Everyday eating rice...huh!People said if u want to stay slim or loose weight, avoid urself from eating rice. Is it? The problem is, tekak melayu ni nk nasi gak wp makan benda lain berpinggan2, hahaha..This morning my project manager gave me 2 unripe papayas. He brought them from his home & he said the papaya tree at his home fall down bcoz' of the heavy rain & strong wind. He knew that people from trganu like me like unripe papaya to make rojak. He knew it bcoz' his wife's realtives are also from trganu. Luckily i brought along to kl the tools to 'sagat/parut' the papaya (i forgot what people called it).
Erm, dh lama x mkn rojak betik. Erm, dh pekena rojak betik, nasi dh x pandang lg. Usually my mom made it bcoz' my father loves it so much, especially when eating with fried dried keropok aka keropok keping/kering. Yummy...
Erm, dh lama x mkn rojak betik. Erm, dh pekena rojak betik, nasi dh x pandang lg. Usually my mom made it bcoz' my father loves it so much, especially when eating with fried dried keropok aka keropok keping/kering. Yummy...
Rojak Betik
oleh: nor_67
Bahan-bahan ( lebih dari 7 org (bergantung pd saiz betik) )
1 biji betik muda/mengkal (saiz sedang)
1/2 sudu teh kapur makan (utk mengeraskan betik yg disagat td)
2 biji timun
BAHAN UTK KUAH
9 ekor ikan selayang (kalau nak kuah lebih pekat boleh lebihkan)
5 sudu besar cili boh (lebihkan juga kalau suka lebih pedas)
1 keping nisan (boleh juga guna gula melaka)
3 sudu besar gula
3 sudu besar kicap
1/2 cawan cuka @ boleh guna air asam jawa (pekat)
garam secukup rasa
1 1/2 liter air
Cara-cara
1. Sagat betik dan masukkan ke dalam bekas yg berisi air. Hancurkan kapur makan dgn sedikit air. Tapiskan dan masukkan dalam rendaman betik td
2. Rendam betik tu selama 15 minit. Bilaskan bersih dan toskan. Potong timun nipis2.
Utk membuat kuah:
1. Rebus ikan dgn sedikit air hingga masak. Sejukkan. Ambil isi ikan dan tumbuk lumat.
2. Masukkan 1 1/2 liter air, cili boh, nisan dan kicap ke dalam periuk. Masaklah hingga mendidih. Biarkan selama 10 minit dan masukkan cuka.
3. Cedukkan 2 atau 3 senduk kuah tu ke dalam isi ikan yg ditumbuk dan gaul sebati. Jgn sesekali masukkan isi ikan terus ke dalam kuah, nanti ikan tu berketul2. Tuang ke dalam periuk kuah dan biarkan mendidih.
4. Tambahkan gula dan garam secukup rasa. Kuah ni perlu ada rasa masam, manis dan pedas.
Utk. menghidang:
1. Isikan betik ke dalam mangkuk dan letakkan hirisan timun di atasnya. Boleh jugak nak letak hirisan nenas bg yg gemar makan nenas. Letakkan kuah atas bahan2 td dan rojak betik sedia utk dingap..
2. Rojak betik ini sedap dimakan dgn kuah yg sejuk (letak dalam peti ais) dan juga dimakan dgn keropok keping(keropok ikan). Selamat Mencuba!!
ROJAK BETIK TERENGGANU
Sumber : Kak Liza
Bahan Sayuran:
1 biji betik muda kecil
1 batang timun
1/4 biji nenas [buangkan kulit dan mata tunas]
sedikit kapur makan untuk rendamkan betik
keropok goreng [pecahkan sikit]
Cara
1. Betik dibuangkan kulit dan bijinya.
2. Parutkan panjang dan rendamkan ngan air kapur sikit.
3. Timun dan nenas di hiriskan nipis dan kecil.
4. Toskan betik supaya kering airnya.
5. Letakkan semua bahan dalam pinggan dan dihidangkan dengan kuah rojak ikan.
KUAH ROJAK IKAN
Bahan-bahan kuah
5 ekor ikan selayang
3 s/b cili mesin
2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa
2 s/b cuka
1 s/b gula merah
1 s/b gula
garam
Cara membuat:
1. ikan dibersihkan dan dibakar tanpa garam [boleh juga panaskan dalam microwave..masukkan sikit air dan masak pada MEDIUM selama 15 minit]
2. Bila ikan telah masak ambilkan isi dan hancurkan [mesin atau tumbuk].
3. Masukkan isi ikan dan semua bahan dalam periuk.
4. Masakkan sehingga mendideh dan agak pekat.
5. Hidangkan dengan sayuran yg disediakan.
ROJAK BETIK ALA TERENGGANU
Sumber : Kak NoorMasri
Bahan-bahan:
300 g ikan selayang } dipanggang tawar hingga masak
1 biji betik muda } diparut /sagat
1 biji timun } dipotong halus
1 biji nenas } dipotong kecil
200 g taugeh } dicelur dlm air mendidih selama 1/2 minit
4 sudu besar cili kisar/giling
1 sudu makan asam jawa
2 cawan air masak
1/2 keping nisan/gula melaka
10 sudu besar cuka
garam secukup rasa
Cara membuat:
1. Ambil isi ikan kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Asam jawa dicampurkan dgn air buang bijinya utk ambil airnya sahaja.
3. Masukkan ke dalam mangkuk isi ikan, cili kisar, air asam jawa, cuka, gula melaka dan garam, kacau sebati.
4. Campurkan betik, timun, nenas dan taugeh kemudian tuangkan kuah diatasnya.
5. Sedia untuk dimakan.
ROJAK BETIK TRENGGANU
Sumber : Puan Zainab (ma Keratong )
Kiriman : Kak Madiha
Bahan2
1 biji betik mengkal ~ disagat memanjang
1 biji timun ~ disagat
½ biji nenas masak ~ dipotong kecil2
Sedikit kapur makan
Bahan Kuah
5 - 6 ekor ikan selayang ~ dibakar tawar & ambil isi
½ inci belacan dibakar
4-5 sudu besar cili kisar
10 sudu besar cuka makan (boleh tambah lg jika suka masam)
2 keping gula nisan ~ masak dengan 1 cawan air & tapis
gula pasir secukup rasa
garam secukup rasa
air secukupnya
Cara Menyediakan
1. Bancuh kapur makan dalam sebesen air bersih dan rendam sebentar betik yang disagat kemudian dibasuh sekali lalu & tos.
2. Isi ikan ditumbuk bersama belacan.
3. Masukkan isi ikan & belacan yg ditumbuk ke dalam periuk.
4. Campurkan juga bahan2 yang lain dan jerang atas api sehingga mendidih dan agak2 pekat. (jangan terlalu pekat or terlalu cair. Rasakan masam & manisnya. Kuah mesti ada rasa masam, masin & manis.. kena pandai2 la ejas yer..
5. Kemudian bolehlah dihidang bersama buah2 yg disagat/dipotong tadi..
No comments:
Post a Comment