- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Wednesday, August 13, 2008

Made In Malaysia - Mee Bandung

Today i went to kt town with my mom to buy bus tickets.I'm planning to go back to kl tonight.Unfortunately the tickets were sold out.The only tickets they have will be tomorrow afternoon.So i have no choice but to buy it & continue my holiday.
After that we went to have our lunch at the food stall at the bus station.Today we have 'mee bandung'.Actually my mom wanted to eat that since last 2 days.We went to one of the famous place sold mee bandung here.Unfortunately it has been sold out.So today i brought my mom to other place that sold it & it turns out very nice.
We ordered mee bandung & air sirap bandung.The shop owner smiled when she heared our orders.Both of them have the name bandung.Very funny hah.We ate mee bandung & we drink sirap bandung at kt,malaysia.I guess it's more better if we eat mee bandung & we drink sirap bandung at bandung.It sounds even funny....

AUTHENTIC MEE BANDUNG MUAR
Posted by: Putri Mazura Mashudi
Source: Resepi Asli Muar

Ingredients:
1 kg yellow noodles
10 pieces dried chili (remove seeds, boil and sieved)
1 clove garlic (crushed)
5 pcs red onions
½ cup dried shrimps, boiled with a cup of water (alternatively use sotong rendam, boiled, in the style of Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan fresh prawns
1 cup of beef - boiled (thinly sliced 3mm)
Chinese Cabbage (Sawi) - cut 1 inch length
Cabbage - sliced ½ inch
¾ - 1 cup sugar
3 - 4 cups beef stock
1 tablespoon)oyster sauce
Eggs
Salt
Vegetable oil
Other ingredients such as shredded chicken, fishballs, squid etc, can be added according to individual preferences.
Daun sadri & daun bawang, (optional, sliced)

Technique:
1. Blend dreid chilli, dried shrimp and its stock, sugar, garlic & red onion.
2. Heat up vegetable oil in wok (kuali).
3. Fry all grounded ingredient till light brown.
4. Add in oyster sauce.
5. Add in shrimp and boild sliced beef.
6. Add in sawi sawi dan cups of beef stock and salt. Simmer until slightly thick.

Serving suggestion:
1. Serve by portion, boil an egg in gravy for each serving. An authentically cooked Mee Bandung Muar will have the egg yolk about half cooked.
2. Take a portion of gravy for one person meal. Heat it and add in an egg till half boiled. Add in vegetables till soften and lastly add in yellow noodles.
3. Serve in a flat bowl with half boiled egg on top, sprinkle with daun sup & daun bawang.

Mee bandung dagang

Bahan-bahan ( 4 orang )
500g udang kering segar
cili kering atau cili giling
gula pasir
bawang merah 20 biji
bawang putih 5 biji
mee kuning 1 peket
sotong basah
telur ayam 4 biji atau ikut bilangan orang yang hendak makan
Sayur sawi 2 ikat
tauhu goreng 5 keping
garam
air untuk kuah
5 biji tomato segar
minyak untuk menumis
daging lembu ikut suka banyak mana, lagi banyak lagi sedap
Taugeh (celur)

Cara-cara
1. Blend udang kering, bawang merah, bawang putih dan cili.
2. Potong kecil sotong basah dan daging lembu.
3. Hiris tauhu goreng nipis-nipis
4. Cuci mee kuning dan toskan
5. Potong sayur sawi dan tomato
6. Untuk memasak perencah mee bandung: Tumis bahan blend tadi menggunakan minyak yang banyak (kerana udang kering akan meresap minyak)
7. Bila sudah separuh masak masukkan air dan kacau sehingga masak.
8. Kemudian masukkan gula dan garam. Cuba rasanya samada perlu ditambah gula atau garam lagi. Jika semuanya sudah ok bolehlah dikeluarkan dari kuali tadi.
9. Untuk memasak mee bandung: Panaskan kuali dan masukkan air ikut berapa ramai yang hendak makan.
10. Bila air dalam kuali sudah mendidih bolehlah dimasukkan perencah udang tadi.(jika anda mahu kuah pekat masukkan perencah lebih)
11. Kacau kuah supaya tidak berkerak dan masukkan sotong basah ,daging dan telur satu persatu. Pastikan telur masak kemudian angkat untuk asingkannya supaya tidak hancur.
12. Bila bahan yang dimasukkan tadi sudah masak bolehlah masukkan mee tadi. Kacau sehingga mee masak dan masukkan sawi. Kemudian tauhu goreng, garam dan rasa secukup rasa.
13. Tomato,taugeh celur dan telur anda boleh hidangkan semasa hendak makan.
14. Makan semasa panas
15. Selain mee kuning anda boleh juga menggunakan mee hoon. Tetapi kuahnya tak perlu terlalu pekat.

