- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Saturday, March 7, 2009

Kerabu Pucuk Paku

Pucuk paku again. This time i only make kerabu. Yesterday my husband brought back lots of pucuk paku from banting. He said there were lot of pucuk paku grow near his site project. The site was surrounded with palm oil tree, a suitable place for pucuk paku to grow. The indonesian workers took them almost everyday for cooking. He promised me to bring home when he knew that i like it. & yesterday he fortified his promise. Thanx abang, i love u...

Kerabu Pucuk Paku My Mom Style

Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku - disiang & dicelur
1 cawan taugeh - jika suka
1/2 cawan kelapa parut - digoreng hingga kekuningan
2 ekor ikan selayang/sardin - direbus & diambil isinya
Cuka makan secukup rasa
Gula & garam secukup rasa
Air
Cili boh secukupnya

Cara-cara membuat kuah
1. Letakkan air secukupnya ke dalam mangkuk. Sebaiknya air panas/suam.
2. Masukkan gula, garam, cili boh & cuka makan. Sesuaikan mengikut rasa. Kacau hingga gula & garam larut.
3. Masukkan isi ikan yang telah diasingkan tulangnya. Kacau.

Cara menghidang
1. Masukkan pucuk paku & taugeh ke dalam satu bekas.
2. Taburkan kelapa yang telah digoreng. Gaul.
3. Curahkan kuah yang siap tadi. Gaul rata.




KERABU PUCUK PAKU
Sumber : Kak Liza

Bahan
2 ikat pucuk paku
1 cawan taugeh [basuh dan toskan]
1/2 cawan kelapa goreng [mesinkan]
1 labu bawang besar [hiris]
6 biji limau kasturi [ambil jus]
1 s/b sos ikan
gula

Sambal [mesinkan]
5 biji cili merah
6 biji ciliapi
2 sm belacan
2 s/b ikan bilis
1 s/b jus asam jawa

Cara
1. Pucuk paku diambilkan daun hijau sahaja. Basuh dan rebuskan sehingga lembut. Toskan
2. Gaulkan semua bahan sambal dan sayuran.
3. Rasakan masin dan masamnya.
4. Hidangkan.

NOTA:
Taugeh tidak perlu direbus/celur supaya mendapatkan kerangupan sayur itu.




KERABU PUCUK PAKU
Sumber : Kak Madiha

Bahan2
2 cekak pucuk paku - disiang - ambil bahagian lembut sj & celur hingga lembut - tos
6 ulas bawang merah - hiris kasar]
2 ulas bawang putih - hiris kasar]
10 biji cili padi ] Bahan2 ini digoreng sebentar kemudian dimesin + air asam jawa
2 biji cili merah - dipatah 3 ]
3 batang serai - hiris nipis ]
2 s/b penuh udang kering - rendam air panas ]
sebesar guli belacan ]
sebesar limau nipis asam jawa - bancuh dengan 1/2 cwn air masak
1/2 biji kelapa parut - disangai sebentar
garam, gula secukup rasa

Cara Menyediakan
Gaulkan kesemua bahan.. pucuk paku yang telah dicelur, kelapa yg telah disangai, bahan2 yang dimesin halus dan juga garam serta gula.. Gaulkan hingga rata.. rasakan mengikut citarasa anda. Kerabu ni sesuai juga dicampur dengan kerang rebus atau apa2 juga yang anda suka.




Kerabu Pucuk Paku Lady
oleh: Lady Jane

Bahan-bahan ( Sehidangan )
2 ikat pucuk paku (dicelur)
200gram perut lembu (direbus)
Daun kesum (dihiris halus)
Bunga kantan (dihiris halus)
Sebatang serai (dihiris halus)
Kerisik
3 biji limau nipis
3 tangkai cili merah (ditumbuk)
10 biji cili padi
Sedikit belacan (ditumbuk)
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara
1. Celur pucuk paku sehingga empuk dan tos. Selepas itu rebus pula perut lembu sehingga empuk.
2. Campurkan semua bahan yang telah dihiris termasuk kerisik.
3. Kemudian gaulkan semua bahan-bahan tersebut sehingga sebati dan masukkan garam dan gula secukup rasa.
4. Dah boleh dihidangkan. Selamat mencuba!



Kerabu Pucuk Paku
Sumber: Majalah Wanita Disember 1999 (Keluaran Khas)

Bahan-Bahan:
4 ikat pucuk paku
1 mangkuk kecil tauge
1 kilo kerang (direbus dibuang kulit)
½ biji kelapa parut
1 labu bawang besar (dimayang nipis)

Bahan ditumbuk halus:
5 tangkai cili padi
2 tangkai cili merah
2 sudu udang kering
2 biji limau nipis (diperah airnya)
Garam secukup rasa.

Cara:
Pucuk paku dan tauge dicelur kemudian toskan airnya. Kelapa digoreng tanpa minyak separuh kuning kemudian ditumbuk halus. Gaulkan kelapa yang ditumbuk bersama bawang besar yang dihiris nipis, cili padi, cili merah dan udang kering yang ditumbuk halus sehingga rata. Setelah rata campurkan perahan air limau nipis dan sedikit garam. Akhir sekali campurkan bahan yang dicelur bersama kerang yang telah siap dibuang kulitnya. Gaul rata kemudian hidangkan.



Kerabu Pucuk Paku
Sumber : Resepi Tradisional Keluarga

Bahan-bahan
1 ikat pucuk paku
Sejemput udang kering
3 biji cili merah
1/2 biji kelapa digoreng kuning
2 ulas bawang merah
1 biji asam limau
1 biji bawang besar dimayang halus
1 biji cili merah dimayang halus
2 sudu besar pati santan
Garam secukup rasa

Cara Membuatnya
1. Pucuk paku dibersihkan dan dicelur sehingga masak.
2. Cili merah, bawang merah dan udang kering ditumbuk lumat bersama kelapa goreng.
3. Setelah itu gaul dengan pucuk paku tadi.
4. Perahkan asam limau, tambahkan garam secukup rasa.
5. Kemudian tuangkan pati santan ke atasnya dan gaul rata.
6. Akhir sekali taburkan bawang besar dan cili yang telah dimayang.



Kerabu Pucuk Paku
Posted By : Amelia_Mel

Bahan-bahan
200 g pucuk paku, dipotong dan dicelur
10 biji bawang kecil, dihiris nipis
1 kuntum bunga kantan, dihiris halus
3 helai daun limau purut, dihiris halus
4 biji limau kesturi, diperah airnya
1/2 biji kelapa, diperah santan
1 1/2 cawan air
110 g kelapa parut putih, digoreng tanpa minyak
85 g kacang tanah goreng, ditumbuk kasar
1 camca besar gula melaka parut atau gula perang
Garam secukupnya

Bahan ditumbuk kasar:
5 tangkai cili merah
30 g udang kering, direndam dengan air dan ditoskan
2 camca teh belacan

Cara membuatnya:
Campur rata semua bahan salad dengan bahan tumbuk. Hidang segera.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).