Ubi kayu oh ubi kayu. I found out a lot of wierd recipe of using ubi kayu.I've never seen, heard or tasted all these dish.I thought ubi kayu can only be made into kueh mueh. I never thought it can be made into a main dish. Silly me...
GULAI LEMAK UBI KAYU
- Madiha -
Bahan2
1 ketul ubi kayu ~ buang kulit, potong kecil2 & bersihkan
Santan secukupnya dari sebiji kelapa (kena lebihkan santan kerana ubi kayu jenis menyerap cecair. Jika tak cukup santan kuah akan jadi terlalu pekat)
4 ulas bwg merah ]
1 ulas bwg putih ]
1 gengam ikan bilis ~dikopek ] Bahan2 ni dikisar halus
cili padi secukupnya (ikut pedas yg anda mau) ]
1 inci kunyit hidup ]
2 batang serai ~ diketuk
garam secukup rasa
Cara memasak
1. Campurkan santan, ubi kayu, bahan2 kisar, serai & garam secukup rasa. Masak hingga ubi kayu empuk. Sedia utk dihidangkan.
Kerabu Kulit Ubi Kayu
Sumber : Resepi Keluarga Tradisional
Bahan-bahan
300 g kulit ubi kayu
1/4 biji kelapa (digoreng hingga kuning)
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
1 biji asam limau
Udang kering secukup rasa
Garam secukup rasa
Cara Membuatnya
1. Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya dan direbus hingga empuk. Bila telah empuk potonglah halus-halus.
2. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama-sama kelapa goreng.
3. Sesudah itu gaulkan pada kulit ubi yang telah dipotong tadi.
4. Setelah itu perahkan air asam limau dan tambahkan garam secukupnya.
5. Jika anda suka boleh ditaburkan bawang besar serta cili merah yang telah dipotong ke atasnya sebelum dihidangkan.
PINDANG TAPAI UBI
- madiha -
Bahan2
1 peket tapai ubi (harga RM2.00)
1 kotak kecil santan (Madiha guna santan trim ayam brand)
1 cawan air
1 sudu besar gula pasir (nak manis tambah lagi)
1/4 sudu kecil garam
1 helai daun pandan ~ disimpul
Cara menyediakan
1. Masak santan bersama gula, daun pandan & garam hingga mendidih sambil dikacau2 sentiasa.
2. Masukkan tapai ubi dan masak seketika hingga kuah agak pekat.
3. Tutup api dan bolehlah dihidang.
BUBUR UBI KAYU MINANG
Posted by JUNAIDAH (DUNIA DECORATION)
Bahan-bahan:
1 kg ubi kayu
5 ketul gula melaka (kecil)
2 helai daun pandan
200 gm gula pasir
½ cawan air
Cara membuat:
1.Rebus ubi kayu hingga empuk.
2.Di dalam periuk lain masukkan gula melaka dan gula pasir bersama daun pandan.Masak sehingga gula tersebut hancur dan kemudian tapiskan.
3.Masukkan air gula ke dalam ubi kayu yang telah direbus tadi.Hidangkan ketika masih panas.
KEK UBI KAYU
- familiazam -
Bahan-bahannya: ( 9 inchi persegi )
1½ cawan (375gm) Mentega
1½ cawan Gula Halus
5 biji Telur
1½ cawan Tepung
½ tin Susu manis
1 sudu makan Baking Powder
3 cawan Ubikayu (sagat & tapis)
1 sudu makan Vanilla
Cara-cara membuatnya:
1. Pukul Mentega & Gula sehingga kembang.
2. Masukkan Telur satu-persatu sambil di pukul.
3. Masukkan Tepung, Susu pekat, Baking Powder sambil di pukul.
4. Masukkan Ubikayu & akhir sekali Vanilla. Sedikit pewarna kuning jika suka.
5. Bakar 175’c, selama 45-50 minit sehingga masak.
Kek Ubi Kayu
Bahan-Bahan:
1 cawan gula pasir
2 sudu besar marjerin
2 biji telor ayam
1 ½ cawan ubi kayu (diparut halus)
1 cawan santan kelapa
2 sudu besar pati santan
Cara:
Mula-mula gula dipukul dengan marjerin sehingga kembang. Setelah itu, masukkan telor yang telah dipukul, ubi kayu dan santan kelapa. Sebelum dibakar, alaskan acuan dengan daun pisang dan masukkan adunan tadi. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana panas selama 30 minit. Pati santan disapukan ke atas kek yang telah masak. Bakar lagi selama 1 minit.
Cucur Ubi Kayu Berinti
Sumber: Majalah Jelita Februari 1994
Bahan-Bahan:
Minyak untuk menumis
3 biji bawang merah, dimayang
2 sudu teh cili giling
1 sudu besar rempah kari
200 gm daging ayam, dicincang
1 pokok daun bawang, dimayang
1 pokok daun sup, dihiris
2 biji cili merah, dihiris
Garam secukup rasa
Bahan-bahan kulit:
750 gm ubi kayu, direbus & dilecek
80 gm (1 cawan) tepung gandum
½ sudu teh garam
Minyak untuk menggoreng terendam
Cara:
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang merah hingga wangi. Masukkan cili giling dan rempah. Kacau hingga terbit minyak. Masukkan ayam dan perlahankan api. Kacau hingga masak. Masuk daun bawang, daun sup, cili merah dan garam. Kacau rata. Angkat dan sejukkan. Untuk membuat kulit cucur, gaul sebati ubi kayu bersama tepung dan garam hingga menjadi doh. Leperkan sedikit doh menjadi 8 cm x 4 cm. Letak sedikit inti di tengahnya dan lipat menjadi 4 cm x 4 cm. Goreng di dalam minyak panas hingga keemasan. Enak dimakan bersama sos cili.