Mee Bandung Abu Dhabi

Bahan-bahan:
Mee kuning
Cili kering ~ mengikut pedas yg disukai
3ulas bawang putih ~ dikisar
1 biji bawang besar ~ dikisar
½-1 cawan udang kering ~ dikisar
1 cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sos cili dan sos tomato secukup rasa
Telur ~ ikut berapa org yg nk makan
1-2 cawan kacang tanah digoreng ~ ditumbuk halus
Taugeh
Bawang goreng dan daun bawang serta hirisan limau
Daun daun bawang dan bawang goreng
Air rebusan daging
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan bahan yang dikisar sehingga kuning.
2. Masukkan sos cili dan sos tomato, kacang tanah dan air rebusan daging dan biar seketika.
3. Tambahkan garam dan gula secukup rasa dan biarkan kuah sehingga pekat.
5. Masukkan udang, daging rebus dan kacau seketika saja. Sedia dihidang..
Cara hidangan:
~ Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah buat sepinggan-sepinggan.)
~ Ambil sedikit kuah dan rencahnya untuk satu orang makan
~ Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur sehingga separuh keras.
~ Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
~ Masukkan kedalam mangkuk dan telur letak diatas, taburkan daun bawang dan bawang goreng.
*Utk resepi ni i tak ada sawi so i gantikan dgn taugeh..
Lain lain perencah seperti daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut kesukaan anda..

Mee Bandung Highway (Gerai N14)

Bahan-bahan
1 kg mi kuning
300 gm udang sederhana besar - dikisar
2 sudu besar pes cili
2 ulas bawang putih
2 sudu besar kacang tanah - dikisar
1 sudu teh air asam jawa
3 mangkuk air
50 gm sawi
3 keping tauhu - digoreng
2 biji telur ayam

Cara membuat
1. Tumis pes cili, bawang putih & udang kisar hingga naik bau.
2. Masukkan kacang tanah, air, asam jawa, gula & garam secukup rasa.
3. Pecahkan telur, gaul bersama di dalam kuah beserta sayuran & kepingan tauhu.
4. Sedia untuk dihidangkan.

Tips : Tunggu kuah benar2 mendidih, baru masukkan sayuran & tauhu agar kuah sentiasa pekat.


Mee Bandung Muar
Sumber Resepi: salmiahomar@intel.com

Bahan-bahan
1/2 kati kerang (direbus & dikopek kulitnya)
3 sudu besar cili kering yg tlh dimesin
1/2 kati sawi
1 kati Mee kuning
1/2 kati daging (direbus)
Telur ayam - ikut berapa org yg makan
1 cawan udang kering (mesin halus)
2 cawan kacang tanah (mesin 1/3 halus)
4 ulas bawang merah )mesin
2 ulas bawang putih )bersama
daun sup & daun bawang
Bawang goreng
garam
gula

Bahan utk supnya :
1/2 kati tulang lembu (direbus-simpan airnya)
1 sudu jintan manis }
1 1/2 sudu jintan putih }
4 ulas bawang merah }dimesin
1 ulas bawang putih }
1 inci halia }
daun sup & daun bawang
1 kuntum bunga lawang }
1 kuntum cengkih }
1 batang kulit kayu manis }penumis
1 biji buah pelaga }

Cara buat sup tulang:
1. Tumis bahan penumis hingga wangi kemudian masukkan bahan-bahan mesin, goreng hingga kekuningan.
2. Lepas tu bubuhkan tulang yg telah direbus & air rebusnya. Biar mendidih tambahkan garam daun sup & daun bawang.

Cara buat rempah mee:
1. Panaskan kuali. Tumiskan bawang yg dimesin bersama cili mesin.
2. Kacau seketika tambahkan udang kering & kacang yg telah dimesin.
3. Bubuhkan ½ cawan air rebusan daging. biar seketika, tambahkan garam & sedikit gula.
4. Kemudian masukkan isi kerang & daging. tambahkan sedikit air rebusan daging. Biar hingga masak. Ketepikan.

