- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, August 27, 2008

Makanan Dulu-dulu - Sagun

Yesterday my brother stop buy to say hello.He also brought me 'sagun'.I remember when i was a small kid,i always eat this.I like it very much.It taste sweet & 'lemak' bcoz' of the coconut shread.At my hometown,they packed it into a long colourful sugar paper.The problem when we eat it,if we not careful,it can spread all over ur face.One thing for sure,don't talk when u eat this...kang tak pasal2 tersembur...
But one thing for sure,i fall in love with other type of 'sagun'.They call it 'sagun bakar'.I first eat it at my uncle's house in melaka.I went there long time ago & he serve it to us.B4 we went back,while we went around melaka town,we bought a lot of it.I miss it very much...it was delicious.I found it once here in kl but it was not as tastier as the one i bought in melaka.

SAGUN
By : Che'Iza
Bahan-bahan
1/2 kg kelapa parut (putih je)
1/2 kg tepung beras
400 gm gula aising (ikut rasa)
sedikit garam
sehelai daun pandan disimpul...
sedikit pewarna hijau, merah n kuning (optional)

Cara-Cara
1. Goreng kelapa parut atas api yg perlahan hingga garing (kalau boleh tak nak dia kuning)
2. Masukkan tepung beras dan daun pandan.... goreng sehingga tepung agak kering
Kalau suka boleh titikkan sedikit pewarna pada sagon... Sebelum itu kuarkan sagon dan bahagikan kepada beberapa bhgn ....
3. Ambik satu bhgn masukkan kembali dlm kuali dan goreng balik dgn titisan warna... Setiap bhgn lain warna......
4. Campuran akan garing dan berderai, matikan api dan kuarkan sagon dari kuali.... boleh skip step 3 dan 4 terus dari step 2 ker 5..... (step 3 n 4 hanya kalau nak letak kaler2 kat sagun tu.....)
5. Bila sagun sejuk masukkan sedikit garam dan gula. Boleh letak dlm bekas atau terus bedal.... Daun pandan jgn mkn buang tau.... utk bau jer....

SAGUN

Bahan
200 g kelapa parut putih
250 g tepung beras
Gula halus/kastor (ikut suka manisnya)

Cara membuatnya:
1. Kacau kelapa parut atas api perlahan hingga pucat warnanya.
2. Masukkan tepung beras, kacau 15-20 min lagi hingga campuran menjadi kering, wangi, peroi dan rangup. Bubuh ke dalam mangkuk dan biar sejuk.
3. Boleh digaul terus dengan gula dan disajikan.

Sagun-sagun
Sumber: Buku Pandai Memasak

Bahan-Bahan:
600 g tepung beras
1 biji kelapa parut
3 biji putih telur
1 cawan air dicampur sedikit garam

Cara:
1. Kelapa digoreng tanpa minyak hingga kuning, kemudian gaulkan dengan tepung beras.
2. Tuangkan air garam dan putih telur sedikit-sedikit. Gaulkan hingga menjadi seperti abuk roti. Masukkan kedalam kuali dan masak hingga garing.

Sagun Arab

Bahan-bahannya
250-300g gula pasir
2 biji telur
1 biji kelapa (sederhana tua..hehe..)
Daun pandan dipotong2
sedikit pewarna merah (jika suka)

Cara menyediakan
1. Keluarkan daripada tempurungnya, buangkan kulit arinya dan parut putih.
2. Gaul dengan telur hingga rata, campurkan gula,pewarna merah serta potongan daun pandan
3. Masukkan dalam kuali dan sangrai (goreng tanpa minyak) hingga kekuningan
4. Sejukkan dan simpan dalam bekas kering.

