- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, March 15, 2009

Kuih Kasturi/Rengas/Kacang Hijau

Yesterday evening i made bubur kacang but i can't finished it all alone. So this morning i decided to make use of it. Usually my mom will make aiskrim kacang malaysia. She'll put the bubur kacang in a long plastic & freeze it until harden. But today i'm making kuih kasturi, my hubby's favorite actually, using the bubur kacang leftovers. I just recook the bubur until its dry/drained. Then i add in the corn flour so that it'll stick together. After that i made the batter. So simple & ez. Next time whenever u've the bubur kacang leftovers, don't throw it away bcoz' u can reuse it. Rugi la my hubby xde...klau x, dia ngap sorang2 jer..


KUIH KACANG HIJAU
Sumber : Kak Liza

Bahan
1 cawan kacang hijau [rendamkan beberapa jam]
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 s/b kelapa parut muda [putih sajaha]
3 s/b tepung gandum

Bahan Batter [Gorengan]
1 cawan tepung beras
1 s/b tepung jagung
1 s/k kunyit serbuk
1/2 s/k air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara
1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. [Jangan sampai hangus..nanti tak sedap]
2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.
3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.
4. Bancuhkan bahan batter [gorengan] untuk celupkan adunan kueh kacang.
5. Panaskan minyak dan gorengkan kueh kacang yg telah dicelupkan dgn bahan batter [gorengan] sehingga kuning keemasan.
6. Sejukkan dan hidangkan.




KUIH RENGAS/KUIH KASTURI
Sources : mamafami

For the filling :
100 g green beans
Sugar to taste
50 g freshly grated coconut
1 screwpine leaf (daun pandan)
enough water for boiling

Method :
1. Boil the green beans till soft.
2. Add the other ingredients and cook till slightly dry.
3. Take a bit of the mixture and make it into a ball, then flatten it.
4. Leave aside.

For the bater :
1 cup rice flour
1 - 2 eggs
a pinch salt
1 cup water
1/2 teaspoon tumeric powder

Method :
1. Mix well the above ingredients. Make sure there's no crumbles.
2. Heat enough oil in a frying pan.
3. Dip the filling, into the bater and fry till golden brown.




Kuih Rengas
oleh: cindaibiru

Bahan-bahan ( 12 biji (Ikut saiz acuan) )

BAHAN INTI KACANG
300g kacang hijau
150g gula
150g kelapa inti parut
40g tepung gandum
1/2 sdt garam

BAHAN UNTUK KULIT
120g tepung beras
60g tepung gandum
1 sdb minyak masak
Garam secukup rasa
Air secukupnya (ikut suka nak kulit tebal atau nipis)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara

CARA BUAT INTI KACANG
1. Cuci bersih kacang hijau dan rebus hingga betul-betul empuk. Bila dah empuk masukkan gula, kelapa parut, tepung dan garam. Kacau sebati dan masak hingga kering. Sejukkan.
2. Ambil sebarang tutup bekas yg berbentuk bulat, alas dgn plastik.
3. Bila inti dah betul-betul sejuk, ambil sedikit dan letak dalam acuan.
4. Tekan inti supaya padat dan memenuhi ruang acuan.
5. Dengan cara ni akan dpt bentuk yg sama untuk semua kuih.

CARA BUAT KULIT
1. Campur semua bahan dan tambah air secukupnya. Gaul rata.
2. Bila semua dah sedia, panaskan minyak, ambil inti, celup dlm tepung dan goreng hingga selesai.
3. Toskan minyak dan boleh dihidang.




