- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, August 10, 2008

Lauk Kenduri

Yesterday my mom was bz helping my neighbour's 'majlis kenduri'.Her daughter is getting married.So,apart of 'gulai daging kerbau' & 'ayam masak merah',they also served 'sayur pisang muda'.My mom took home some of it.Unfortunately the 'sayur pisang' was overcooked.It was like a porridge.As it was my favorite,today my mom cook it again special for me.She used 'pisang mas gore' (it was what my mom called.I don't want others call it).

Sayur Pisang Muda
~ My Mom's Recipe ~

Bahan-bahan :
Pisang muda - disiang kulitnya (kulit jgn dibuang) & dibelah (ikut suka)

Bahan tumbuk :
Bawang merah
Kunyit hidup
Lada hitam
Ikan bilis

Santan pekat
Santan cair
Asam keping
Garam
Bahan perisa

Cara membuatnya :
1. Masukkan pisang, kulit pisang, bahan yang telah ditumbuk & santan cair ke dalam periuk.
2. Bila pisang sudah empuk, masukkan santan pekat.
3. Masukkan garam & bahan perisa.
4. Sedia untuk dihidang.



Gulai Pisang Muda

Bahan
Pisang muda – potong dan direbus

Bahan tumbuk
Cili padi
Bwg merah
Kunyit hidup
Belacan
Ikan bilis

Serai-titik
Santan cair
Santan pekat
Asam keping

Cara
Masukkan kesemua bahan didalam periuk dan didihkan hingga masak.
Last sekali masukkan santan pekat…jangan sampai naik minyak

Masak Lemak Pisang Muda

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
12 biji pisang emas muda
7 biji cili kering
2 ulas bawang merah
Sebatang serai - dititk
Sedikit serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 cawan santan pekat
Sedikit ikan bilis sebagai perencah - lebih kurang 2 jemput

Cara-cara
1. Siat kulit pisang. Potong serong pisang tersebut. Sebiji pisang boleh dipotong kepada 4 bahagian.
2. Kulit pisang jangan dibuang. Potong 2 kulit pisang yang disiat. Rendam pisang yang telah dipotong dan kulitnya di dalam air garam.
3. Sementara itu, tumbuk cili kering bersama sedikit garam hingga lumat.
4. Kemudian masukkan bawang merah dan tumbuk lagi hingga lumat. Setelah itu, masukkan pula ikan bilis dan ditumbuk sedikit sahaja - untuk pecah2kan saja.
5. Masukkan sedikit serbuk kunyit. Dan titik serai dalam lesung yang sama.
6. Masukkan pisang dan kulit yang direndam dalam air garam tadi ke dalam periuk bersama dengan bahan yang telah ditumbuk.
7. Kemudian masukkan santan pekat bersama sedikit air hingga ke paras pisang.
8. Renehkan di atas api sederhana sehingga pisang lembut. Tambah perasa (garam @ MSG) jika perlu. Siap untuk dihidangkan...

MASAK LEMAK PISANG MUDA

Bahan-bahan:
1 sisir pisang rastali muda
10 g cili api }dikisar
1/2 inci kunyit hidup }dikisar
5 ulas bawang merah }dikisar
kelapa sebiji (diambil santan)
20 g ikan bilis
garam secukup rasa

Cara membuat:
1. Pisang disiat-siatkan sedikit kulitnya dipotong serong setebal 3 sm.
2. Kemudian direbus tetapi jangan empuk takut hancur bila masuk dlm gulai nanti.
3. Perah santan tetapi jgn terlalu cair.
4. Campurkan semua bahan-bahan ke dalam periuk kecuali pisang
5. Didihkan atas api yang sederhana sambil dikacau supaya tidak pecah minyak
6. Bila mendidih bubuhlah pisang tadi bersama garam.
7. Kacau sekejap saja bolehlah tutup api .

Gulai Pisang Emas Muda
Sumber: Majalah Wanita Mac 2000

Bahan-Bahan:
Sesisir pisang emas muda
250 gm serbuk kari ikan
200 gm ikan bilis
3 ulas bawang besar, dikisar
4 ulas bawang putih, dikisar
10 tangkai cili kering, dikisar
3 cm halia
Sebiji kelapa - diambil santannya
3 sudu besar minyak untuk menumis

Cara:
Kupas pisang dan potong isinya mengikut cita rasa. Rendam di dalam air garam lebih kurang 10 minit. Semasa proses rendaman, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar lebih kurang 5 minit. Masukkan rempah kari dan tumis sehingga pecah minyak. Tuskan pisang dan masukkan ke dalam tumisan. Masukkan santan dan didih sehingga pisang empuk. Angkat dan hidang mengikut selera.

Sayur masak lemak kulit pisang dan cangkuk manis
- Tajmah -

Bahan-bahannya:
kulit pisang raja
Sayur cangkuk manis
kulat (jika suka)
bawang merah
bawang putih
udang kering
sedikit belacan
garam
sedikit santan

Cara memasaknya:
Buang kulit pisang yang sebelah luar dan ambil yang sebelah dalamnya saja kemudian kita hiris (potong) lepas tu cuci dan toskan.tumbuk udang dan bawang. Panaskan periuk dan tumis bahan-bahan tumbuk tadi lepas tu masukkan sayur cangkuk manis dan santan. Setelah sayur cangkuk tadi masak baru masukkan kulit pisang tadi dan biarkan sehingga kulit pisang tu masak.

Rendang Pisang Muda
Sumber: Majalah Perempuan Mac 1994

Bahan-Bahan:
3 kg pisang muda (dipotong nipis-nipis dan dicelur hingga empuk)
200 gm udang yang sederhana besarnya (dibersihkan)
1 liter pati santan
300 gm kerisik
150 ml minyak masak
Garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan-bahan dikisar:
250 gm bawang besar
30 gm bawang putih
30 gm halia
20 gm lengkuas
40 gm kunyit hidup
50 gm cili kering
180 gm serai

Cara:
Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan semua Bahan-bahan kisar hingga garing, masukkan santan, gula, garam, serbuk perasa dan kerisik hingga pekat. Setelah itu masukkan pisang dan udang. Apabila sebati dan pekat, bolehlah diangkat.

Pisang muda masak lemak cili

Bahan-bahan
1 ikat pisang segi muda (dipotong serong)
250gm udang kering
6 biji bawang merah
6 biji bawang putih
1 inci halia
3 batang serai
1/2 inci kunyit
250ml santan
3 liter air
garam & perasa secukupnya
20 biji cili padi
minyak sayuran untuk memasak

Cara membuat
Goreng bawang merah, halia d kunyit yang ditumbuk halus. bawang putih dan udang kering yang telah dibersihkan dan ditoskan. Masukkan pisang muda yang telah potong, serai, cili padi yang telah ditumbuk kasar dan air. masukkan santan, garam dan perasa setelah pisang hampir empuk. Biarkan sehingga mendidih. Setelah masak, hidangkan ketika masih panas.

Nota Tambahan
Enak dimakan bersama dengan ubi kayu,keledek dan keladi rebus.

Gulai Pisang Muda

Bahan2 nya
10 biji pisang muda(dibersihkan dan dipotong dua rendam bersama
air, garam dan asam keping )
4 sudu besar minyak
30 gm ikan bilis
250 ml santan pekat
350 ml air

Bahan dikisar lumat:
10 biji cili padi
4 cm kunyit hidup

Caranya :
1. Tumis bahan kisaran dan ikan bilis.
2. Masukkan pisang muda dan sedikit air (reneh).
3. Masukkan santan pekat dan air didihkan dengan api yang perlahan. rasa garam secukup rasa

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).