Sagun Goreng tepung gandum [ninoZ]

Bahan-bahan
kelapa parut - bhg putih sahaja
tepung gandum
sedikit garam
gula

Cara-cara
sangrai kelapa parut dgn api perlahan hingga separa kering..then masukkan tepung gandum n sedikit garam..sangrai lagi hingga naik bau n bahan2 yg disangrai nampak kering n berderai..tutup api.. biar kejap then baru campurkan dgn gula pasir secukupnya
[kalau masukkan gula masa tepung tengah panas sgt..nanti gula tu cair n sagun tak jadi berderai dgn cantik]

Sagun Goreng tepung beras [ninoZ]

beras - dibasuh, ditoskan n dikeringkan..kemudian dikisar halus[kalau malas.. gantikan je dgn tepung beras dlm peket tu]
kelapa parut, bhg putih sahaja
sedikit garam
gula secukupnya..

cara nak buat sama je dgn sagun tepung gandum
Sagun Bakar - variasi [ninoZ]

sagun bakar lebih kurang je resepi dia..
cuma kelapa tu tak digoreng.. bior lembab2 camtu..tepung direndang sket je nak bagi peroi..
gaul dgn kelapa yg basah2 tu bersama gula..then mouldkan dlm acuan n bakar..
moisture dlm kelapa n gula yg akan cair tu nanti akan jadik mcm perekat utk hold shape sagun bakar

Sagon Kampung
oleh: harligt

Bahan-bahan ( Sekuali )
2 kg beras (basuh dan keringkan)
2 kg gula pasir
2 biji kelapa parut (ambil putih sahaja)
2 helai daun pandan
Garam secukup rasa
Sedikit air

Cara-cara
1. Kisar beras sampai halus. Campurkan sedikit garam pada kelapa yang telah diparut
2. Campurkan beras dengan kelapa dan renjis sedikit air supaya lembap.
3. Masukkan bahan tadi kedalam kuali.Tambahkan daun pandan.Goreng sagon ini atas api kecil hingga masak dan kering.Sentiasa gaul supaya tidak hangus.



SAGON
By : sudipkayu

Bahan:
200gms cwn kelapa kering
200gms cwn tepung beras
50 gms tepung pulut
gula halus secukupnye

CARA:
1. goreng dulu kelapa hingga wangi (kalau guna kelapa fresh kine goreng hingga separa kering giteww)...
2. masukkan tepung beras& tepung pulut...goreng lg hingga wangi, rangup & berderai...
3. dah siap, sejukkan dulu br gaul bersama gula ikut suka nk manis mana...

Kue Putu Jawa (Sagon)
www.resepmami.com

Bahan-Bahan: [Ingredients]
200 gram tepung ketan
150 gram kelapa parut
1 sendok makan gula pasir
1/2 sendok teh garam
110 cc air
120 gram pacar cina, rebus
1 sendok teh esens pandan
2 tetes pewarna kue berwarna hijau
70 gram gula merah, potong bentuk dadu

Cara Memasak: [Cooking Instruction]
1. Campur tepung ketan, kelapa parut, gula, dan garam, aduk rata, sisihkan.
2. Campur air, pewarna kue berwarna hijau, dan esens pandan, aduk rata, lalu tuangkan sedikit-sedikit ke dalam campuran tepung tadi, aduk rata dan licin.
3. Masukkan pacar cina, aduk hingga menyebar rata, lalu tuang ke dalam loyang bulat kecil yang telah diolesi dengan sedikit minyak hingga setengah penuh.
4. Letakkan beberapa potong gula merah, tuang adonan di atasnya hingga loyang hampir penuh, lalu kukus hingga matang, angkat

SAGUN BAKAR

Bahan-Bahannya
150 gram majerin
1 biji kuning telur
1 biji (350 gram) kelapa parut putih
½ sudu teh garam
½ sudu teh serbuk vanilla
250 gram gula pasir
500 gram tepung sagu
sedikit majerin

Cara-caranya
1. Pukul majerin sehingga berwarna pucat, masukkan kuning telur dan pukul rata-rata. Ketepikan.
2. Campur dan gaul kelapa parut, garam, vanilla dan gula sehingga larut. Masukkan tepung sagu, kacau dan campur dengan adunan majerin sehingga sebati.
3. Tuang dan ratakan adunan setebal kira-kira 4mm dalam acuan pembakar yang disapu sedikit majerin. Potong-potong adunan 4cm x 6 cm dengan pisau tajam.
4. Bakar dalam ketuhar pada 160 darjah C selama 40 minit sehingga masak dan kuning keemasan. Tekan bekas potong dengan pisau ketika kuih masih lembut dan panas agar mudah dipatahkan. Sejukkan sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.

1 comment:

Ibu Riana said...

wah sedapnya..lama tak makan..dulu kecik2 mesti beli sagun ni..

kenali saya


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).