Cara Menyediakan mee bandung ini:
1. Panaskan kuali kosong bubuh beberapa sudu bahan rempah mee yg telah dimasak (ikut berapa org yg makan)
2. Tuangkan sup sebanyak mana yg anda suka biar mendidih seketika.
3. Kemudian masukkan mee kuning, sawi, daun sup & daun bawang & pecahkan beberapa biji telur ayam (ikut berapa org makanlah).
4. Bila nak makan boleh ditabur sedikit bawang goreng.

Tips
Seeloknya bila nak makan baru kita buat langkah ke 3 ni sebab kalau kita buat awal-awal nanti meenya kembang & tak sedap dimakan.

Mee Bandung
Sumber: Aneka Hidangan Mi Alaf 21

Bahan-Bahan:
500 gm mee kuning (dicelur)
300 gm daging (dipotong)
300 gm daging ayam (dipotong)
300 gm udang
200 gm tauge
Garam & minyak masak
2 sudu besar cili kisar
3 ulas bawang putih (ditumbuk)
5 ulas bawang merah (ditumbuk)
1 mangkuk stok ayam 4 sudu besar sos tomato
4 sudu besar kacang tanah (ditumbuk halus)
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang (dihiris)

Cara:
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bawang putih, bawang merah & cili kisar hingga garing. Masukkan stok ayam & biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram & garam. Biarkan merenih perlahan-lahan. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, ayam, sawi, telur & masak selama 2 minit.

Cadangan Hidangan:
Masukkan mee & tauge ke dalam mangkuk. Tuangkan kuah panas hingga penuh. Bubuhkan cili merah, limau kasturi & daun bawang.

Mee bandung utara
oleh: along Lina

Bahan-bahan ( 4-5 )
300 gm Mee kuning
100 gm daging (potong kecil)
4 ekor sotong (potong kecil)
15 ekor udang (sederhana bsr)
2 biji telur
8 cwn air
3 sudu cill kering kisar
3 sudu kicap manis
2 sudu sos tiram
2 pokok sawi (potong kecil)
1 btg lobak merah(potong kecil memanjang)
garam secukup rasa
*boleh tambah sayur lain jika suka
2 ulas bawang merah/putih dimayang
*bawang goreng,daun bawang,cili besar utk hiasan

Cara-cara
1. tumiskan bawang sampai kekuningan
2. masukkan air,cili,daging dan sotong
3. bila daging sudah empuk masukkan lobak merah ,udang,sos tiram,kicap manis dan garam
4. masukkan mee,sayur dan telur.jangan terlalu lama. mendidih terus padamkan api
sedia untuk dimakan. taburkan bawang goreng,daun sup dan cili besar yg dipotong.


Mee Bandung Asli Muar
Sumber : Mak Lang Azie

Bahan-bahan
Sawi-500 gm
Udang hidup-200 gm (campur skit udang kering bley jugak..) lagi best.
Telur-4 biji
Isi kerang-200 gm
Daging-100 gm
Cili Sos-5 sb
Tomato Sos-5 sb
Rempah Bandung - 6 sb (bley order kat toke 013-2245375/013-6156333)..tak tau nama dia, tak kenaipun
Kuah Rebusan Daging - 10 senduk

Bahan Tumis
Bawang merah - 5 sudu
Bawang putih - 1 sudu
Cili giling - 4 sudu

Cara-cara
1. Tumis bahan di atas hingga naik bau.
2. Masukkan udang, kerang dan daging.
3. Masukkan cili sos dan tomato sos.
4. Masukkan air rebusan daging dan biarkan mendidih.
5. Masukkan rempah bandung dan sawi (boleh letakkan kemudian bila nak makan, takut layu sawi tu)
6. Masukkan garam.
7. Pecahkan telur dan masukkan satu persatu. Jangan sampai kuning telur
pecah.Tutup sekejap.

Nota :-
(utk hidangan 4 @ 5 org)
Enak dihidang semasa panas.Taburkan daun sup, bawang goreng, cili jeruk, cili padi (jika suka) dan taburkan dengan sedikit kacang tumbuk...perggghhhh slurppppp..licin mangkuk weiiiii....

