- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, March 31, 2009

Sup Kulit Tembikai

Huh, kulit tembikai buat sup? I'm so surprised with the fact that watermelon skin can be made into soup. B4 this i read somewhere that instead of unripe papaya, we can use watermelon skin to make rojak. But this time, soup. I'll try it. Sometimes i was amazed by our oldfolks. They reused everything to cook.


Sup ikan bilis kulit tembikai
oleh: melati

Bahan-bahan ( 2 orang )
kulit tembikai
bawang merah
bawang putih
lada hitam
sedikit ikan bilis
garam
gula
serbuk perisa jika suka
sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara
1. Buang kulit yang warna hijau dan potong kecik-kecik
2. tumbuk bawang merah, bawang putih serta lada hitam.
3. Tumis bahan tumbuk sehingga naik wangi. Masukkan air dan ikan bilis.
4. Bila dah mendidih, masukkan kulit tembikai, garam, gula dan perisa. Bila kulit tembikai dah lembut bolehlah padamkan api.

Monday, March 30, 2009

Gulai Tempoyak Ikan Kembung

Last night my hubby bought durian at pasar mlm. Panas satu bdn mkn durian...but we're not that happy with the quality of the durian. One of them 'busuk' & the other one not so sweet (tawar jer). So that one i kept in the freezer to make tempoyak. My hubby doesn't eat tempoyak, so cukup la tempoyak from sebiji durian. After this i can eat it with budu.
Erm, i'm thinking of make use my tempoyak today. Actually my mom never cook any dish using tempoyak except eating it with budu (biasa la org ganu), so i've no idea how to cook tempoyak with anything else. I've senn people cook tempoyak with ikan patin but i'm not a fan of ikan patin (too smelly). & i've seen people cook tempoyak with pucuk ubi but no pucuk ubi in the freezer. But i managed to find one recipe i thought ez & the most important is i'll eat the fish; tempoyak ikan kembung (i would rather called it ikan kembung durian coz' the tempoyak is still new & i can still smell the fresh durian...hehehe). Luckily it turns very good.

Gulai Tempoyak Ikan Kembung
Sumber: Majalah Perempuan Disember 2000

Bahan-bahan:
1 kg ikan kembung (dipotong dua)
1 ikat taugeh kasar
1 cawan tempoyak
1 batang serai
10 biji cili padi
Serbuk kunyit
Garam

Cara memasak:
1. Masukkan ikan yang telah dicuci ke dalam periuk bersama cili padi yang telah dikisar dan serai yang telah dititik.
2. Tempoyak dibancuh dengan sedikit air supaya tidak terlalu pekat.
3. Masukkan serbuk kunyit dan garam
4. Apabila mendidih, masukkan taugeh. Sedia untuk dihidang.


Ikan Kembung Singgang Tempoyak
Kiriman: linn

Bahan-Bahan:
5 ekor ikan kembung sederhana besar(potong 2)
4 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk0
2 cm lengkuas (dipotong nipis)
2 keping asam keping
3 cm kunyit hidup @ serbuk
2 cawan air
garam secukup rasa dan
bahan perasa (jika suka)

Cara:
1) masukkan semua bahan kecuali ikan
2)bila bahan tadi mula mendidih masukkan ikan yang telah dipotong



IKAN MASAK ASAM REBUS TEMPOYAK

Bahan-bahan:
600 g ikan mackerel (atau apa-apa ikan yg digemari)
4 sudu besar tempoyak
10 tangkai cili api }ditumbuk
2 cm kunyit hidup }ditumbuk
1 kuntum bunga kantan } dibelah
garam secukup rasa
setangkai daun kesom
1- 2 keping asam keping
2 1/2 cawan air

Cara membuat:
1. Ikan dibersihkan dan di toskan.
2. Masukkan air, cili api dan kunyit ke dalam periuk
3. Kemudian masukkan ikan dan tempoyak.
4. Renihkan. Masukkan daun kesom, bunga kantan dan asam keping.
5. Rasakan garam secukupnya, bila ikan masak bolehlah diangkat

