My husband is coming home today.Yesterday i bought 1/2 kilo of beef meat at pasar malam.He said he had enough of chicken right now & it's been for awhile we didn't eat beef, so i decided to cook 'daging goreng' using my my mom's recipe.My husband love this dish very much bcos' it's not oily & not too wet.He used to cook it 1/2 kilos & finished it at once.
~ My Mom's Recipe ~
Bahan-Bahan:
250 gram Daging Lembu
4 ulas bawang merah - dimayang
1 inci halia - dihiris nipis
1 sudu Serbuk Kunyit
3 sudu cili boh - jika suka pedas
Sedikit air asam jawa - jika suka
Garam, gula & serbuk perisa secukup rasa
Minyak Masak
1 biji bawang besar - dipotong bulat
2 biji cili merah - dihiris
Cara:
1. Daging dipotong/dihiris nipis.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan daging, serbuk kunyit & cili boh. Gaul rata. Tunggu sehingga air yang keluar daripada daging kering, baru masukkan minyak masak (secukup rasa).
3. Masukkan air asam jawa. Gaul rata.
4. Masukkan hirisan bawang merah dan halia.
5. Masukkan bahan perasa. Goreng hingga masak.
6. Akhir sekali masukkan bawang besar & cili merah. Gaul sebentar & bolehlah dihidangkan.
Daging Goreng ala Kelantan
Kiriman: Za
Bahan-Bahan:
½ kilo daging (dipotong)
10 ulas bawang merah(dimayang)
4 ulas bawang putih(dimayang)
2 inci halia(dihiris nipis)
2 sudu serbuk kunyit
2 biji bawang besar (dihiris bulat)
sedikit cili besar(dihiris)
sedikit minyak untuk menggoreng
sedikit garam dan gula
Cara:
Rebus daging dan kunyit sampai empuk.Selepas itu masukkan minyak dan bawang serta halia. Goreng sampai garing dan akhir sekali masukkan bawang besar, cili besar dan garam serta gula secukup rasa.
Daging Goreng Kelantan
Kiriman: GulaiKawah.Com
Bahan-Bahan:
250 gram Daging Lembu
1 ulas Bawang Besar(Holland)
1 sudu Serbuk Kunyit
Garam secukup rasa
Minyak Masak
Cara:
1. Daging dipotong/dihiris nipis dan diperap dengan serbuk kunyit serta garam selama 15 minit. Bawang besar dihiris nipis macam 'onion ring'.
2. Panaskan kuali tanpa minyak dan masukkan daging yang telah diperap. Tunggu sehingga air yang keluar daripada daging kering, baru masukkan minyak masak (secukup rasa).
3. Goreng daging sehingga masak, baru masukkan hirisan bawang besar dan terus menggoreng sehingga bawang separuh layu.
DAGING GORENG
~ Kak Liza ~
Bahan
500 daging batang pinang [hiris nipis]
100 gm kacang panjang [potong pendek]
1 cawan air
3 s/b cili sos
2 s/b kicap
1 labu bawang besar
3 tangkai cili merah
3 s/b minyak
garam secukup rasa
Bahan Hiris
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang besar
3 cm halia
Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukan daging, sos cili, kicap dan air. Kacau rata. Biarkan sehingga daging lembut dan air kering.
3. Masukkan kacang panjang dan garam. Kacau rata dan biarkan beberapa miniit.
4. Masukkan cili dan bawang besar. Kacau rata.
5. Angkat dan hidangkan dalam pinggan.
Daging Goreng
- Mamafami -
Ingrediants
Beef fillets (preferably topside) - sliced thinly
Shallots - pounded
Garlic - pounded
Ginger - pounded
Tumeric powder
Chillie powder
Salt
Onion - cut in rings
Spring onion - for garnishing
Oil
Water
Method
1. Marinate the beef fillets with pounded shallots, garlic, ginger and salt for half an hour.
2. Heat oil in a wok. Add in the marinated fillets. Stir.
3. Add in a bit of water, tumeric powder and chillie powder.
4. When the beef is cooked, add in the onion rings.
5. Garnish with spring onion before serving.
Daging goreng nanas
oleh: nure
Bahan-bahan ( 4~5 org )
500g daging dihiris
200g nanas (kalau guna nanas dlm tin anggaran 1/2 tin) dihiris
1bj cili benggala (atau cili merah) dihiris
2 sd besar sos tomato
2 sd besar sos tiram
1 sd besar rempah kari daging
1 sd kecil lada hitam (dikisar)