Mee Bandung Chef Ismail
Sumber : Chef Wan Ismail

Bahan-bahan
Minyak untuk menumis
2 sudu cili kisar
200 gm daging, dihiris nipis
300 gm udang basah
200 gm sotong
4 sudu besar sos tomato
3 cawan air rebusan tulang lembu
2 keping tauhu, digoreng dan dihiris nipis
100 gm sawi hijau
50 gm kobis
Garam dan gula secukupnya
300 gm mee kuning, dicelur
Cili merah, dihiris untuk hiasan
Bawang goreng, untuk ditabur
Hirisan daun salad
Tauhu
Limau kasturi
1 cawan kacang pis
3 biji telur rebus

Bahan-bahan ditumbuk halus
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih

Cara membuatnya
1. Panaskan munyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan ditumbuk halus hingga wangi dan kuning.
2. Masukkan cili kisar dan kacau sebentar hingga naik baunya.
3. Masukkan daging, udang, sotong dan sos tomato. Masak sebentar sebelum dimasukkan air rebusan tulang lembu dan sayur-sayuran.
4. Masukkan garam dan gula. Masak kuah hingga pekat baru dimasukkan mee kuning.
5. Hidangkan mee bandung bersama cili merah, bawang goreng, hirisan daun salad, tauhu, limau kasturi, kacang pis dan telur rebus.

Mee Bandung LindaZA
Sumber : LindaZA

Bahan-bahan
1 bungkus mee kuning
1 labu bawang besar
2 ulas bwg putih
2 genggam udang geragau
cili kering (blend) atau cili serbuk
cili sos - 3 sudu besar
gula
garam
telur sebutir (kacau sedikit)
udang basah
sayur sawi

Cara-cara
1. Tumbuk bawang-bawang dengan udang geragau.
2. Panaskan minyak. Tumis hingga garing.
3. Masukkan cili mesin dan sos cili.
4. Masak hingga naik bau.
5. Masukkan air ikut la kepekatan nak banyak mana.
6. Selepas itu masukkan telur, udang basah, garam dan gula.
7. Akhir sekali masukkan mee dan sayur. Tutup api. Jangan lama nanti sayur layu.


Mee Bandung Biskut Marie
Sumber : Yanti

Bahan-bahannya
500 gram udang kering dikisar halus
300 gram kacang tanah (digoreng tanpa minyak) dikisar halus
300 gram biskut marie dikisar halus

Bahan A
500 gram gula pasir
600 gram cili kering yang telah dikisar
satu senduk besar minyak masak

Bahan B (juga dikisar halus)
7 biji bawang putih
1 labu bawang besar
3 batang serai
1 inci halia

Cara-caranya
1. Panaskan minyak. Masukkan bahan B. Tumis sampai garing.
2. Masukkan cili dan goreng sampai naik minyak. Kemudian masukkan gula dan kacau hingga sebati. Kecilkan api.
3. Akhir sekali, masukkan bahan A. Kacau rata dan tutup api.

Bahan-bahan lain
Mee kuning
Daging direbus dan air rebusannya dicampur ke dlm perencah mee bandung
Udang, Kerang, Sotong rendam (masukkan semua dalam kuah)
Sawi
Bawang goreng
Telur (di pecahkan dlm kuah)
Hidangan untuk 30 / 40 orang

Mee Bandung Mariam Kassim
Sumber : Mariam Kassim

Bahan Bahannya
300 gram udang yang sederhana besar
300 gram daging batang pinang (lembu)
300 gram tulang daging (lembu)

Cara-cara
1. Udang dibersihkan dan diasingkan kepala dan isinya.
2. Daging dan tulang dibersihkan dan direbus bersama sama dengan kepala udang sehingga enpuk dagingnya.cMasukkan sedikit garam dan aji-no-moto.
3. Angkat dan toskan kepala udang dan dimesin dengan sedikit air (1 cawan ). Tapiskan airnya dan buangkan hampasnya.
4. Angkat dan toskan daging dan hiris lah nipis nipis ( jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil )
5. Setelah siap semuanya, ketepikan dahulu.