Sunday, March 29, 2009

Kulat Sisir / Cendawan Kukur


kredit gambar : anakrantau.fotopages.com

Have u ever try kulat sisir? Like the one on the picture?I did but long time ago at my home town. On that time my house was surrounded with rubber tree. Every time after rain in monsoon season, we can find lots of this mushroom pop out from the dead rubber tree. I still remember when my neighbour & i competed to collect the mushroom as many as we could. My mom used to say old folks called them 'sayur daging' bcoz' of its taste, maybe at that time old folks taste it like meat. For me, i can eat it (after cooked) with no other dish like fish/chicken/meet/etc. My mom used to make sayur lemak kuning with it. So delicious. But now its hard to find since there were no rubber trees anymore at my house.
So it has been quite so long i didn't eat it but yesterday my MIL came from the kg & brought some salted fish, udang baring (here they called udang geragau), keropok & also kulat sisir. She said she bought it at pasar kedai payang (wet market).
Apart of making masak lemak, i found out we can make rendang out of it. So here i posted recipes i've found in the internet, also the one that my MIL made.

Sayur Kulat Sisir
Sources : My MIL

Bahan-bahan
1 mangkuk kulat sisir - dibersihkan
3 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
Secubit lada hitam
Segenggam ikan bilis
1 mangkuk santan
Garam & serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara
1. Masukkan santan bersama-sama bawang merah yang ditumbuk bersama bawang putih, kunyit hidup, lada hitam & ikan bilis ke dalam periuk. Kacau sebati.
2. Masukkan garam & bahan perisa secukup rasa. Kacau lagi. Santan ini perlu dikacau selalu supaya tidak pecah minyak.
3. Apabila santan mula mendidih, masukkan kulat sisir yang telah dibersihkan.
4. Masakkan sebentar. Boleh dihidangkan.



Kulat Sisir Masak Lemak Cili Padi
Resepi dari :
anjungcafe.com

Bahan-bahannya:
2 cawan kular sisir / cendawan kukur
Segenggam cili padi
Kunyit sebesar ibu jari
2 batang serai(dititik)
2 keping asam keping
1 biji kelapa parut(diambil santan pekat)
Segenggam ikan bilis
Garam scukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1. Cendawan kukur hendaklah dicuci sehingga bersih.Tumbuk cili padi bersama-sama kunyit hingga lumat. Masukkan santan ke dalam periuk berserta cendawan kukur dan cili yang di tumbuk tadi. Masukkan juga serai, asam keping, garam dan ikan bilis.
2. Masak dengan api sederhana . Sesudah mendidih, kacau sebentar. Kemudian padamkan api.



Masak Lemak Kulat Sisir
Sumber: Jurumasak Eksekutif Terrace Cafe, Hotel Marriott Putrajaya, Lim Meng Sow

Bahan-bahan:
2 cawan santan daripada sebiji kelapa
1 batang serai
200g kulat sisir

Bahan kisar:
100g ikan bilis
10g serai
100g bawang kecil
5g bawang putih
20g cili padi
10g halia
20g cili merah
10g kunyit hidup

Cara membuat:
1. Masukkan santan ke dalam periuk.
2. Masukkan bahan kisar dan kacau rata di atas api sederhana.
3. Masukkan serai yang dititik dan kulat sisir, kacau rata dan biarkan mendidih. Apabila masak, angkat dan hidangkan.




Masak Lemak Sayur Meranti Bersama Cendawan sisir
Sumber : Kak juriah

Bahan-bahan
santan
bawang merah
bawang putih
isi ikan
cili hidup mesti banyak sikit
sikit lada hitam( tak guna pun tak ape)
bawang besar ( tak guna tak jadi hal)
sayur meranti
cendawan sisir




Rendang Kulat Sisir
Kiriman : amzarfirashy

Bahan-bahannya:
300 gm kulat sisir,basuh dan sejat
2 cawan santan pekat daripada kelapa
1/2 cawan air asam jawa pekat
1/4 kelapa parut di buat kerisik
2 helai daun limau purut

Bahan-bahan di kisar:
6 - 10 tangkai cili kering
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 batang serai
2 cm kunyit hidup
2 cm lengkuas
3 cm halia

Cara membuatnya:
1.Masak kulat,santan dan bahan-bahan kisar di dalam kuali.Kacau sekali-sekala hingga mengelegak.Masukan air asam jawa.
2.Biar mengelegak kira-kira 10 - 15 minit.Masukan kerisik dan daun limau purut.Kacau sampai pekat baru di angkat.Enak di makan bersama lemang atau ketupat.



