- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, March 16, 2009

Pucuk Kemoyang

Keladi Kemoyan atau nama saintifiknya Homalomena sagittifolia merupakan sejenis tumbuhan dalam keluarga ARACEAE.

keterangan:
Kemoyang ialah sejenis keladi liar yang mudah dijumpai dikawasan belukar atau hutan hujan tropika.Ia biasanya tumbuh liar dan sering dimakan sebagai ulam. Ia juga digunakan sebagai salah satu ramuan kerabu kemoyan.Ia mempunyai ubi yang mempunyai bau wangi. Daunnya menyerupai daun keladi lain dengan permukaan daunnya yang licin dan berkilat.Bunganya yang berbentuk tirus berwarna merah boleh dijumpai tersembunyi dibawah daunnya, dicelah-celah rumpunnya. Ia membiak melalui anak yang akan terhasil dari rizomnya.

kegunaan:
ubi atau isi kemoyang banyak digunakan dalam perubatan melayu tradisional terutamanya untuk mengubati demam panas (high fever). Isinya direbus dan air rebusan ini diminum.Kemoyang popular sebagai tumbuhan untuk wanita selepas bersalin. Daunnya dijadikan balut tungku manakala isinya di rebus dan diminum airnya 2 hingga 3 kali sehari untuk mengembalikan kecergasan diri dan mengecutkan rahim.Untuk perut senak atau tidak selesa, daun dan batangnya yang dilumatkan hingga menjadi pes boleh dijadikan ubat sapu.Air rebusannya juga dapat mengubati cirit-birit.Selain daripada itu daun dan batangnya yang telah dicelur sedap dijadikan kerabu dan sayur masak lemak. Kemoyang dikatakan dapat melancarkan perjalanan darah.



Have u ever eaten kemoyang? Or have u ever seen or heard of kemoyang b4? For those who didn't know, eat, see or hear about kemoyang, u can refer the above articles.
I've eaten kemoyang b4. My parents love kemoyang. We in trganu called it pucuk moyang. My father often picked it at the swampy area near our village. Usually my mom cooked it with coconut milk, turmeric, blackpaper etc.
Yesterday my auntie came to my house. She just arrived from the village & stayed at her daughter's house aka my cousin. As usual she brought along varieties of 'sayur kampung' including kemoyang aka pucuk moyang. So today i'm making sayur lemak kemoyang.

Masak Lemak Sayur Kemoyang
Sumber : My Mom


Bahan-bahan
1 ikat pucuk kemoyang - buang selaput luar batangnya, kemudian daun & batang dicelur seketika utk membuang getahnya spy bila makan nnti x rasa gatal pd tekak
Segenggam ikan bilis ]
Secubit lada hitam ]
1 inci kunyit hidup ] ditumbuk bersama
2 ulas bawang merah ]
1 ulas bawang putih ]
1 mangkuk santan
Garam secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan santan. Kacau selalu spy tdk pecah minyak.
2. Masukkan bahan2 yg telah ditumbuk. Kacau lg.
3. Masukkan pucuk kemoyang yg tlh dicelur td.
4. Masukkan garam. Kacau & biar ia menggelegak seketika.
5. Boleh la dihidangkan.




Kerabu Kemoyang


bahan-bahannya
secekak pucuk kemoyan
seekor ikan kembung rebus
3 ulas bawang merah,seulas bawang putih.
sejemput lada hitam.
3 biji Limau kasturi

cara-caranya
Tumbuk isi ikan rebus bersama bawang, lada hitam dan sedikit garam dan gula.Rebus / celur pucuk kemoyang yang telah dihiris halus, perah keluar airnya. gaulkan bersama bahan yang ditumbuk dan perahkan air limau kasturi.




KERABU KEMOYANG


Bahan-bahan:
lima pelepah keladi kemoyang , dibersihkan dan dicelur
seekor ikan kembung dibakar tanpa rempah
setengah cawan santan kelapa, diperah menggunakan air masak
sedikit lada hitam ditumbuk kasar
sedikit kerisik
air perahan limau lipis
garam dan gula
2 ulas bawang merah
sedikit cili padi jika suka

Caranya:
Keladi kemoyang yang telah dicelur ditoskan airnya. Tumbuk isi ikan kembung bersama bawang merah,kerisik dan lada hitam,masukkan garam dan gula. Gaul bahan tadi bersama keladi kemoyang dan santan.masukkan jus limau nipis secukup rasa dan masukkan juga cili padi yang dipotong kecil-kecil jika suka.Sedia untuk dihidang




Masak Asam Batang Keladi
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional Malaysia


Bahan-Bahan:
300 gm batang kemoyan (keladi muda)
1 kepala ikan merah yang sederhana besar
10 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 keping asam gelugur
Sedikit lengkuas dan halia
Sedikit ibu kunyit
Sedikit daun kesum
Sedikit belacan

Cara:
Batang kemoyan dibersihkan kemudian dipotong kecil-kecil. Kepala ikan dibersihkan kemudian dibasuh dan toskan airnya. Tumbuk belacan, cili kering, bawang merah, bawang putih dan ibu kunyit hingga lumat. Lengkuas dan halia dimayang halus. Batang kemoyan dicelurkan sebentar kemudian toskan airnya. Masukkan kepala ikan, bahan yang telah ditumbuk, daun kesum dan asam gelugur bersama air yang secukupnya di dalam periuk.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).