- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, March 11, 2009

Nasi Lemak Hijau/Pandan

This morning i make nasi lemak for breakfast. But this time i make green nasi lemak. I've seen this recipe in several fps @ blogs but i only manage to make it now. I like the colour & the aroma of this nasi lemak. So enchanting...I made it more than usual as my husband is going back to banting today & he wants to take some as bekalan. I already knew it bcoz' he always complained about the difficulties to get food there. Usually i make sambal bilis + ikan tongkol to accompany the rice but this morning i make sambal ayam, so that he can also eat it with plain rice.



Nasi lemak Hijau
Sumber Blog Mat Gebu ; http://tiffinbiru.blogspot.com/
Kiriman ; mamasya


Bahan-Bahannya
4 cawan beras Basmathi, cuci dan rendam 20 minit. toskan- saya guna beras wangi
1 biji kelapa diparut - saya guna 1 pkt santan debu
10 helai daun pandan, dikerat2 kecil*
1 cawan air*(*dikisar halus)
2 batang serai, dititik
1 helai daun pandan, disimpul
1 inci halia, diketuk
3 ulas bawang putih, diketuk
5 biji bawang merah kecil, dihiris halus
1 batang kayu manis*
1 kuntum bunga lawang*
5 kuntum bunga cengkih*
3 biji buah pelaga*(*rempah tumis)
1 camca teh serbuk lada hitam
Sedikit garam
*saya tambah sedikit pewarna hijau bagi lebih terang warnanya

Bahan Sampingan
Sambal tumis udang - buat sambal sotong
Hirisan timun, Tomato ceri/plum (optional)
Ikan/ayam goreng, Telur dadar

Cara membuatnya
1. Tuang kisaran daun pandan tadi dalam kelapa parut, tambah air secukupnya, ramas dan perah hingga mendapat 6 cawan santan (gunakan cawan yang sama untuk menyukat beras). Masukkan beras yang ditoskan tadi dalam rice cooker. Ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis rempah tumis, bawang kecil hiris, bawang putih ketuk, halia titik dan serai titik tadi hingga harum. Tuang santan dan masukkan daun pandan yg disimpul.
3. Masukkan garam dan serbuk lada hitam, biar mendidih. Matikan api dan tuang santan tadi dalam beras yang telah diisi ke dalam rice cooker tadi. Tekan "ON" dan masak seperti biasa, bila nasi masak, balik2kan nasi menggunakan chopstick. Jangan terlebih dibalikkan, nanti nasi patah2.
4. Boleh dihidangkan bersama bahan2 sampingan sebelum dihidang.. selamat mencuba!!




NASI LEMAK PANDAN ISTIMEWA
[bebeh]


Bahan-bahannya:-
- 3 cawan beras
- Santan dari 1 biji kelapa
- 1/2 cawan air daun pandan

Bahan-bahan tumbuk :-
- 2 biji bawang kecil
- 1 biji bawang putih
- Halia 1/3 mayang halus-halus
- 1 batang serai potong kecil-kecil
- 3 sudu minyak untuk menumis
- sedikit garam dan serbuk perasa

Cara-caranya :-
1. Panaskan minyak dalam periok dan tumiskan bahan-bahan tumbuk tadi bila dah kuning dan dah naik baunya masukkan pulak beras. Kacau rata-rata bila dah sebati ramuannya masukkan air daun pandan kacau lagi.
2. Selepas 3 minit masukkan pula santan kelapa tadi dan kacau sebati. masak lagi macam nasi
3. Bila nasi dah masak boleh le hidangkan dengan daging masak merah, telur rebus, sedikit kacang tanah dan sambal tumis petai atau ikan bilis. Seperti menu nasi lemak biasa

SAMBAL TUMIS UDANG PETAI - (regu nasi pandan)

Bahan-bahannya:-
- Udang / ikan bilis
- 2 biji bawang besar - dipotong bulat
- 12 tangkai Cili kering - dibuang biji dan di kisar
- 4 biji bawang besar - di kisar bersama cili kering
- garam ajinomoto dan gula secukupnya
- 4 papan isi petai - isinya digoreng seketika

Cara Menyediakannya:-
1. Tumiskan bawang dan cili yg telah dikisar ke dlm kuali. Masakkan cili tersebut sehingga cili benar benar masak.
2. Bila cili nampak kering masukkan sedikit air dan di gaul sebati. Kacau selalu supaya cili tak hangiti.
3. Kemudian masukkan air asam jawa sedikit di ikuti gula dan kacau lagi. Kemudian masukkan petai,bawang yg potong dan akhir sekali masukkan ikan bilis yug telah digoreng atau pun udang dan petai.
4. Rasakan dengan garam ajinomoto dan gula, kacau seketika dan padamkan api





NASI LEMAK PANDAN
[DianaA]


Bahan-bahan
1 kg beras Basmati (cuci bersih dan toskan)
5 helai daun pandan yang lebar (ditumbuk dan ambil airnya, masukkan kedalam santan)
1500 ml santan dari 2 biji kelapa parut putih (boleh digantikan dengan 3 kotak santan jika mahu)
1/2 batang serai
2 cm halia
2 biji bawang putih
4 biji bawang merah
garam secukup rasa

Bahan-bahan sampingan untuk menghidang
3 batang timun, dikupas kulitnya dan dipotong serong
sambal tumis untuk nasi lemak
1 kg ikan selar, digoreng
1 kg kepak ayam, digoreng
250 gram ikan bilis dan segenggam kacang tanah, digoreng
beberapa keping rempeyek atau keropok belinjau
beberapa helai daun pisang

Cara Menyediakan
Serai, halia, bawang putih dan bawang merah, dititik dipecah-pecahkan dan diramas. Satukan bahan-bahan yang diramas dengan santan dan garam kedalam periuk nasi. Gaul rata dan masak sehingga naik wapnya. Kemudian masukkan beras yang ditoskan. Kacau rata. Masaklah sehingga nasinya tanak.

Cara menghidang
Alas pinggan dengan sehelai daun pisang. Ambil satu mangkuk nasi, letakkan ditengah-tengah pinggan. Atur disekelilingna dengan sedikit sambal, seekor ikan goreng, sekeping ayam goreng, ikan bilis, beberapa hirisan timun dan rempeyek atau keropok belinjau. Nasi ini cukup untuk hidangan 10 orang.




Nasi Lemak Hijau & Sambal Ikan Bilis
Kiriman : jasmeen

Nasi Lemak Hijau

Bahan-bahan:
3 cwn beras
2 cwn jus pandan (blend daun pandan)
1 kotak santan
1 btg serai (titik)
Sedikit garam

Cara-cara:
> Basuh beras & masukkan dlm periuk nasi
> Masukkan semua bahan & masak seperti biasa...

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan:
Ikan bilis (goreng garing)
**Cili kering or cili giling
**1 ulas bawang besar
**2 ulas bawang putih
**1 inci belacan
(Blend semua bahan ** di atas)
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
Garam, gula & serbuk perasa
Air asam jawa

Cara-cara:
> Tumis bahan kisar sehingga garing (pecah minyak)
> Masukkan gula (masuk awal sbb akan menjadikan sambal lebih berwarna merah)
> Masukkan air asam jawa..
> Masukkan bawang hiris & ikan bilis
> Perasakan dgn garam & serbuk perasa

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).