Rendang Cendawan Kukur
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1994

Bahan-Bahan:
600 gm cendawan kukur (dibersihkan dan rendam air panas)
300 gm udang yang sederhana besarnya
1 liter pati santan
300 gm kerisik
120 ml minyak masak
Garam, serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan dikisar:
120 gm bawang besar
20 gm bawang putih
20 gm halia
10 gm lengkuas
30 gm kunyit hidup
150 gm serai
40 gm cili kering

Cara:
Tumis Bahan-bahan kisar di dalam periuk hingga kering. Masukkan santan, garam, gula, kerisik dan serbuk perasa secukup rasa hingga pekat. Masukkan cendawan dan udang dimasak hingga kering.




CENDAWAN aka KULAT SISIR GORENG KERING
Sumber : Kak Madiha

Bahan2
3 cawan cendawan sisir
4 ulas bwg merah*
1 ulas bwg putih*
8 biji cili padi*
1 cm kunyit hidup*
sejemput ikan bilis ~ dibersihkan
1 batang serai ~ ketuk
Garam secukup rasa
Serbuk perasa jika suka
Minyak masak

Cara Menyediakan
1. Cendawan dibersihkan. Kerat jika ada bahagian yg keras pd umbinya. Rendam cendawan dalam sebesen air.. sauk cendawan yang timbul dengan tangan supaya habuk2 jatuh ke bawah. Buat 2 atau 3 kali.. kemudian jirus air lalu dan tos. Tumbuk cendawan separa lumat. Ketepikan.
2. Tumbuk bahan bertanda * hingga lumat. Kemudian masukkan bilis dan tumbuk lagi separa lumat bilis tersebut.
3. Panaskan minyak dlm kuali. Tumis bahan2 tumbuk serta serai hingga wangi. Masukkan garam dan bahan perasa. Kacau biar sebati.
4. Masukkan cendawan dan goreng / kacau hingga agak kering. Biarkan secukup rasa dan bolehlah dihidangkan. Enak dimakan bersama nasi putih & ikan masin.




Kulat sisir Pucuk Paku
oleh: rosnani

Bahan-bahan ( 3-4 org makan )
• 2 Genggam kulat sisir (cuci bersih)
• 1 inci kunyit hidup (Tumbuk )
• 3 ulas bawang merah (dimayang)
• 1 ulas bawang putih (tumbuk)
• seikat pucuk paku (dipotong ikut suka, bersihkan)
• 5-6 tangkai cili padi (tumbuk)
• minyak utk menumis
• Garam & perasa
• 2 sudu besar udang kering (ditumbuk kasar)

Cara-cara
1. Panaskan minyak atas kuali, tumiskan bawang merah & semua bahan tumbuk sampai naik bau. Tambah sedikit air 1/4 cawan .
2. Masukkan kulat sisir, kacau sampai agak lembut & menyerap sedikit kuah.
3. Api sederhana aje, masukkan pula pucuk paku(atau boleh digantikan dgn sayuran hijau lain). kacau sampai pucuk paku lembut.
4. Suaikan rasa dengan garam & serbuk perasa. kacau rata & padamkan api.
5. Sedap dimakan dgn nasi panas & sambal belacan.




Sambal kulat sisir campur telur
oleh: junjs11

Bahan-bahan ( 3-4 org )
• 1 cawan kulat sisir-bersihkan n tumbuk kasar
• 3-4 sudu besar cili kering kisar
• 3 biji bawang merah
• 2 ulas bawang putih
• 2 biji telur
• garam n gula
• serbuk perasa jika suka

Cara-cara
1. tumis bawang2 n cili kering hingga naik bau. masukkan kulat, gaul.
2. pecahkan telur n gaul rata. masukkan garam, gula n serbuk perasa.
3. kacau 2-3 kali hingga kulat n telur bercampur, angkat.

Saturday, March 28, 2009

Support Earth Hour Campaign









For more info, click here Earth Hour

Sotong Kung Pao

My MIL arrived this morning. My MIL didn't eat chicken/beef. She only eat fishes except the prawn since last time the doctor said she may be allergic to prawn. For lunch, apart of vege, fried fishes, i prepared sotong kung pao. Saje jer, nk impress MIL. Nasib baik she said sedap. I got the recipe from the net.


Sotong Kung Pao
Sumber : Ain

Bahan-bahan
Sotong (500g)
Cili kering (5 - 6 btg)
Halia ( 1/2 inci)
Sos tiram - 2 sudu besar
Bawang Besar
Daun bawang

Cara Membuatnya
1. Goreng cili kering sampai garing.
2. Masukkan halia yang telah dimayang.
3. Dah wangi tu masukkan sotong.
4. Dah separuh masak, masuk sos tiram.
5. Apabila kuah dah agak pekat taburkan bawang besar yang dipotong bulat, biarkan layu seketika. Sebelum tutup api tabur daun bawang. Sedia utk dimakan...

