- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, March 4, 2009

Murtabak Lapis / Crackers

I found this fantastic recipe in Mat Gebu's blog. Look delicious & mouthwatering. Usually people make murtabak wrapped in flour dough, but this time with cream cracker. I think the same filling can be used on lasagne.


Murtabak Lapis
Sumber : Mat Gebu

BAHAN-BAHANNYA :-)
22 keping + 1/2 keping biskut cream cracker
200 g daging cincang
1 1/2 camca besar rempah kari daging
150 g bawang besar yang telah didadu
2 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 cm halia*(*dikisar halus)
150 ml susu cair + 200 ml santan
1/2 cawan air
1 1/2 camca besar minyak masak
3 biji cili merah, dihiris (boleh kurangkan)
3 tangkai daun sup, dihiris
3 biji telur, dipukul sedikit
2 camca besar mentega
Garam, serbuk lada sulah dan sedikit gula

CARA MEMBUATNYA :-)
1. UNTUK INTINYA :- Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus dan rempah hingga harum, masukkan daging, kacau rata dan tuang air, kacau rata. Bila kering, masukkan bawang besar, garam, lada sulah dan sedikit gula, kacau hingga bawang layu. Rasa dan jika ok matikan api dan alihkan dalam bekas lain. (Mat campur sekali cili hiris dan daun sup, kacau rata)..

2. UNTUK MURTABAK CRACKER :- Alas dasar tin dengan aluminum foil, sapu dengan mentega, sapu juga bahagian tepi tin. Ambil 7 keping biskut dan kerat dua (biar sama besar) + dengan 1/2 keping = 15 bahagian. Rendam sekejap 3 keping biskut + 3 keping biskut yg 1/2 bahagian tadi dalam bancuhan susu + santan dan susun pada dasar tin. Masukkan 1/5 bahan no. 1, ratakan dan curah sedikit telur tadi (anggaran 1/5 juga). Buat kaedah yang sama untuk baki biskut dan bahan no.1 juga telur.

3. Untuk lapisan terakhir, jika ada lebihan telur, bancuh dengan bahan susu + santan, kacau rata dan tuang atas biskut tadi hingga rata. Sudukan mentega atasnya dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 45 minit atau hingga masak. Biarkan betul2 sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan.



Murtabak Crackes

Bahan-bahan A
36 keping biskut Cream Cracker (tertakluk saiz dulang - 4 segi)
1 biji santan kelapa
4 biji telur

Bahan-bahan B
Setengah kilo daging cincang
5 biji bawang merah besar (dipotong dadu)
4 biji bawang merah kecil
2 biji bawang putih (ditumbuk)
2 sudu udang kering (ditumbuk)
2 sudu serbuk kari daging (ditumbuk)
1 sudu sos tiram
Sedikit minyak untuk menumis

Caranya

Masak Bahan B (inti)
1) Tumiskan bahan yang ditumbuk hingga kekuningan dan masukkan serbuk kari hingga naik bau barulah masukkan daging cincang.
2) Masukkan sedikit air, tumis hingga kering dan masukkan sos tiram dan masukkan bawang yang dipotong dadu.
3) Ketepikan hingga sejuk.

Bahan A
1) Celup kepingan biskut cream crackes dalam santan, hingga meresap santan (jangan terlalu lembik) dan letakkan atas dulang pembakar bersaiz segi empat.
2) Apabila inti sejuk, letakkan inti diatas biskut cream crackes dan taburkan sebiji telur yang sudah dipukul.
3) Lakukan selapis demi selapis (makan buat kek lapis). Selang selikan biskut dan inti macam kek lapis.
4) Apabila siap, bakar dalam ketuhar dengan suhu 175C selama 15 minit.
5) Apabila masak, potong kecik-kecik. Anda boleh lihat lapisannya dan rasanya yang enak.



MURTABAK CREAM CRACKERS
From : fattymah@yahoo.com

Bahan-bahan :
600 gm daging cincang
600 gm bawang besar potong dadu
1 biji kelapa ambil 15 auns santan(boleh jugak gunakan santan kara...ringkas)
1 tin besar susu cair carnation
36 keping biskut cream crackers
50 sen daun sup dan dan daun bawang, dihiris
6 biji telur
garam secukup rasa
1 bungkus rempah dari daging, anggaran 15 sen
1 senduk lauk minyak untuk menumis
10 biji lada merah dihiris bulat ( untuk yang ada anak-anak macam saya 2 atau 3 batang mencukupi, tak pedas sangat... kalau tidak nanti makan sampai tergolek-golek!!!! )

Bahan-bahan untuk dikisar :
4 biji bawang merah
4 biji bawang putih
5 cm halia

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak. Tumiskan rempah dan bahan-bahan yang dikisar hingga wangi.
2. Masukkan daging, garam dan akhir sekali bawang besar.
3. Masak hingga kering dan sejukkan.
4. Masak susu dan santan biar hingga mendidih.
5. Masukkan sedikit garam dan angkat.
6. Masukkan biskut satu persatu dalam susu dan santan yang masih panas dan atur dalam acuan (8x8 inci) yang disapu mentega dibawah dan tepi.
7. Alaskan kertas cuma di bahagian bawah sahaja...Biskutnya jangan direndam nanti terus lembik...
8. Bila dah celupkan dalam santan terus di atur dalam acuan.
9. Susun 9 keping biskut dalam acuan. Tabur daging, daun sup/bawang, lada.
10. Jiruskan 2 biji telur yang telah dikocok dulu.
11. Buat berulang-ulang, 4 lapis biskut (9x4 lapis=36 biskut) dan 3 lapis daging.
12. 2 biji telur yang terakhir jangan dihabiskan...
13. Diakhir lapisan paling atas sekali dijiruskan atas biskut.
14. Begitu juga dengan lebihan santan, dijiruskan agak-agak 6 senduk.
15. Bakar lebih kurang 1 hingga 1 setengah jam dalam oven dengan kepanasan suhu 150 darjah celsius.
16. Setelah masak, sejukkan sebentar.... Kalau dah cukup sejuknya (mungkin panas sikit) boleh dikeluarkan dari acuan macam sebiji kek.. Boleh dipotong ...

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).