- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, November 3, 2008

Sup Krim Cendawan

Breakfast of the day creamy mushroom sup.For the last few days i ate wild mushroom creamy soup.It was the samples by campbell's.My husband got them from while they distribute the sample near kotaraya.So,i can eat it for free.Usually i ate this at pizza hut.When we ordered pizza for 2 people,i ended finished up the 2 bowls of mushroom/chicken soup bcoz' my husband hate it.


Creamy Mushroom Soup
oleh: Nadia

Bahan-bahan ( 2 orang )
1/4 cawan bawang besar- mayang
2 sudu besar daun parsley- cincang
1 sudu besar mentega/margerin
1 1/2 cawan cendawan butang
1 1/2 sudu kecil tepung jagung
1/2 kiub ayam
1/2 sudu kecil Worcestershire sauce (L&P)
sedikit serbuk lada hitam
2/3 cawan air
1/2 cawan sour cream

Cara-cara
1. Panaskan mentega. Tumis bawang sehingga layu. Jangan sampai perang.
2. Masukkan cendawan. Tumis 2-3 minit.
3. Bancuh tepung jagung dengan air. Kemudian masukkan ke dalam cendawan tadi.
4. Masukkan juga semua bahan-bahan lain. Masak sehingga mendidih. Padamkan api dan sejukkan sekejap.
5. Kemudian masukkan ke dalam blander. Blend sekejap. Jangan terlalu lama! Mungkin sekali tekan saja.
6. Kemudian renehkan semula sehingga pekat.




Mushroom soup
oleh: minami133

Bahan-bahan ( 6 org )
1 keping dada ayam
1500 ml air
500 ml susu segar(susu kotak)
1 ketul kiub ayam
1 tin kecil cendawan butang(dihiris kecil2)
garam
secubit ajinomoto
1 cawan tepung gandum

Cara-cara
1. potong ayam kecil2. masukkan ayam dan air ke dalam periuk. rebus sehingga masak.
2. masukkan susu dan kiub ayam. masak guna api yang perlahan. masukkan mushroom.
3. masukkan bancuhan tepung dan kacau sehingga pekat. tambah perisa, garam dan ajinomoto.Siap utk dihidang. sedap dimakan dgn roti.




Mushroom soup
oleh: chiksed

Bahan-bahan ( 5 org )

bahan A (UTK MUSHROOM SOUP)
1 tin mushroom
3 bwang besar
3 ubi kentang
1 labu bawang putih
1 btg leek
1 btg saleri
sedikit carrot
tulang ayam (stok)

bahan B(mushroom soup)
mixed herbs
whipping cream
butter

Cara-cara
1. rebus kesemua bahan A., apabila empuk kisar kesemua bahan A kecuali tulang ayam dan separuh mushroom dicincang.
2. panaskan butter+sto ayam(air rebusan bahan A)+masukkan bahan A yang dikisar
3. biarkan mendidih
4. campur whipping cream+mixed herbs+garam secukup rase+mushroom yang dicincang



Sup Cendawan Butang ala Itali
(Italian Cream of Mushroom)

Bahan-Bahan:
? ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk cendawan butang putih, segar & bukan dalam tin!, dihiris
? biji ubi kentang, didadu
? sudu besar lada hitam, ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam/sayuran atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa 1/3 cawan krim atau susu sejat
Daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan.

Cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau, tapi jangan sampai garing!
2. Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
3. Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
4. Bila semuanya sudah serasi, masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
5. Masukkan semula sup ke dalam periuk. Tuang krim atau susu sejat, lada hitam dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.




CREAM OF MUSHROOM SOUP

Bahan-Bahan:
1/2 ulas bawang besar, didadu
3 ulas bawang putih, dimayang
1 mangkuk (300g) cendawan butang putih, segar } dihiris
1/2 biji ubi kentang } potong dadu
1/2 sudu besar lada hitam } ditumbuk
4 cawan air rebusan ayam atau 1 kiub stok ayam + 4 cawan air
Garam, secukup rasa
1/3 cawan fresh krim
1/2 sudu besar tepung jagung } bancuh dgn sedikit air
daun parsley, dicincang halus - untuk hiasan (optional)

Cara:
1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau/layu
2. Masukkan cendawan dan tutup periuk. Biarkan hingga naik aroma cendawan dan airnya mula keluar (lebih kurang 4-5 minit). Kacau sekali-sekala.
3. Tuang air rebusan ayam atau stok ayam ke dalam periuk dan masukkan ubi kentang.
4. Biarkan hingga ubi kentang benar-benar empuk.
5. Masukkan sup ke dalam pengisar. Kisar HANYA selama 2 saat dan berhenti; ini diulangi beberapa kali sehingga sup mulai nampak pekat tetapi isi cendawan tidak hancur.
6. Masukkan semula sup ke dalam periuk.
7. Tuang krim, lada hitam, bancuhan tepung jagung dan garam secukup rasa, dan biarkan mendidih seketika.
8. Angkat dan hidangkan dengan hiasan daun parsley.



MUSHROOM SOUP
- damiacyan -

Bahan-bahannya
1 keping dada ayam (dipotong dadu)
750 ml air
250 mlm susu segar
1 ketul kiub ayam
1/2 paket cendawan butang (dipotong dadu)
3/4 cawan tepung gandum (dibancuh dahulu dengan air)
sedikit lada sulah

caranya
Rebus ayam bersama air hingga mendidih, kemudian masukkan cendawan dan susu, kemudian masukkan bancuhan tepung gandum tadi, kacau hingga pekat dan masukkan lada sulah dan garam. Perlu diingatkan kacau selalu dan gunakan api perlahan. bila dah pekat tutup api dan boleh lah di makan begitu sahaja atau pun bersama roti.



sup cendawan

bahan²
500 ml air
300 gm cendawan butang dihiris
25 gm mentega
3 ulas bawang putih dicincang
4 cm saderi dicincang
1 ulas bawang merah dicincang
sedikit daun pasli dicincang
125 ml susu sejat

cara²
- panaskan mentega, tumiskan bawang putih, bawang merah dan saderi hingga wangi.
- masukkan air dan cendawan butang, biar mendidih
- masukkan susu dan tabur daun pasli.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).