Bahan Untuk Dimesin Halus
20 Biji cili kering ( digunting dan direbus terlebih dahulu ).( nak kurangkan pedas, kurangkan cili, nak lebih pedas tambahkan cili )
2 Bili bawang besar / 10 ulas bawang kecil
2 Ulas bawang putih

Bahan Sayuran & Hiasan
50 Sen taugeh - dibersihkan dan ditos.
2 Pokok sayur sawi - dibersihkan dan dipotong agak agak 1" panjang.
2 Pokok daun sadri - dibersihkan dan dipotong agak agak 1" panjang, separuh lagi dipotong halus untuk ditabur.
2 Pokok daun bawang - dibersihkan dan dipotong agak agak 1" panjang. Separuh lagi dipotong halus untuk ditabur.
4 Biji cili hidup + cili hijau - dibersihkan dan dihiris nispis nipis, juga untuk ditabur
4 Biji tahu - digaul dengan secubit garam dan digoreng, dan dipotong nipis nipis untuk ditabur.
2 Biji telur ayam - direbus dengan secubit garam agar senang mengupasnya.
Dipotong nipis dengan pemotong telur untuk ditabur.
2 Biji tomato - dibersihkan dan di potong nipis nipis untuk dihiasan.
300 gram bawang merah ( bawang ros ) dihiris nipis nipis dan digoreng ( untuk ditabur)

Bahan Menumis
2 Ulas bawang putih - dihiris nipis untuk menumis
5 Ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar -dihiris nipis untuk menumis

1 Kg. mee kuning ( mee ikut suka ) - dibersihkan dan ditos terlebih dahulu.
Kicap, cuka, tomato sos Fatin ( atau pun sebarang jenama minat puan puan )
Aji - no - moto ( jika suka )
Garam secukup rasa

Cara Cara Membuatnya
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak secukupnya untuk menumis ( boleh gunakan minyak yang bekas menggoreng bawang tadi ). Tumiskan bawang putih dan bawang merah tadi (untuk menumis).
2. Setelah kuning, masukkan pula cili kering yang telah dimesin tadi, dan tumislah sehingga pecah minyak. Masukkan garam, serbuk perasa, cuka, kicap dan tomato sos dan dikacau lagi.
3. Masukkan pula air daging dan air kepala udang yang dimesin tadi. Biarkan ia mendidih seketika dan kacau lah lagi. Setelah mendidih, masukkan udang diikuti dengan mee, taugeh, sawi dan akyir sekali, daun soup+daun bawang.
4. Masukkan daging yang sudah dihiris tadi separuh dan separuh lagi, boleh lah ditabur nanti.
5. Setelah mendidih seketika ( jangan biarkan ia mendidih terlalu lama nanti kembang meenya ), angkat dan sajikan. Taburlah daging, hirisan telur rebus, daun soup+daun bawang, tomato, bawang goreng dan hirisan tahu goreng. Boleh juga dituang sedikit tomato sos keatas hirisan telur rebus untuk memberi tarikkan.
6. Jika suka, boleh juga dimasukkan carrot dan putik jagung atau pun bunga kobis atau pun sayur kobis. Akak tidak menggunakannya kerana kurang berminat.

Mee Bandung Bulan Syaaban
Sumber : Safiah Othman

Bahan A
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras (bak kata Lynn Hassan, biasalah orang Johor – nak pekatkan kuah)
3 sb cili mesin

Bahan B
½ kilo tulang lembu - rebus hingga dagingnya empuk (saya guna pressure cooker – air separas tulang jer)

Bahan C
Segenggam udang kering (rendam seketika)
Segenggam udang geragau (tak ada pun tak apa)

Bahan D
½ sb sos cili (saya guna Linggam sebab tu jer yang ada kat rumah)
1 sb sos tomato
350gm udang – bersihkan, tinggalkan bahagian ekor
Sawi secukupnya
Telur untuk hiasan
Garam
Gula

500gm mee kuning – celur seketika.

Cara Membuatnya
1. Blend bahan A, tumis sehingga garing.
2. Masukkan bahan C yang telah di kisar. Tumis lagi sehingga mesra.
3. Masukkan bahan D dan di tumis sehingga semua bahan mesra dan garing sedikit.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan bahan B. Biarkan hingga mendidih/ pekat sedikit. Boleh pecahkan telur sebiji demi sebiji di dalam kuah dan angkat satu persatu bila telur masak.
6. Tutup api, tuangkan ke atas mee.

