- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, November 29, 2008

Puding Roti Gula Hangus

Today i'm thinking of making puding roti karamel after seeing kak liza's.Looks delicious.So i've found a few simple recipe to make this.Very easy...


Puding Roti Berkaramel
- elianas -

Bahannya
buat gula hangus...
1/2 cawan metrik gula kasar
6 sudu besar air
- kedua bahan dicampur dan dijadikan gula hangus....ratakan atas loyang....dan biarkan seketika

6 keping roti - dibuang kulit tepinya dan dicarik2
5 biji telur - buang pusat untuk elakkan hanyir
1/2 tin susu pekat - ana guna creamer pekat(resipi asal 1 tin, ana adjust sikit sbb tak nak manis sangat)
1 tin air ikut guna tin susu tu(tin susu jenis yg tinggi tu)
1 sudu besar esen vanilla

Cara
1. Masukkan semua bahan diatas ke dalam blender, blend hingga hancur.....tuang semua bahan atas gula hangus yg telah siap lam loyang...
2. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak...terbalikkan loyang dan simpan dalam peti sejuk...




PUDING ROTI CARAMEL
- Kak Liza -

Bahan A:
1/2 cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti

Bahan B
1 buku roti [10 keping]
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit cocktal/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

Hiasan
1 tin buah koktel/peach

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Gaul rata semua bahan B kecuali fruits cocktal dan tapis.
3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yg ada gula yg telah dicairkan.
4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.
5. Kukuskan selama 30 minit.
6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.
7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit cocktail ta buah peach
8. Sejukkan...hidangkan untuk buka posa ke.. sebagai dessert




PUDING ROTI CARAMEL 2
- Kak Liza -

Bahan
750 ml susu segar/susu kotak
3 biji telur
2 s/b gula kastor
1 s/k esen vanilla
6 keping roti [koyakkan]

1/2 cawan gula [hanguskan]

hiasan.... buah peach dalam tin [boleh gunakan fruit koktel]

Cara
1. Gaulkan susu, telur, gula kastor, esen vailla dan roti dalam mangkuk.
2. Panaskan gula dalam loyang yg nak digunakan diatas api paing kecil sehingga berwarna kekuningan.
3. Panaskan kukusan.
4. Masukkan adunan roti dalam loyang yg ada gula hangus.
5. Kukuskan selama 30 minit diatas apai sederhana.
6. Angkat dan sejukkan loyang.
7. Bila telah sejuk terbalikkan perlahan dalam pinggan pie [saperti dalam gambar..sebab dia berkuah]
8. Susunkan hirisan buah peach dan sejukkan.
9. Potong dan hidangkan.



Puding Roti Karamel
Kiriman : NAM

Bahan-bahan
1 tin susu cair
4 kpg roti gardenia
4 biji telor ayam
1 cawan gula
2 sudu gula ( dijadikan gula hangus )
sedikit esen vanilla

Cara-cara membuatnya
1. Gula dihanguskan terus kedalam loyang sehingga perang dan disejukkan.
2. Semua bahan-bahan diatas dikacau hingga sebati kemudian bubuh esen vanilla. Tuangkan kedalam loyang.
3.Kukus selama setengah jam sehingga masak.

1 comment:

Organic Indonesian Vanilla said...

Hello,
Nice Web
Have you get experience for baking use Natural Vanilla?
Kindly to visit our Blog, Organic Indonesia Vanilla
http://www.organicindonesianvanilla.blogspot.com


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).