Kek Ubi Kayu
Sumber: Majalah Perempuan Jun 1994
Bahan-Bahan:
3 cawan ubi kayu (diparut)
1 cawan kelapa parut
3 biji telur
1 ½ cawan gula
1 cawan santan pekat
1 sudu teh pewarna kuning
250 gm mentega
Cara:
Bubuh isi parutan ubi kayu ke dalam bekas. Masukkan telur, gula lalu dipukul hingga kembang. Kemudian masukkan santan pekat tadi dan kacau sambil dimasukkan mentega bersama pewarna kuning. Lapikkan periuk arcoflam dengan daun pisang dan akhir sekali tuangkan adunan tersebut ke dalamnya. Bakar selama 45 minit atau sehingga kuning keemasan di dalam suhu kepanasan 300C, dapur gas Mark 4-5.
Kek Ubi Kayu
Kiriman: Sarimah
Bahan-Bahan:
5 biji telur
1 ½ cawan gula halus
1 ½ cawan mentega
1 ½ cawan tepung gandum
3 cawan ubi kayu ( yang diparut )
½ tin susu manis
1 sudu makan baking powder
1 sudu makan vanila
Cara:
1. Pukul gula dengan mentega hingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu dan pukul lagi sehingga sebati
3. Masukkan tepung, susu, baking powder, ubi kayu dan gaul sehingga sebati.
4. Bakar selama 45 minit.
Kerabu Kulit Ubi Kayu
Sumber: Buku Pandai Memasak
Bahan-Bahan:
½ kati kulit ubi kayu
¼ biji kelapa (digoreng hingga kuning)
3 ulas bawang merah
3 biji cili merah
20 sen udang kering
1 biji asam limau
Garam serta serbuk perasa secukupnya
Cara:
Kulit ubi kayu dibuang kulit arinya dan direbus hingga empuk. Bila telah empuk potonglah halus-halus. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk hingga lumat bersama-sama kelapa goreng. Sesudah itu gaulkan pada kulit ubi yang telah dipotong tadi. Setelah itu perahkan air asam limau dan tambahkan garam serta serbuk perasa secukupnya. Jika anda suka boleh ditaburkan bawang besar serta cili merah yang telah dipotong ke atasnya sebelum dihidangkan.
Sambal Tumis Ikan Bilis Dengan Ubi Kayu
Sumber: Majalah Perempuan Disember 2000
Bahan-Bahan:
200 gm ikan bilis kupas
500 gm ubi kayu
7 ulas bawang putih (dikisar)
9 ulas bawang merah (dikisar)
1 biji bawang besar (dihiris)
10 gm belacan
1 cawan air asam jawa
Minyak masak
Serbuk perasa
Garam
Cara:
1. Kupaskan kulit ubi kayu dan dipotong kecil memanjang. Kemudian gorengkan ikan bilis dan ubi kayu hingga garing.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan bawang putih, bawang merah dan belacan hingga naik baunya.
3. Kemudian masukkan lada kering yang telah dikisar dan kacau hingga keluar minyak.
4. Masukkan air asam jawa, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga sebati.
5. Setelah itu masukkan ikan bilis, bawang dan ubi kayu. Kacau seketika hingga sebati. Hidangkan
Biskut tapai Ubi berkismis
[sitipayung]
Bahan-bahan
60 gm mentega
60 gm gula kastor
100 gm tpg gandum
20 gm tpg jagung
60 gm tapai ubi dilecek
20 gm kismis cincang
1/2 biji kuning telor
1 biji kuning telor (glis biskut)
1/4 tsp b.powder
1/2 tsp vanila
1 sd besar kelapa kering
Cara-cara
Tpg gandum dan tpg jagung digaul ramas dengan mentega sampai jadi seperti serbuk roti. Masukan gula kastor, b.powder dan kismis.Campurkan tapai ubi , vanila dan kelapa kering. Masukan 1/2 biji kuning telor. Gaul sampai jadi doh. Sekiranya doh melekit boleh tambah 1 sd besar tpg gandum lagi dan uli..Masukan dalam piping beg dan tekas atas tray yg disapu majerin dan sapu kuning telor atas biskut dan bakar.
ASAM REBUS UBI KAYU
- Hayati Ibrahim -
Ubi kayu secukupnya ( yang kecil2 sebaik2nya. Dibuang kulit dan dikerat pendek)
Bahan2 untuk dikisar:
6 tangkai cili kering
5 ulas bawang merah
1cm kunyit hidup
1cm belacan / kiub ikan bilis
sedikit ikan bilis - dibasuh dan diramas2 sahaja
sedikit air asam jawa
garam secukupnya.
Cara-caranya:
1. Rebus ubi kayu yang telah dibasuh dan dibelah hingga separuh empuk.
2. Campurkan bahan2 yang telah digiling dan ikan bilis yang telah di ramas ke dalam periuk
rebusan ubi tadi. Campurkan garam secukupnya.
3. Masak sehingga ubi empuk. Kemudian perahkan air asam jawa ke dalam periuk tadi.
4. Rasalah garam dan asam secukupnya. Angkatlah periuk itu, apabila lauk menggelegak.
No comments:
Post a Comment