MEE BANDUNG

Bahan-bahan (untuk 4 orang makan)
Mee / Meehoon
3 biji bawang merah (dihiris nipis)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
2 keping tauhu (digoreng dan dipotong nipis)
RM 2 udang kering
1/2 kilo daging (dikisar halus bersama udang kering)
1/4 botol sos tomato
2 biji tomato
RM1 sayur sawi (dipotong-potong)
1 bekas kecil (bulat) cili giling - yang selalu didapati di pasar malam. Ikut citarasa, jika suka pedas tambah lagi
50 sen daun bawang (dimayang kecil-kecil
2 camb tepung jagung (untuk melikatkan kuah - dibancuh dengan air dahulu agar tidak berketul-ketul)
2 biji limau kasturi
4 biji telur
200g udang

Cara-cara
• Tumiskan bawang putih dan merah Apabila bawang kekuningan masuk cili dan kacau hingga cili masak.
• Masuk daging yang telah dikisar bersama udang kering tadi. Masukkan air secukupnya.
• Apabila daging telah empuk, masukkan udang dan tahuu goreng Masukkan tomato dan telur Masukkan air tepung jagung Kacau sekali sekala.
• Apabila sudah sebati dan masak masukkan sayur sawi Masukkan garam dan gula secukup rasa.
• Bihun/mee tidak dicampurkan sekali kerana cepat meresap kuah. Oleh itu, bihun/mee direbus seketika/dicelur
• Untuk menghidangkan tabur daun kedalam mangkuk berisi kuah bandung Sebelum memakan perah sedikit air limau kasturi kedalam hidangan ini mengurang atau melambatkan rasa mual. Kalau kuat masam boleh perah banyak.

MEE BANDUNG MUAR (RESEPI ASLI MUAR)

Bahan-bahan:
1 kg mee kuning
10 tangkai cili kering (buang biji dan rebus, toskan)
1 labu bawang putih (diketuk)
5 biji bawang merah
½ cawan udang kering, direbus dengan secawan air (alternatively boleh guna sotong rendam, rebus juga, ini style Mee Bandung Tanjung Agas, Muar)
½ cawan udang hidup
1 cawan daging rebus (dipotong nipis)
Sawi (sukatan ikut suka, potong anggaran 1 inci)
Kobis (sukatan ikut suka, hiris kasar)
¾ - 1 cawan gula pasir
3 - 4 cawan air rebusan daging
1 sudu makan sos tiram
Telur ayam (mengikut jumlah hidangan)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Lain lain perencah e.g. daging ayam, fishballs, sotong, bunga kobis, hati rebus boleh dimasukkan mengikut individual preference.
Daun sadri & daun bawang, jika suka (dihiris)

NOTE:
Mee bandung asli tidak mengandungi apa apa yang rasa masam, so, janganlah masukkan tomato puri/tomato sos/cili sos/asam jawa. Ini akan merosakkan keaslian rasanya. Ramai orang yang pandai-pandai modify mee bandung Muar ni by adding sour ingredients. Itu yang spoil tu.

Cara memasak:
•Blend cili kering, udang kering & air rebusannya, gula, bawang putih & bawang merah.
•Pijarkan sedikit minyak didalam kuali
•Tumiskan bahan bahan yang dikisar. Jangan sampai garing
•Masukkan sos tiram
•Masukkan udang, daging rebus (dan bahan no. 15 jika ada).
•Masukkan batang sawi dan air rebusan daging dan garam. Biar sehingga pekat

Untuk menghidang (Mee bandung ni tak sedap masak in bulk, so kenalah "bancuh" sepinggan-sepinggan.)
•Ambil sedikit kuah (dan rencahnya untuk satu orang makan)
•Panaskan kuah dan masukkan sebiji telur, sehingga separuh keras.
•Masukkan sayur dan bila agak lembut, masukkan mee kuning untuk satu orang makan
•Masukkan kedalam mangkuk leper, telur letak diatas, taburkan daun sup & daun bawang, jika suka.
•Hidangkan.

Mee Bandung

BAHAN - BAHAN
1 kg mee & 10 ekor sotong (dipotong)
200 gm udang kering & ½ kg udang besar
3 camca besar cili boh atau cili serbuk
1 biji kelapa atau 1 peket santan serbuk (diperah ambil santannya)
10 ulas bawang merah atau 5 labu bawang besar
4 ulas bawang putih & 5 sm halia
¼ kg sawi & 10 biji telur
Sedikit garam, bawang goreng dan daun bawang

CARA - CARA
Bawang merah, bawang putih halia dan udang kering dimesin hingga halus. Panaskan minyak, tumis bahan yang telah dimesin bersama cili boh hingga naik baunya. Masukkan sedikit air dan santan. Bila mendidih, masukkan sotong, udang dan garam. Sawi dan mee dicelur berasingan. Telur digoreng. Hidangkan bersama bawang goreng dan daun bawang.

