- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, August 18, 2008

Beef Burger

'Homemade' daging burger
oleh: fendi75

Bahan-bahan ( 15-20 keping )
2 cawan daging cincang
1 cawan breadcrumbs(serbuk roti)
1 labu bawang besar-saiz kecil
2 ulas bawang putih
1 biji telur
1 sudu besar worcestershire sauce
garam dan gula secukupnya

Cara-cara
1. Gaul semua bahan-bahan di atas kecuali telur.
2. Pukul telur sekejap. Masukkan sikit demi sedikit. Agak-agak boleh bentuk, berhenti dari masukkan telur.
3. Ambik sedikit dan buat bentuk bulat. Kemudian leperkan/ nipis. Buat sampai habis
4. Lepas tu bolehlah digoreng.
5. Lagi nipis lagi sedap.. untuk dapatkan bentuk yang nipis boleh disimpan dulu dalam freezer. Kemudian potonglah nipis-nipis.




Homemade beef burger
(Sumber Dari maratussolehah.fotopages.com)

Bahan2nya:
1/2 kg daging lembu cincang
4 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (kisar)
2 biji telur
sedikit daun bay leves, basil, oregano, thyme
3 sudu minyak sayuran
1 batang serai (kisar)
2 inci Halia (kisar)
sedikit soya sos/kicap
1 ikat daun ketumbar (racik)
garam dan gula secukup rasa

cara2nya:
1.gaul suma bahan di atas di dalam satu bekas hingga rata.
2.sesuaikan rasa nya.
3.sediakan 2 buah bekas bulat.
4.masukkan daging yg telah digaul tadi setebal sekeping burger..ratakan,…
5.letakkan diatasnya aluminium foil…
6.ulangi step yg ke 4 dan 5 tu hingga penuh bekas.
7.letak di dalam freezer semalaman, esoknya bolehlah di masak.




Botham Burger
oleh: mutiarazura
resipi asal Jamie Oliver

Bahan-bahan ( 4 orang )
500 gm daging kisar
1 biji bawang besar merah dicincang
1 biji telur saiz besar
1-2 genggam serbuk roti (breadcrumbs)
1/2 sudu besar serbuk ketumbar
secubit serbuk jintan manis
1 sudu kecil mustard (Dijon atau American)
Garam dan serbuk lada hitam secukupnya

Cara-cara
1. Campur dan gaul semua bahan-bahan. Gunakan breadcrumbs untuk "bind" adunan.
2. Bahagi empat dan bentukkan menjadi bebola daging burger mengikut citarasa. Lebih elok buat kecil-kecil.
3. Gunakan baking paper sebagai alas, tabur breadcrumbs dan letak daging burger sebelum menggoreng.
4. Goreng atas kuali leper menggunakan sedikit minyak hingga garing.
5. Hidang dengan bun burger dan sos serta cheese jika suka.


Resepi Burger Daging
(Majalah Seri Dewi & Keluarga)


Bahan2
500gm daging kisar
100gm bawang besar (dicincang)
50gm bawang putih (dicincang)
50gm serbuk roti
1 biji telur
5gm garam
3gm lada hitam (ditumbuk kasar)
secubit serbuk buah pala

Cara membuatnya:
1. Campurkan daging kisar yg sejuk dgn bahan2 yg lain.
2. Gaulkan adunan sehingga rata & sebati
3. Ambil segenggam adunan
4. Kepalkan & bentukkan bulat setebal 1 sm.
5. Kemudian bakar selama 5 minit.
6. Boleh dihidangkan bersama kentang goreng, sos lada hitam & sebagainya.

Tips utk menyimpan daging burger mentah
1. Masukkan burger ke dlm beg plastik yg kecil & bungkus dgn baik.
2. Masukkan burger ke dlm bekas kedap udara sebelum disimpan didlm peti sejuk.
3. Ia boleh tahan sehingga 3 bulan



BURGER DAGING
Sumber: Mami Asmah Laili

BAHAN "A"
Beberapa bantal roti bun, samaada yang bulat mahu pun yang lonjong
Beberapa helai daun salad Cina
1 biji timun, dibuang kulit dan dihiris halus
2 biji tomato, dihirs tipis, bulat-bulat
Sedikit minyak zaitun atau minyak kanola

BAHAN "B"
500 gram daging kisar yang tidak berlemak
1 biji bawang besar, dipotong dadu kecil
2 biji lada hijau, belah dua, buang biji dan dirampai
2 biji lada merah, belah dua, buang biji dan dirampai
2 pelepah daun ketumbar, dirampai
4 sudu makan rata tepung oat
1 sudu teh lada putih, ditumbuk kasar
1 sudu teh rata serbuk pala
Garam secukup rasa

Cara Cara
1. Gaul rata semua bahan "B". Bahagikan kepada 12 bahagian atau mengikut suka hati. Bentukkan setiap satu seperti bebola. Bebolanya hendaklah ketat. Kemudian leperkan. Bebola yang leper ini dinamakan berger.
2. Panaskan kuali leper, dengan api yang sederhana besar. Tuang sedikit sahaja minyak dan goreng berger. Tekan-tekan semasa menggoreng. Apabila kelihatan garing sedikit, terbalikkan. Goreng lagi sehingga kedua-dua belahnya masak. Buat yang sama kepada berger yang lain.
3. Semasa hendak disaji, ambil satu biji roti bun, belah dua jangan putus. Selitkan sehelai daun salad, serta sepotong timun dan tomato. Kemudian barulah dimasukkan berger goreng. Tangkup dan sajikan. Enak juga jika dimakan dnegan sos tomato dan sos cili.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).