KUIH KASTURI
Sumber : Sudipkayu

Bahan2:
1 cawan kcg hijau (rendam semalaman)
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan kelapa parut
secubit garam
1 sudu kecik tepung jagung

Bahan tepung salut:
1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung jagung
1 sudu kecil garam
pewarna kuning atau 1/4 sudu kecik serbuk kunyit

Cara2:
1. Rebus kacang ijau hingga empuk.Keringkan airnyer atas periuk. Kemudian, masukkan gula merah,pasir,kelapa,tepungjagung & garam. Tumbuk2 sehinga rata. Bila dah rata, kepal2,buat bulat2 dan leperkan.
2. Kemudian bancuh tepung salut. Buat adunan tepung mcm nak goreng pisang tu.Panaskan minyak. Celup kacang hijau yg dah leper2 tadi dlm tepung dan goreng dalam minyak yg sederhana panas.




Sweet Mung Bean Fritters (Kuih Kasturi)
Posted : Umi_Kal

Ingredients
• 200 g (1 cup) dried mung bean (kacang hijau)
• 750 ml (3 cups) water
• 1 pandan leaf, tied into a knot
• 125 g (1/2 cup) sugar
• 25 g (2 tablespoons + 2 teaspoons) flour
• Pinch of salt
• 50 g (1/2 cup) grated coconut (kelapa parut)
• Oil for deep-frying

Batter
• 6 tablespoon rice flour
• 2 tablespoons plain flour
• ¼ teaspoon salt
• 1 teaspoon lime juice (air kapur)
• 100 ml (1/3 cup + 1 tablespoon) water

Methods:
1. Wash the beans, drain then pour in 750 ml (3 cups) of fresh water. Add the pandan leaf and bring to a boil. Lower the heat and cook until they are soft. Remove the pandan leaf.
2. Add sugar and cook for 5 minutes until the mixture is thick and quite dry. Sprinkle in the flour and salt and stir well to prevent lumps from forming. Stir in the grated coconut and cook for 5 minutes. Remove the pan and allow to cool.
3. Take heaped tablespoonfuls of the bean mixture and with lightly-floured hands, roll them into small balls before flattening them out slightly into patties. Cover and refrigerate for 15 to 20 minutes.
4. Mix all the batter ingredients together and stir until smooth.
5. Fill a pan with oil and heat over medium heat. When hot, dip each mung bean patty into the Batter and slip it into the hot oil. Fry for 2 to 3 minutes on each side until the Batter is a crisp golden brown.



Kuih Kasturi
Sumber : makcik hasma di Hasma Culinary
Kiriman : harleena68

Bahan A
500 gm kacang hijau - rendam satu mlm. Toskan
6 cawan air (1200 ml)

Bahan B
200 gm gula merah
200 ml air
4 helai daun pandan
(Masak hingga gula larut, tapis)

Bahan C
300 gm gula kastor

Bahan D
200 gm kelapa parut

Bahan E
50 gm tepung gandum
100 gm tepung beras
100 ml minyak masak

Bahan F
6 cawan minyak untuk menggoreng

Batter
300 gm tepung beras
3 sudu makan tepung jagung
1 biji telur ayam gred A
1 sudu teh garam halus
1 1/2 sudu teh air kapur
1 1/2 cawan air
(Campur semua bahan hingga sebati, tapis. Perap 1/2 jam sebelum digunakan)

Cara
1. Rebus kacang hijau bersama air hingga kacang empuk
2. Gorengkan kelapa hingga hampir kuning. Campurkan air gula merah dan rebusan kacang hijau. Masuk hingga adunan sebati. Masukkan gula putih.
3. Kacau hingga adunan hampir kering. Masukkan kedua jenis tepung. Kacau hingga sebati. Masukkan 100 ml minyak, kacau hingga adunan dapat dibulatkan. Sejukkan.
4. Canai 0.5 cm tebal dan terap. Anginkan dibawah kipas sebentar.
Panaskan 6 cawan minyak. Gorengkan kasturi yang dicelup dengan batter. Gunakan api sederhana hingga garing.