1 kuntum bunga lawang dan 2 btg cengkih
bhn ditumbuk: 3ulas bwg putih dan 1 cm halia
minyak masak dan garam
Cara-cara
1. Panaskan minyak utk menumis. Tumiskn bhn ditumbuk, cengkih dan bunga lawang hingga naik bau.
2. Masukkan rempah dan goreng sampai garing. Kemudian masukkn daging dan masak hingga daging empuk.
3. Masukkan sos tomato, sos tiram, garam dan lada hitam. Kacau lagi sampai rata.
4. Akhir sekali, masukkn nanas, cili benggala dan masak lagi selama lbh kurang 3 minit. Sedia utk dihidang
Daging Goreng Berlada Hitam
oleh: shafiqfarhan
Bahan-bahan ( 2 1/2 Orang )
Daging 500 gram
4 camca besar minyak masak
40 gram perencah maggi
1 labu bawang besar (dihiris)
2 pokok daun bawang yang dihiris sederhana halus
1 cawan air
5 batang kacang panjang dipotong 3 cm
Cara-cara
1. Daging dihiris nipis-nipis (hirisan filet)
2. Rebus daging dengan secawan air
3. Sesudah itu, keluarkan air rebusan dan simpan dulu air tersebut untuk diguna kembali.
4. Masukkan minyak dan goreng daging tersebut selama 3 minit dengan api besar
5. Masukkan 40 gram perencah Maggi serta bawang besar yang dicampur dengan air rebusan tadi.
6. Goreng hingga daging masak. Sesudah itu, masukkan hirisan daun bawang dan kacang panjang.
7. Goreng selama 1 minit. Itu saja!
Daging Goreng Utara
Sumber: Majalah Saji Mac 2000
Bahan-Bahan:
300 gm daging
1 batang lobak merah (dipotong dadu)
¼ biji nanas (dipotong dadu)
2 biji tomato (dipotong dadu)
1 tangkai cili hijau
½ botol sos tomato
½ cawan air
3 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil bikarbonat of soda
2 labu bawang besar
3 batang cili merah
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara:
Daging dipotong kecil. Gaul daging dengan gula, bikarbonat, garam & tepung jagung. Goreng daging hingga rangup. Ketepikan. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak, tomato & nanas. Masukkan sos tomato, kacau lagi. Akhir sekali masukkan 1/2 cawan air & kicap cair diikuti dengan daging. Hidangkan & hiaskan.
1 sudu kecil gula
1 sudu kecil bikarbonat of soda
2 labu bawang besar
3 batang cili merah
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar minyak untuk menumis
Cara:
Daging dipotong kecil. Gaul daging dengan gula, bikarbonat, garam & tepung jagung. Goreng daging hingga rangup. Ketepikan. Panaskan minyak untuk menumis, masukkan bawang besar, cili merah, cili hijau, lobak, tomato & nanas. Masukkan sos tomato, kacau lagi. Akhir sekali masukkan 1/2 cawan air & kicap cair diikuti dengan daging. Hidangkan & hiaskan.
Daging Goreng Akar Ketumbar
Sumber: Majalah Jelita Mac 1992
Bahan-Bahan:
300 gm daging, dipotong mengikut suka
2 camca besar minyak masak
2 ulas bawang putih, dicincang
40 gm bawang merah, dicincang
60 gm otak udang
2 camca besar serbuk kunyit
1 cawan air rebusan ayam
50 gm kulit kayu manis
3 tangkai akar ketumbar, dibersihkan
10 tangkai cili padi, dicincang halus
1 camca besar sos ikan
1 camca teh gula
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan daging, otak udang dan serbuk kunyit. Kacau seminit. Tuang seminit. Tuang air rebusan ayam. Masukkan kulit kayu manis, akar ketumbar dan cili padi. Kacau hingga rata. Masukkan sos ikan dan gula. Kacau lagi hingga masak. Angkat dan hidangkan.
Daging Goreng Bercili
Sumber: Jelita November 1987
Bahan-Bahan:
600 gm daging
20-25 tangkai cili kering
5 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah
1 cm halia 1 cm lengkuas
15 biji buah keras
6 camca minyak makan
Sedikit asam jawa
Garam secukup rasa
Cara:
Daging dibersih & dipotong ikut suka hati. Cili, bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas & buah keras digiling halus. Pijarkan minyak di dalam kuali, tumis ramuan yang digiling tadi. Bila wangi, masukkan daging & kecilkan api. Bila daging empuk, masukkan air asam jawa & garam.
Daging Goreng Bercili
Sumber: Majalah Jelita, November 1992
Bahan-Bahan:
1 kg daging
Minyak untuk menggoreng
12 tangkai cili kering, digunting halus
1 cawan santan daripada setengah biji kelapa
Garam secukupnya
Sedikit air asam jawa
15 biji bawang merah, dibuat bawang goreng
Bahan-bahan digiling
5 tangkai cili merah
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 cm halia
1 cm kunyit basah
sedikit belacan
1 batang serai
Cara:
1. Daging direbus hingga empuk dan dihiris nipis-nipis.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng cili kering hingga garing. Angkat.
3. Kemudian goreng daging separuh garing. Angkat.
4. Menggunakan baki minyak, tumis bahan-bahan giling hingga wangi.
5. Masukkan santan, garam dan air asam jawa. Kacau rata. Biar mendidih.
6. Apabila naik minyak, masukkan daging. Kacau sebati.
7. Biar kuah pekat baru masukkan cili kering dan bawang goreng. Kacau rata. Angkat.
No comments:
Post a Comment