- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, March 3, 2009

Mee Udang

Today i've this feeling of eating mee udang. Suddenly i remembered the mee udang recipe i got from a tv programme a few days ago.

Mee Udang Simple

Bahan-bahan
0.5 kg udang sederhana besar - dibuang kulit & kepala
4 ulas bawang merah - dipotong baji
5 ulas bawang putih - diketuk
1 inci halia - diketuk
1 batang serai - dititik
3 sudu besar cili boh
Kepala udang - guna kembali kepala udang yang dibersihkan tadi
Rangka/tulang ayam
Garam & bahan perisa secukup rasa
Air secukupnya
Mee udon/mee kuning
Telur rebus

Cara
1. Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia & serai hingga wangi.
2. Masukkan cili boh & tumis hingga cili masak.
3. Kemudian masukkan air secukupnya.
4. Masukkan rangka/tulang ayam & kepala udang. Biarkan menggelegak.
5. Bila kuah sudah masak & agak pekat, keluarkan semua bahan tadi (bawang, halia, serai, rangka ayam & kepala udang).
6. Masukkan udang, garam & bahan perasa. Biarkan hingga udang masak.
7. Boleh dihidangkan bersama mee udon & telur rebus.



Mee Udang
Sumber : Mummy Azzaliza

(2 org makan)

Bahan-bahan
mee kuning dicelur
8 ekor udang harimau potong sesungut & ekor
2 biji bawang merah ditumbuk
3 biji bawang putih ditumbuk
1 sudu besar udang kering ditumbuk
1 sudu kecil cili boh
5 sudu besar sos cili
2 susu sos tomato
2 susu sos tiram
1 sudu mkn cuka / perahan limau nipis
1/2 kiub pati ayam
sayur-sayuran (carot, jagung putik, tomato)
2 biji telur ayam
bawang goreng utk hiasan
daun sup & bwg utk hiasan
1 sudu kecil gula
garam & lada sulah secukup rasa

Cara-cara
1. tumis bawang putih, merah & udang kering yang sudah di tumbuk hingga naik bau
2. masukkan cili boh, tumis sampai garing
3. jgn masuk air dulu, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, cuka & gula, tumis sampai pecah minyak. dah pecah minyak baru masukkan air ikut byk mana nak kuah
4. bila dah mendidih, masukkan sayuran, kiub ayam dan udang.
5. agak-agak sayur dah masak, masukkan telur tp jgn kacau supaya telur tu tak pecah dlm kuah
6. masukkan garam & lada sulah secukup rasa.
7. tuang kuah dalam mee yang dah dicelur & tabur ler bwg goreng, daun2 dan cili potong



Mee Udang

Bahan-bahan
1.5 kg udang sederhana besar
1 genggam udang kering
15 ulas bawang putih
8 ulas bawang merah
5 sudu besar pes cili/cili boh
3 sudu besar pes mee udang/pes udang
2 cm belacan
1liter stok rebusan tulang ayam
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa

2 bungkus mee kuning

Bahan hiasan
5 biji telur rebus belah 2
1 ikat kangkung
Taugeh
Cili merah hiris
Bawang goreng
Limau nipis/ kasturi

Caranya
1. Kopek udang hingga tinggal isi sahaja.
2. Cincang 8 ulas bawang putih.
3. Panaskan 2 sudu minyak dan goreng bawang putih sehingga harum dan sedikit kekuningan.
4. Masukkan kulit dan kepala udang. Goreng sehingga bertukar ke warna kemerahan. Masukkan air dan biar mendidih seketika.
5. Tapis kulit dan kepala udang. Kisarkan kulit dan kepala udang dan tapis airnya. Ketepikan air rebusan udang.
6. Rendam udang kering dalam air dan apabila telah kembang atau lembut tumbuk sehingga lumat.
7. Tumbuk bawang putih dan bawang merah.
8. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
9. Apabila telah kuning dan wangi masukkan pes cili. Goreng hingga pecah minyak.
10. Masukkan belacan, pes mee udang/pes udang dan udang kering yang ditumbuk.
11. Masukkan air rebusan tulang ayam dan air rebusan udang.
12. Biarkan mendidih dan masukkan gula dan garam secukup rasa.

Makan time
1. Masukkan mee yang telah diclur ke dalam mangkuk. Letakkan taugeh (dicelur), kangkung (dicelur), isi udang (rebus seketika), telur rebus, bawang goreng dan cili hiris
2. Lagi banyak air rebusan udang yang diguna, rasanya lagi sedap.



MEE UDANG
Sumber : Kak Liza

Bahan-Bahan:
1kg mee kuning [celur skit dan toskan]
1/2 kg udang basah - bersaiz sederhana or udang galah
1 biji cili merah ]
3 ulas bawang merah ] kisar
2 ulas bawang putih ]
1 s/b lada hitam ]
3 s/k sos tomato
1 s/b sos cili
1 mangkuk taugeh [buangkan kaki ]
2 pokok daun bawang ]
2 tangkai daun sup ] mayang
5 biji tahu [goreng dan potong empat segi sederhana nipis.]
5 biji cili masak [mayang]
Limau kasturi [belah 2 buangkan biji]
Sedikit bawang goreng
stok udang / stok ikan bilis
air secukupnya
garam

Cara:
1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar.
2. Setelah naik wanginya masukan air dan stok udang.
3. Masukkan sos cili/tomato, garam dan serbuk perasa. Biarkan mendideh.
4. Masukkan udang dan biarkan mendideh.
5. Setelah selesai semuanya hidangkan bersama taugeh, bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup.
6. Perahkan limau kasturi.

Nota...taugeh tak payah dicelur supaya tersa kerangupannya bila dihidangkan.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).