secukup rasa
garam secukup rasa..

Cara2
1. Campurkan kesemua bahan
2. sambal kicap ni enak juga dimakan dgn ikan bakar..


Popia Istimewa
Kiriman: nikda

Bahan-Bahan:
1 Paket kulit popia saiz besar
1 Paket isi ketam (dipotong kecil)
1 Paket sayur campur (sederhana)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
2 sudu besar sos tiram
½ cawan air
1 kiub pati ayam
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara:
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang putih hingga naik bau. Masukkan isi ketam dan sayur campur.
2. Kacau, masukkan air, garam dan pati ayam. Biarkan hingga air kering dan sayur masak. Biarkan sehingga inti agak sejuk sedikit.
3. Masukkan inti keatas kulit popia, gulung seperti biasa. Goreng hingga keemasan.


Popia Pisang Goreng
Sumber: Majalah Saji April 1999

Bahan-Bahan:
5 biji pisang berangan
5 keping kulit popia
5 gm serbuk kulit kayu manis
20 gm gula pasir
1 biji telur
½ biji kelapa - ambil santan pekat
1 liter aiskrim vanila
1 helai daun pandan
Minyak masak untuk menggoreng

Cara:
Kupas pisang, kemudian taburkan serbuk kulit kayu manis dan sedikit gula pasir di atasnya. Aturkan pisang di atas kulit popia dan gulungkan seperti membuat popia pedas, letakkan dengan telur. Goreng hingga garing. Panaskan santan dan tambahkan gula selebihnya dan daun pandan, kacau hingga masak. Hidangkan bersama aiskrim dan kuah santan.


Popia Pisang Goreng Bersirap Santan
Sumber: Majalah Saji Mac 2000

Bahan-Bahan:
5 keping kulit popia
5 biji pisang berangan
½ sudu kecil serbuk kayu manis
1 biji telur
2 cawan minyak masak
1 sudu besar gula

Sirap Santan:
5 sudu besar gula
2 cawan santan
1 helai daun pandan
Secubit garam

Cara:
Untuk membuat popia pisang goreng, gula & serbuk kulit kayu manis disatukan sebelum digaulkan pada pisang yang telah dibuang kulit, kemudian dibalut dengan kulit popia. Cara membalut sama seperti membuat popia. Pecahkan telur & sapukan pada bahagian hujung kulit popia agar ia tidak tertanggal. Panaskan minyak kemudian goreng popia pisang hingga kekuningan. Angkat & toskan sebelum dihidang bersama-sama sirap santan. Untuk mambuat sirap santan, satukan santan dengan gula pasir, garam & daun pandan. Kacau di atas api yang sederhana sehingga kuah menjadi pekat.


Popia Udang Special
Kiriman: Syikin Shamsuddin

Bahan-Bahan:
Kulit popia
Isi udang (sebanyak mana yg disukai)
Bawang Putih - seulas besar
Sedikit lada sulah
Sedikit garam (sesedap rasa)

Untuk sos:
5 biji cili kering
Sedikit asam jawa
Sedikit tepung jagung
Sedikit sos cili dan sos tomato
Kacang buncis/kacang panjang - hiris memanjang dan halus
Sengkuang - hiris memanjang dan halus
Karot - hiris memanjang dan halus
2 biji telor - didadar dan diracik halus

Cara:
1. Mula-mula tumis bawang putih bersama isi udang (boleh juga diganti dengan isi ayam).
2.Letakkan sedikit lada sulah
3.Masukkan sayuran (kacang buncis/panjang,sengkuang dan karot).Biarkan sayuran layu sebentar.
4. Akhir sekali masukkan telor yang telah didadar dan diracik halus.Perisakan dengan sedikit garam dan gula.
5. Lipatkan inti popia bersama kulit poia seperti melipat sampul kertas.
6. Goreng dan hidangkan panas-panas bersama sos.
7.Untuk sos: kacaukan semua bahan-bahan untuk membuat sos di atas api kecuali tepung jagung. Tepung jagung dikacau bersama air dan dituang perlahan-lahan untuk memekatkan sos.


