- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, August 31, 2009

Selamat Hari Merdeka : Ayam Sos Nenas, Tembikai Susu Goreng, Bendi Goreng Dengan Udang Kering & Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi

Rakyat didahulukan, prestasi diutamakan. Tu tema hari kemerdekaan thn ni. Selamat hari merdeka. Thn ni jatuh pd bln pose, so takde la sambutan grand2 mcm sblom2 ni, takde lg pertunjukan perarakan mcm slalu2 tu. Ye la, bulan pose, kna la hormat, lgpn kesian kt peserta2 perarakan tu nnti, tahan ke tekak tu? Aku prnh join perarakan sempena hari kemerdekaan, penat weh. Dh la jln jauh, panas lak tu, dahaga giler. Klau bulan pose, maunyer ada yg pengsan. Tak pasal2 ada yg batal pose, sape nk tanggung?
Jatuh plak ari isnin, maka panjang la cuti kali ni. Hikmah bulan pose, bleh rehat2. Boleh masak yg grand2 ckit...ye la tu...mcm boleh caya aku ni. Malas yg amat. Pelik kan, klau hari keje tu rajin plak masak, kna plak bcuti pd hari keje, dia punya semangat bekerja tu terbawa2 wp cuti ari tu. Tp bila btul cuti mcm weekend ke, public holiday ke, liat sungguh, semangat nk buat keje tu turut hilang. Dulu2 masa bujang, weekend & hari cuti bmakna dapur pn bcuti. Pg2 ari dh kuar cari breakfast kt kedai. Kadang2 skip lunch. Ptg dh merayap ke kedai lg cari dinner. Klau tgh2 mlm tu lapar lg, baru la sibuk ke dapur cari maggi, tu pn main rendam dlm air panas jer. Klau malas sgt @ kehabisan stok maggi, buat air teh 'o' panas cicah dgn biskut kering. Punya la malas. Ceh, pjg plak menceceh ari ni!
Dh kawin ni kna la rajin. Klau malas pn, kna la merajinkan diri jugak utk diri sndiri & hubby. Kna plak dpt hubby yg suka mkn, kejap2 mkn, kejap2 mkn. Lg tak abis makanan tu, lg tu la duk usung pinggan. Tu la tabiat hubby aku klau ari minggu. Klau ari keje, dia mcm takde selera sgt nk mkn sbb penat katanya. Ari minggu kan ari bsantai, so takde keje nk buat, so mkn je la kejenya. Cmner la dua2 tak kembang..nk diet la konon tp makin bertambah berat ada la...ish3, sabo je la...
Tp tu citer bulan tak pose. Bila dh pose, kekerapan mkn tu kurang ckit dh; time buka pose, lps solat isyak & sahur. Dh cuti2 mcm ni, byk la agenda utk mknan bbuka pose. Jd utk merealisasikn agenda kami, lps asar kami ke econsave segar perdana. Sempat shopping brg nk masak sbb econsave tu dekat jer dgn umah. Juadah buka pose kami semalam; nasi putih, ayam sos nenas (resepi nk mengabiskan stok nenas semlm..cilok resepi kt sajionline), ikan bawal cermin goreng (hubby ada sebut nama panggilan dia kt kgnya tp aku dh lupa..hubby suka ikan ni tp jarang2 jupe kt pasar, kbetulan gi econsave ada & besar plak tu, terus hubby rembat sekor & klau korang nk tau rupa ikan ni, klik kt sini), bendi goreng + udang kering + fishball (cilok dr blog ct delima..aku buat berkuah ckit & aku tak taruk cili kering tp aku taruk fishball sebijik2...hubby main kutip fishball tu jer), tembikai susu goreng (juga nk abiskn stok..cilok kt sajionline gak), air jus apple & asam boi (cilok kt blog anawahid) & tak lupa buah kurma. Itu je, dh cukup kenyang dh.


Ayam Sos Nanas
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji nanas * balance nenas semlm, sbb tu masak resepi ni
5 ketul peha ayam
4 sudu besar sos tomato
3 sudu sos cili
1 labu bawang besar
1 biji capsicum
Sedikit susu cair

CARA MENYEDIAKAN:
1. Goreng ayam dengan sedikit tepung Koki Thai sehingga garing.* Aku goreng pakai tepung gandum jer.
2. Masakkan sos tomato, sos cili, gula, garam dan susu cair.
3. Setelah mendidih, masukkan bawang, capsicum dan nanas yang dipotong dadu.
4. Letakkan ayam goreng dalam nanas yang telah dikeluarkan isinya.
5. Curahkan sos di atas ayam yang telah digoreng dan sedia dihidangkan.




Ikan Bawal Cermin Goreng
Picture :
Azita

(Lumur dgn garam & serbuk kunyit jer, goreng smpai garing)




Tembikai Susu Goreng
Sumber :
sajionline

BAHAN-BAHAN:
1/2 biji tembikai susu

BAHAN SADURAN:
2 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung pulut
1 sudu kecil gula
Air secukupnya
Secubit garam

BAHAN HIASAN:
Sirap strawberi
Mayonis

CARA MENYEDIAKAN:
1. Potong tembikai susu mengikut kesesuaian.
2. Bancuhkan bahan saduran se­hingga sebati. Panaskan minyak dan celupkan tembikai susu di dalam bahan saduran tadi.
3. Kemudian goreng sehingga masak atau kekuning-kuningan. Setelah masak, angkat dan tuskan.
4. Hiaskan dengan mayonis dan sirap strawberi. Hidangkan.




Bendi Goreng Dengan Udang Kering
Resepi dari Kak Ummi
Kiriman :
CT Delima

Bahan-bahan:
15 batang bendi - basuh dulu kemudian potong serong
1 cawan isi ayam - yang dipotong kiub
Sebungkus fish ball - dibelah dua
3 ulas bawang merah - di tumbuk halus
2 ulas bawang putih - di tumbuk halus
1 biji cili merah - hiris serong * aku taruk 2 biji
1 sudu besar cili kisar * aku tak taruk sbb hubby tak nk pedas sgt
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar air asam jawa
sedikit garam

Cara-cara:
1. Panaskan minyak, masukkan bawang merah, bawang putih, udang kering dan cili... goreng sebentar dan masukkan cili kisar, kacau - kacau 3 - 5 minit.
2. Kemudian masukkan isi ayam, goreng lagi hingga ayam masak sedikit.
3. Masukkan kicap, fish ball dan juga sayur bendi. Kacau sebentar dan masukkan air asam jawa (untuk menghilangkan lendir bendi).
4. Masukkan garam dan sedikit air. Masak bendi hingga lembut sedikit. Matikan api, siap dan boleh dihidang.




Jus Apple Kasturi Dan Asam Boi
Sumber :
anawahid

Bahan-bahan ( 3 orang )
5 biji apple hijau
9 biji asam boy
Gula
Ais batu
Air masak
6 biji limau kasturi

Cara-cara
1. Potong apple hijau dan buang bijinya.
2. Blend bersama air dan gula
3. Kemudian masukkan kedalam jug.
4. Tuang jus tadi kedalam gelas perahkan limau kasturi 2 biji dan masukkan 3 biji asam boy dan ais.
5. Anda boleh tambah gula ikut rasa selera anda.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).