Hurray, my hubby brought about 10 nos udang galah this evening from banting. He said he went fishing with his friend at banting last night. He told me a few times about his fishing trip & everytime he went fishing, he'll managed to catch not less than 2 kilos udang galah. He went fishing for udang galah, not the fish bcoz' he didn't eat fresh water fish. Air liur meleleh beb when he told me he ate big udang galah after fishing. So jealous. He promised to bring back the prawn a few times but he couldn't bcoz' at the time he got the prawn, he can't come back bcoz' of his work. So last night he went fishing for udang galah especially for me. Thnax abg, i love u.
The prawns were so big, as big as my arm. Its 'sepit' were blue in colour. I know the meat is hard bcoz' of its size but i don'y mind, i just want to eat big udang galah. Mcm mengidam la plak. We decided to make gulai udang. Kak Madiha's recipe jadi mangsa but without belimbing buluh, instead i put in asam gelugur for it sourness....sori kak madiha.
The prawns were so big, as big as my arm. Its 'sepit' were blue in colour. I know the meat is hard bcoz' of its size but i don'y mind, i just want to eat big udang galah. Mcm mengidam la plak. We decided to make gulai udang. Kak Madiha's recipe jadi mangsa but without belimbing buluh, instead i put in asam gelugur for it sourness....sori kak madiha.
GULAI LEMAK UDANG GALAH DENGAN BELIMBING BULUH
Sumber : Kak Madiha
Bahan2
1 kg udang galah ~ bersihkan
15 biji belimbing buluh ~ buang tangkai, ketuk & perahkan airnya sedikit (jika suka lebih rasa masam.. hanya belah dua belimbing tadi ~ Madiha perah airnya sebab hubby tak suka lauk2 masam )
garam & perisa secukupnya
2 batang serai ~ ketuk
1 biji kelapa ~ ambil santan secukupnya (biar pekat sedikit)
Bahan2 tumbuk
25 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Cara2 Menyediakan
1. Jerang santan, serai & bahan2 tumbuk hingga mendidih.
2. Masukkan udang galah & belimbing dan masaklah hingga udang masak.
3. Tambah garam & bahan perasa secukup rasa. Sedia utk dihidangkan.
Udang Masak Lemak
oleh: Mat Gebu
Bahan-bahan ( 4 orang )
1/2 kg udang galah, dibersihkan
10 - 15 tangkai kacang panjang, dipotong2 sepanjang 2 inci
10 biji belimbing buluh, dibelah dua
1 biji kelapa, diparut
Garam dan gula secukup rasa
1 helai daun kunyit, dikoyak2
BAHAN2 DIKISAR HALUS
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
3 biji cili merah
1 inci kunyit hidup
Belacan sebesar ibu jari
Cara-cara
1. Masukkan udang yg telah dibersihkan ke dalam periuk. Masukkan bahan2 kisar dan masak atas api perlahan utk 5 minit. Tujuan untuk mengecutkan udang bersama rempah. Matikan api.
2. Tuang 1 cawan air dan perah utk mendapatkan pati santan. Tuang lagi 1 1/2 cawan air dan perah untuk mendapatkan santan no.2. Ketepikan
3. Hidupkan api kembali, masukkan santan no.2 ke dalam periuk berisi udang. Bila mendidih, masukkan belimbing buluh, biarkan mendidih dan tuang santan pekat, masukkan juga kacang panjang dan daun kunyit, biar mendidih dgn api sederhana sambil dikacau selalu supaya tak pecah minyak.
4. Perasakan dgn garam dan gula secukupnya. Boleh dihidang bersama nasi putih, sambal belacan dan ulam-ulaman sebagai bahan sampingan.
Udang Galah Masak Lemak Cili Api
oleh: fatabello
Bahan-bahan ( 2 orang )
6 ekor udang galah (dibersihkan)
4-5 biji bawang merah rose
3 biji bawang putih
1 bawang besar
3 biji cili api
1/2 sudu kecil ketumbar biji
2 batang serai
sayur kacang buncis atau kacang panjang
tomato
minyak masak untuk menumis dan air
3 sudu besar santan
sedikit isi kunyit hidup
Cara-cara
1. kesemua 3 bahan pertama dan isi kunyit ditumbuk sampai lumat setelah tu masukkan cili api dan ketumbar biji dan tumbuk sekadar pecah sahaja. serai dititik.
2. ambil sedikit bahan yang ditumbuk dan gaulkan pada udang. perap sekejap. panaskan minyak untuk menumis tu, dalam 2 sudu besar je cukup. kemudian tumis bahan yang telah ditumbuk tadi sampai wangi dan setelah tu masukkan pula udang. kacau lagi supaya tumisan kita tidak hangus.
3. kemudian masukkan air sekadar tenggelam udang-udang tu. jangan banyak sangat melainkan kalian nak kuah yang cair. biar menggelegak, kemudian tambahkan garam secukupnya. kalau suka rasa masam-masam skit bley tambah sedikit asam keping. tapi dalam resepi ni saya tak bubuh.
4. masukkan pula sayur kacang (ini bergantung kepada selera kalian). tak mau bubuh pun tak pe. biar seketika barulah masukkan santan. kecilkan api, kacau selalu. masukkan tomato yang dipotong ikut kesenian masing-masing dan tutup api.
5. tambah cili api beberapa biji kalau terasa kuah kurang cukup pedas, haaa apa lagi, gigitlah cili api tu!
Udang Galah Masak Lemak Cili Padi
Sumber & Gambar : Mak Lang Azie
Bahan-bahan
½ kg Udang galah
Bahan tumbuk
Cili padi 1/2 genggam
Bwg putih
Bwg merah
Halia
Lengkuas
Kunyit hidup
Kacang panjang
Buah tomato
Asam keping
Santan cair
Santan pekat
Serai – dititik
Daun kunyit
Cara Membuatnya
1. Tumiskan bahan tumbuk tadi hingga wangi.
2. Masukkan santan cair dan udang galah tadi, kacau.
3. Campakkan serai, daun kunyit dan asam keping, kacau..biarkan sekejap.
4. Masukkan kacang panjang, tomato dan santan pekat…tunggu hingga mendidih dan bolehlah ditutup api.
UDANG MASAK LEMAK CILIAPI
bahan
1 kg udang besar or udang galah
15 biji cili api ]
3 ulas bawang merah ] mesin halus
1 biji buah keras ]
1 inci kunyit hidup ]
2 cawan santan pekat
2 helai daun kunyit
3 biji buah tomato [belah 4]
garam
Cara:
1. Masukkan ssemua bahan kecuali buah tomato dan biarkan reneh sehingga mendideh.
2. Bila telah mendideh masukkan buah tomato dan rasakan garamnya.
3. Sedia dihidangkan bersama nasi putih.
NOTA:
Buah tomato bolih juga digantikan dengan nenas atau belimbing buluh.
Jika hendak lebih pedas..lebihkan ciliapi sikit.
No comments:
Post a Comment