- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, November 1, 2008

Ayam tumis

Today my husband is coming home unexpectedly.Last thursday he said he won't come back this weekend bcoz' he had to settle urgent works at site.May be he just can't leave me that long.Hahaha...So i'm making 'ayam tumis', one of his favorite.It's an easy dish with a minimum hassle.


Ayam Tumis
- My recipe -


Bahan-bahan
1 ekor ayam - dipotong sederhana
2 camb cili boh
2 camb sos tiram
4 camb kicap manis
Air asam jawa secukupnya
Serbuk kunyit
Garam, gula & serbuk perasa secukupnya
Minyak untuk menggoreng & menumis
Air secukupnya
2 biji tomato - dibelah 4
2 batang serai - dititik

Bahan kisar
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara membuat
1. Lumurkan ayam dengan kunyit.Kemudian goreng dalam minyak yg banyak & panas.Angkat & toskan.
2. Tumiskan bahan kisar & cili boh hingga garing.Kemudian masukkan sos tiram.
3. Masukkan air asam jawa, garam, gula & serbuk perasa.
4. Masukkan air sebagai kuah.
5. Masukkan serai & kicap.Biar sampai menggelegak perlahan.
6. Masukkan ayam & tomato.
7. Kacau seketika & bolehlah dihidangkan.



Ayam Tumis
- Chef Lin -


Bahan-bahan
1 ekor ayam dipotong
2 camb (sudu teh) pes cili
4 camb kicap manis
2 camb sos tomato
3 camb minyak
250-300 ml air
2 biji tomato - dibelah 6
Garam, gula secukupnya

Bahan kisar
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras

Cara membuat
1. Campurkan bahan kisar dengan cili, kicap, sos tomato, garam dan gula.
2. Gaulkan dengan ayam sehingga rata.
3. Tutup dan perapkan selama 2 jam.
4. Panaskan minyak di dalam kuali, masukkan ayam dan semua bahan perap tadi.
5. Kacau atas api sederhana hingga air ayam kering.
6. Masukkan air kemudian tutup kuali.Renehkan di atas api perlahan.
7. Bila ayam masak dan kuah pekat, masukkan tomato dan angkat.



Ayam Tumis Ros
Sumber: Jelita November 1987


Bahan-Bahan:
1 ekor ayam
1 biji kelapa
1 biji limau nipis
2 batang serai (diketuk)
1 biji telur
2 biji kentang
2 sudu besar rempah serbuk
1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 biji buah keras
¼ biji buah pala
3 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 cm kulit kayu manis
Garam

Cara:
Ayam dibersih. Telur & kentang direbus & masukkan ke dalam perut ayam. Giling semua rencah & camour dengan rempah serbuk. Panaskan minyak & tumis rempah-rempah tadi bila wangi, masukkan santan, asam, garam & ayam. Selalu balik-balikkan ayam. Bila sudah pekat, angkat & bakar ayam itu hingga masak. Hiaslah ayam itu sewaktu menghidang.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).