kueh kasturi / kandasturi
oleh: khalidmysara

Bahan-bahan ( 2 orang boleh 5x makan )
1 paket - kacang hijau
1/2 biji - kelapa muda (parut)
3 senduk - gula
tepung gandum
air untuk merebus

bahan-bahan untuk kulit:
tepung beras, minyak masak, air

Cara-cara :
rebus kacang tanah hingga kembang, bila kacang betul2 kembang, masukan gula dan kacau sebati (letakan sedikit garam), masukan kelapa muda yang telah diparut dan tepung gandum sehingga nampak agak2 boleh diuli. jangan terlampau doh. canaikan dan terap dengan acuan bulat. dan sedia untuk digoreng. kulit tepung beras, campur dengan sedikit minyak dan air. celupkan adunan tadi dan goreng dalam minyak panas. sedia dimakan.. selamat mencuba



Kuih Kasturi
Sumber: Masakkan Idaman Melayu 1977

Bahan-Bahan:
90 gula
600 ml air
125 gm kacang hijau, dibersihkan & direndam selama 4 jam
60 gm gula melaka
2 helai daun pandan, disiat-siat memanjang & disimpulkan
Minyak masak yang banyak untuk menggoreng

Bahan Sadur:
3 camca tepung beras
¼ camca garam
Secubit kapur
Air sejuk

Cara:
Toskan kacang hijau. Isikan ke dalam sebuah periuk & masukkan air. Didihkan selama 30-40 minit, hingga menjadi sangat kembang. Masukkan gula, gula melaka & daun pandan. Kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga hancur & larut. Kacau selalu hingga sirap yang pekat terbentuk. Turunkan periuk dari atas api & biarkan sejuk. Bahagikan kepada 10 bahagian yang sama. Bentukkan tiap-tiap satu dengan kemas supaya menjadi bulat & leper.

Untuk menyediakan bahan sadur:
Campurkan semua bahan, dengan mencampurkan air secara berunsur-unsur untuk memdaparkan adunan sadur yang rata. Pijarkan minyak hingga berasap. Celupkan tiap-tiap keping kuih tadi ke dalam adunan sadur & goreng hingga garing & coklat keemasan warnanya. Toskan minyak betul-betul di atas kertas dapur. Hidangkan.



KUIH KACANG (KASTURI)
Sumber : 100 Resepi Masakan Kuih-Muih Malaysia

Bahan :

Untuk inti:
1) 1 cawan kacang hijau (rendam selama 45 jam)
2) Air secukupnya untuk merebuskan
3) ½ cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
4) 3 sudu makan kelapa parut muda (putih sajaha)
5) 3 sudu makan tepung gandum

Untuk kulit /salut :
1) 1 cawan tepung beras
2) 1 sudu makan tepung jagung
3) 1 sudu teh kunyit serbuk
4) ½ sudu teh kapur sirih
5) Air secukupnya
6) ½ sudu teh garam
7) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)

Cara :

Untuk inti:
1) Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya. (Jangan sampai hangus)
2) Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Gaul sebati dan sejukkan.
3) Ambil sedikit adunan dan bentukkan saperti bebola. Leperkan. Buat hingga habis.

Untuk kulit /salut :
1) Panaskan minyak di dalam kuali.
2) Masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak ke dalam mangkuk. Bancuh sebati.
3) Celup adunan kacang ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga kuning keemasan.
4) Angkat dan tos.
5) Sedia untuk dihidangkan.




Kuih Kasturi/kacang
Kiriman : zira

bahan-bahan:-
1 cawan kacang hijau-rendam beberapa jam
1/2 cawan gula pasir
3 sudu besar tepung
3 sudu besar kelapa

cara-cara:-
masak kacang hijau dengan air secukupnya hingga kembang dan lembut. pastikan air agak kering. masukkan gula dan lain2. kacang hijau akan jadi pekat. sejukkan dan kemuadian bentuk bulat2 dan leperkan sedikit. celup dalam adunan tepung dan goreng hingga masak.

adunan tepung goreng:-
3/4 cawan tepung beras
1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil air kapur
sedikit garam
air secukupnya

Cara-cara:-
bancuh semua jadi adunan sederhana cair.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).