Today, asparagus again. There were lots of ways to cook asparagus. One of them is asparagus fried with belacan, like the one i did a few days ago.
Yesterday my hubby bought asparagus on his way home. Ntah apa mimpi beli asparagus, may be bcoz' when i said to him asparagus is delicious but hard to get here. I fried asparagus with prawn...manisnyer
Yesterday my hubby bought asparagus on his way home. Ntah apa mimpi beli asparagus, may be bcoz' when i said to him asparagus is delicious but hard to get here. I fried asparagus with prawn...manisnyer
Asparagus Goreng dgn Udang
Sumber : Nik Hazlini
Bahan:
1 ikat asparagus - potong serong
10 ekor udang basah - dibuang kulit
3 ulas bawang putih - tumbuk
sedikit minyak utk menumis
Sedikit air
garam secukup rasa
Cara:
1. Asparagus dipotong serong , basuh dan toskan air.
2. Udang dibuang kulit dan basuh.
3. Bwg putih ditumbuk.
4. Panaskan minyak masak dan tumis bwg putih hingga naik bau.
5. Masukkan udang dan goreng hingga masak.
6. Masukkan asparagus dan kacau.
7. Masukkan air dan garam. Biarkan masak.
8. Hidangkan.
Asparagus Goreng
Kiriman: Diro
Bahan-Bahan:
Asparagus
Udang Hidup
Sos Tiram
Garam Secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis
Cara:
Panaskan minyak. Gorengkan udang. Masukkan sos tiram dan sedikit garam. Akhir sekali masukkan asparagus.
ASPARAGUS GORENG BERCILI
Sumber : Dapur Keluarga
Bahan-bahannya :-
10 batang asparagus
4 ekor udang hidup
1/2 cawan air stok ayam
1/2 sudu teh bawang putih
1 sudu makan cili boh
2 sudu makan sos cili
10 grm bawang besar dipotong bulat
garam & gula secukup rasa
Cara Membuatnya :-
- Panaskan minyak & tumis bawang putih. Masukkan cili boh, sos cili dan air stok ayam.
- Masukkan udang, asparagus, bawang besar dan masak selama 5 minit.
- Angkat dan hidangkan.
Udang Dan Asparagus
Bahan-Bahan:
10 ekor udang besar: dibuang kulit kepala & sesungut saje.
1 ikat sayur asparagus, yang gemuk-gemuk lagi bagus. Di kerat panjang 2 in.
1 tiub tauhu elur (japanese tofu) ada dijual disuper market.
2 ulas bawang putih di cincang halus
Sikit garam & lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis dan sedikit minyak bijan.
Caranya:
1. Di dalam minyak yang panas, tumis bawang putih, dah wangi, masukkan udang dan digoreng sambil alih-alihkan selama 1-2 min saje.
2. Kemudian masuk asparagus, kacau lagi 1 min.
3. Kemudian masukkan atu paket tauhu telur tadi dan dikacau cepat2.
4. Bila udang masak taruk garam dan lada sulah dan m. bijan.
* Masakan ini dimasak sekejap saja. Udang tak boleh dimasak lama-lama takut keras dan tak sedap nanti.
Sayur Asparagus Goreng
Sumber : Chef Kamarul 'ala-carte'
Ingredients
2 cloves of shallots
2 cloves of garlic
4 red chilies
1 tablespoon of oyster sauce
100 grams of dried shrimp
250 grams asparagus
Salt for seasoning
Preparation
1. Blend together shallots, garlic, red chilies and ginger.
2. Sauté for a while.
3. Add in the dried shrimp. Let it cook for a while.
4. Add in the oyster sauce.
5. Add in water if necessary.
6. Season with salt if necessary.
7. Ready to serve.
Asparagus & Cendawan Bersos Tiram
Kiriman: Khairul Nazima Bt Abdul Halim
Bahan-Bahan:
Asparagus ( seikat / ikut selera )
2 sudu teh minyak masak
4 ulas bawang putih ( dice / cincang )
Cendawan Butang ( 1 tin / belah dua )
Cendawan tiram ( ikut selera )
Sos tiram ( 4 sudu besar )
Air ( 4 sudu besar )
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bawang putih yang dicincang tadi.
2. Celur sebentar asparagus yang telah lembut dan batang yang keras tak perlu diambil.kemudian angkat dan tos.
3. Masukkan sos tiram dan kedua- dua jenis cendawan tadi kemudian masukkan sedikit air agar ia tidak terlalu pekat.
4. Letakkan asparagus yang sudah dicelur tadi kedalam piring kemudian curahkan sos yang telah dimasak bersama cendawan tadi. dan ia sudah boleh dinikmati.
ASPARAGUS & UDANG
Sumber : Kak Rinn
Bahan-bahan :
2 cekak asparagus
200gm udang basah
2 biji bawang putih, diketuk
1 sudu besar sos tiram
1 camca teh serbuk ada hitam
sedikit minyak untuk menumis
2 titis minyak bijan
Garam secukup rasa
Cara-cara :
1. Panaskan minyak masak dan tumiskan bawang putih hingga sedikit layu. Masukkan udang dan kacau seketika.
2. Masukkan sos tiram, lada hitam.
3. Perasakan dengan garam.
4. Masukkan asparagus, kacau-kacau seketika sahaja dan sedia untuk dihidang.
STIR FRIED ASPARAGUS & SHITAKE
Sumber : Kak Rinn
Bahan-bahan:
Asparagus, dipotong anggaran 4cm panjang.
Shitake, dipotong 4.
Capsicum (lada benggala..merah, kuning & hijau... ), dipotong kasar.
Bawang putih, diketuk
Sedikit butter
1/2 camca lada sulah
1 sudu besar sos tiram
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa
Cara-cara :
1. Cairkan butter dalam pan dan tumiskan bawang putih. Kacau sehingga sedikit layu.
2. Masukkan lada sulah. Kacau seketika.
3. Masukkan shitake dan kacau lagi sehingga agak layu.
4. Masukkan asparagus, gaul rata dan tambah sedikit air.
5. Masukkan sos tiram, garam dan gula secukup rasa.
6. Akhir sekali masukkan capsicum. Gaul rata dan angkat segera.
No comments:
Post a Comment