popia kerang bermayonis
Posted By : carteblanche

Bahan-bahan
sebungkus kulit popia
mayonis
salad (dicincang halus)
lobak dipotong dadu dan di goreng
kerang digoreng

Cara-caranya
1. campurkan mayonis + lobak+ dan kerang
2. gulung bahan tersebut pada kulit popia (seperti cara membuat popia)


Popiah Daging Berkeju
Kiriman: Siti Fairus binti Mohd Basir

Bahan-Bahan:

Inti Popiah:
250 g daging cincang (boleh tambah atau kurangkan mengikut citarasa, juga boleh diganti dengan ayam)
Sebatang lobak merah
15 batang kacang buncis
Sepaket soh-hoon
2 sudu sos tiram
Sedikit garam
Sesudu rempah kari
5 biji Bawang Merah dan 5 Biji Bawang Putih

Lain-lain:
Kulit popiah saiz sederhana,
Sebungkus keju Cheddar,
Minyak untuk menumis,

Cara:
Persediaan bahan:
1. Soh-hoon direndam hingga lembut,
2. Kisar atau tumbuk lumat bawang putih dan merah,
3. Potong halus atau guna parut tangan untuk memarut lobak merah, supaya mendapat hasil yang tidak terlalu kasar dan tidak terlalu halus. Begitu juga dengan kacang buncis.
4. Keju dipotong 4, secara memanjang. (Potong mengikut kadar keperluan)
5. Bancuh Rempah kari tadi dengan sedikit air. Pastikan bancuhan pekat dan tidak cair.

Memasak Inti:
1. Tumis bawang yang telah ditumbuk/kisar tadi dalam kuantiti minyak yang sesuai, sehingga naik bau wangi.(supaya hasilnya tidak terlalu berminyak)
2. Masukkan bancuhan kari tadi, dan tumis rata sehingga terbit minyak,
3. Masukkan pula daging cincang,
4. Selepas daging empuk, masukkan sos tiram dan sedikit garam, gaul rata,
5. Masukkan lobak dan diikuti dengan kacang buncis. (pastikan ia sudah diparut atau dipotong halus)
6. Gaul rata, dan akhir sekali masukkan soh-hoon yang telah ditoskan dan dipotong2 supaya tidak terlalu panjang.
7. Gaul sehingga semua bahan cukup rata dan masak,
8. Sejukkan sebelum mula menggulung popiah.

Menggulung popiah:
1. Sediakan kulit popiah,
2. Letakkan sepotong keju di atas kulit popiah sebelum meletakkan inti,
3. Selepas itu bubuh inti di atas keju tersebut mengikut kuantiti yang bersesuaian atau ikut citarasa.
4. Gulung. Pastikan gulungan rapat dan ketat untuk mengelakkan terlalu banyak minyak meresap ke dalam popiah ketika menggoreng.

Menggoreng:
1. Pastikan minyak cukup panas ketika hendak mula menggoreng. Ini untuk mengelakkan minyak meresap.
2. Gorenglah hingga keperangan.
3. pastikan popiah ditos betul2, dengan memastikan hujung popiah ke bawah untuk memastikan minyak keluar.
4. Sendengkan dalam pinggan yang dialas dengan tisu, untuk memastikan minyak menyerap ke tisu.

Cadangan Hidangan:
Kalau buat sos pencicah seperti sos cicah nasi ayam, untuk dimakan dengan popiah lagi sedap.


Kuah Popiah Goreng
From : salamahnoor@tmp.mmi.com.my

Bahan2
2 sudu lada kering yang telah dikisar
3 sudu sos cili
3 sudu sos tomato
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
½ cawan air

Cara2
Campurkan kesemua bahan-bahan diatas di dalam bekas dan masak sehingga mendidih

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).