Today i want to intoduce to an interesting food usually made by my mom;acar pisang gala.Pisang gala is a type of pisang grown a lot near my grandma's house.I don't what others called it.It has a bitterish in taste.So,when we cook it into acar,it's really mouth watering bcoz' it has the sweetness, hottness & sourness taste.
Sumber: Keluarga - Masakan dan Kuih Traditional
Bahan-Bahan:
4 biji pisang gala
1 labu bawang besar dibelah 6
2 biji cili merah dibelah 4
2 sudu makan cuka
1/2 sudu air
1 sudu kecil gula
1 sudu makan cili yang telah digiling
3 ulas bawang merah
Sedikit garam
Cara:
Pisang dibersihkan dan dikelar-kelar tetapi jangan putus. Setelah itu rendamkan dengan air garam selama 5 minit, kemudian campurkan dengan cili giling dan tumiskan sehingga garing, masukkan air, cuka, garam dan gula secukup rasa. Bila air telah mendidih masukkan pisang, bawang besar dan cili hidup. Bila telah masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan
Acar Putik Pisang Gala
Bahan-Bahan:
10 biji putik pisang gala
3 biji lada kering
2 hiris halia
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 labu bawang besar
1/4 biji kelapa ( untuk 1 cawan santan)
2 sudu makan minyak menggoreng
cuka, garam dan gula secukup rasa
Cara Membuatnya:
1. Pisang dibuang kulit hitamnya.
2. Pisang tadi dikelar-kelar melintang, halus-halus kemudian direndam dalam air garam.
3. Semasa merendam ramas-ramaslah pisang itu supaya keluar rasa kelatnya. Rendamlah lebih kurang 15 minit
4. Lada kering , bawang merah, bawang putih dan halia ditumbuk lumat.
5. Panaskan periuk, tuang minyak untuk menumis.
6. Bila minyak panas, tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk, bila naik bau tuangkan santan, kemudian masukkan cuka, gula dan garam sebagai perasa.
7. Pisang yang telah dibersihkan, ditoskan.
8. Bila kuahnya sudah elok mendidih dan naik minyak di atasnya, masukkan putik pisang tadi, biar sekejap kemudian angkat dan hidangkan.
Bahan-bahan:
4 biji pisang gala (yg masih putik/hijau tau BUKAN yg masak)
1 labu bawang besar }dibelah 6
2 biji cili merah } dibelah 4
2 sudu makan cuka
sedikit air
sedikit garam
1 sudu kecil gula
1 sudu makan cili kisar
3 ulas bawang merah } ditumbuk
sedikit minyak utk menumis
Cara membuat:
1. Pisang dibersihkan dan dikelar-kelar tetapi jgn putus. (JGN buang kulit)
2. Setelah itu rendamkan dgn air garam selama 5 minit
3. Kemudian celurkan sehingga empuk dan angkat
4. Panaskan minyak, tumiskan bawang merah dan cili kisar sehingga garing kemudian masukkan skit air, cuka, garam dan gula secukup rasa
5. Bila dah mendidih masukkan pisang, bawang besar dan cili hidup
6. Bila telah masak bolehlah diangkat utk dihidangkan
No comments:
Post a Comment