MEE BANDUNG

Bahan-bahan Untuk Kuah:
100 gram daging
100 gram udang basah
5 batang crab stick
2 biji telur
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar tomato puree
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
4 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
1 biji bawang besar (belah 4)
1 biji tomato (belah 4)
1/2 kiub pati ayam maggi
Garam, gula & lada sulah
Air secukupnya
Minyak utk menumis

Bahan Sayur:
Karot
Kobis bunga/brocoli
(ikut suka sayur apa nak digunakan)

Cara-cara:
* Hiris nipis daging. Udang dikupas, belah belakang & buang uratnya. Potong dua crab stick.
* Tumis cili kisar & bawang hingga naik bau.
* Masukkan tomato puree, sos tiram, sos tomato & sos cili
* Masukkan buah tomato & bawang besar, tumis sebentar, baru masukkan kicap.
* Selepas itu masukkan daging, biar daging empuk.
* Kemudian masukkan udang, crab stick & sayur2an.
* Masukkan kiub pati ayam, garam, gula & lada sulah.
* Masukkan air, tunggu hingga mendidih dan akhir sekali pecahkan telur di dalamnya. Tunggu seketika, padamkan api

Bahan-bahan lain:
Mee kuning [akak guna vermicelli pasta (sejenis pasta mcm mee tp kecil dr spagheti)]
Tauhu goreng
Bawang goreng
Daun sup/daun bawang
Cili hiris+kicap cair+perahan jus lemon

Penyediaan:
Vermicelli pasta direbus dgn garam & sedikit minyak. Kalau menggunakan mee kuning, celur sekejap sahaja, angkat & toskan. Tauhu dihiris nipis.

Sendukkan sedikit pasta/mee ke dalam mangkuk. Letakkan tauhu goreng, bawang goreng & daun sup/daun bawang. Tambah cili hiris jika suka. Sendukkan kuah panas2 bersama2 isinya sekali. Sedia utk dihidangkan.

MEE BANDUNG

Bahan - bahan
200 gm mi – dicelur
Sedikit daging lembu
Sedikit daging ayam
* daging lembu & daging ayam dihiris
3 ekor udang basah
Sedikit tauge
1 sudu besar cili kisar
1 ulas bawang putih – diketuk
1 mangkuk stok ayam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Sedikit kacang tanah – ditumbuk
1 biji limau kasturi
1 biji telur
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang
Minyak masak, garam & gula pasir

Cara membuat
1. Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumiskan bawang putih dan cili kisar.
2. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan gula pasir. Biarkan merenih.
3. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, bahan (A) dan sawi.
4. Apabila mendidih, pecahkan telur dan biarkan hingga telur keras. Tutupkan api.
5. Cara menghidang; masukkan mi dan bubuh tauge ke dalam mangkuk.
6. Bubuhkan cili merah, daun bawang, daun sup dan limau kasturi. Tuangkan kuah tadi hingga penuh.


MEE BANDUNG MUAR

Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning - dicelur
400g sawi - dipotong dan dicelur
4 keping tauhu - dipotong dadu dan goreng
bawang goreng
3 tangkai cili merah - dihiris nipis
2 sudu besar sos tiram
1 cawan udang - buang kulit
1 cawan daging - rebus dan hiris nipis
½ cawan sotong - hiris
4 cawan air rebusan daging
1 paket fish cake -hiris nipis
1 biji keledek oren - direbus dan dilecek
1/2 cawan gula
garam secukup rasa
4 sudu besar kacang tanah digoreng tanpa minyak - dikisar
minyak utk menumis

Bahan kisar:
10-15 tangkai cili kering
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
1/2 cawan udang kering - direbus

Cara membuat:
1. Blend bawang besar, bawang putih, cili kering & udang kering sehingga lumat.
2. Panaskan minyak di dalam periuk, tumis bahan2 kisar kemudian masukkan gula kacau sehingga wangi
3. Masukkan sos tiram,sotong, udang dan daging rebus, kentang lecek, kacang tanah & masak sampai mendidih.
4. Bila hampir masak masukkan fish cake
5. Di dalam kuali lain, ambil sedikit kuahnya utk memasak telur. Masak telur satu persatu.
6. Semasa hendak menghidangkan, ambil mee masukkan ke dalam pinggan diikuti sawi. kemudian curahkan kuah diatasnya, letakkan sebiji telur yg telah dimasak tadi, hirisan cili merah, tauhu goreng dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).