Friday, March 27, 2009

Udang Galah Masak Lemak....

Hurray, my hubby brought about 10 nos udang galah this evening from banting. He said he went fishing with his friend at banting last night. He told me a few times about his fishing trip & everytime he went fishing, he'll managed to catch not less than 2 kilos udang galah. He went fishing for udang galah, not the fish bcoz' he didn't eat fresh water fish. Air liur meleleh beb when he told me he ate big udang galah after fishing. So jealous. He promised to bring back the prawn a few times but he couldn't bcoz' at the time he got the prawn, he can't come back bcoz' of his work. So last night he went fishing for udang galah especially for me. Thnax abg, i love u.
The prawns were so big, as big as my arm. Its 'sepit' were blue in colour. I know the meat is hard bcoz' of its size but i don'y mind, i just want to eat big udang galah. Mcm mengidam la plak. We decided to make gulai udang. Kak Madiha's recipe jadi mangsa but without belimbing buluh, instead i put in asam gelugur for it sourness....sori kak madiha.


GULAI LEMAK UDANG GALAH DENGAN BELIMBING BULUH
Sumber : Kak Madiha

Bahan2
1 kg udang galah ~ bersihkan
15 biji belimbing buluh ~ buang tangkai, ketuk & perahkan airnya sedikit (jika suka lebih rasa masam.. hanya belah dua belimbing tadi ~ Madiha perah airnya sebab hubby tak suka lauk2 masam )
garam & perisa secukupnya
2 batang serai ~ ketuk
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (biar pekat sedikit)

Bahan2 tumbuk
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup

Cara2 Menyediakan
1. Jerang santan, serai & bahan2 tumbuk hingga mendidih.
2. Masukkan udang galah & belimbing dan masaklah hingga udang masak.
3. Tambah garam & bahan perasa secukup rasa. Sedia utk dihidangkan.




Udang Masak Lemak
oleh: Mat Gebu

Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg udang galah, dibersihkan
10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dikoyak2

BAHAN2 DIKISAR HALUS
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari

Cara-cara
1. Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
2. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
3. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.




Udang Galah Masak Lemak Cili Api
oleh: fatabello

Bahan-bahan ( 2 orang )
6 ekor udang galah (dibersihkan)
4-5 biji bawang merah rose
3 biji bawang putih
1 bawang besar
3 biji cili api
1/2 sudu kecil ketumbar biji
2 batang serai
sayur kacang buncis atau kacang panjang
tomato
minyak masak untuk menumis dan air
3 sudu besar santan
sedikit isi kunyit hidup

Cara-cara
1. kesemua 3 bahan pertama dan isi kunyit ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja. serai dititik.
2. ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap. panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.
3. kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. tapi dalam resepi ni saya tak bubuh.
4. masukkan pula sayur kacang (ini bergantung kepada selera kalian). tak mau bubuh pun tak pe. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. masukkan tomato yang dipotong ikut kesenian masing-masing dan tutup api.
5. tambah cili api beberapa biji kalau terasa kuah kurang cukup pedas, haaa apa lagi, gigitlah cili api tu!




Udang Galah Masak Lemak Cili Padi
Sumber & Gambar : Mak Lang Azie

Bahan-bahan
½ kg Udang galah

Bahan tumbuk
Cili padi 1/2 genggam
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup

Kacang panjang
Buah tomato
Asam keping
Santan cair
Santan pekat
Serai – dititik
Daun kunyit

Cara Membuatnya
1. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.
2. Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau.
3. Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan sekejap.
4. Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.



UDANG MASAK LEMAK CILIAPI

bahan
1 kg udang besar or udang galah
15 biji cili api ]
3 ulas bawang merah ] mesin halus
1 biji buah keras ]
1 inci kunyit hidup ]
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
3 biji buah tomato [belah 4]
garam

Cara:
1. Masukkan ssemua bahan kecuali buah tomato dan biarkan reneh sehingga mendideh.
2. Bila telah mendideh masukkan buah tomato dan rasakan garamnya.
3. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.

NOTA:
Buah tomato bolih juga digantikan dengan nenas atau belimbing buluh.
Jika hendak lebih pedas..lebihkan ciliapi sikit.

One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).