- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Sunday, August 3, 2008

Hot & Sour - Pajeri Nanas

My recipe for today,beautiful hot sunday,pajeri nenas.This is my first try so i think the taste is okay for an amature.

PAJERI NENAS


Bahan
1 biji nenas [potong kecil]
3 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1 inci halia ]
5 ulas bawang merah ] tumbuk
2 ulas bawang putih ]
1 sudu besar udang kering [tumbuk]
1 inci cm kulit kayu manis
6 sudu besar rempah kari ikan [bancuh ngan air]
4 sudu besar minyak
2 sudu besar gula merah/putih
2 sudu besar kerisik
Garam secukup rasa

Cara membuat
1. Panaskan minyak dalam periuk dan tumiskan bahan tumbuk, kulit kayu manis dan rempah kari yang digaul dengan air.
2. Masukkan kerisik dan nenas. Kacau supaya rempah tidak melekat pada periuk.
3. Masukkan santan dan garam serta gula merah/pasir.
4. Masak hingga kuah pekat dan naik minyak

Nota Tambahan
Selain daripada nanas, terung panjang, terung peparu, mangga atau buah kedondong juga boleh digunakan untuk masakan pajeri.

Pajeri Nenas
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau


Bahan-Bahan:
2 biji nenas
3 camca besar ketumbar serbuk
1 camca besar jintan putih serbuk
1 camca besar jintan manis serbuk
2 camca besar cili serbuk
1 camca besar kunyit serbuk
4 camca besar kerisik dibancuh dengan sedikit air
10 biji lada merah (dibelah-belah dibuang biji)
Halia sebesar ibu jari (dihiris nipis)
10 ulas bawang merah atau 3 labu bawang besar (dihiris)
10 ulas bawang putih (dihiris)
3 camca besar gula
5 biji bunga cengkih
2.5 sm kulit kayu manis (penumis)
5 biji buah pelaga
1 cawan minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
Nenas dipotong bulat dan dibuang mempulurnya. Rebus hingga masak tapi jangan terlalu lembik. Kemudian ditapis buang airnya. Panaskan minyak dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan penumis dan bahan-bahan hiris. Kacau rata hingga kuning. Masukkan rempah sambil dikacau rata. Masaklah hingga naik minyak. Masukkan gula, nenas rebus dan cili merah. Masukkan garam secukup rasa.


Pajeri nenas

Bahan-bahan ( seisi keluarga )
1 biji nenas masak/muda
6 sudu besar cili kering yg telah di blend
5 biji bawang merah (ditumbuk)
1 biji bawang putih yg besar(ditumbuk)
1 inci halia(ditumbuk)
1 kuntum bunga lawang dan 1.5 inci kayu manis
2 sudu besar kerisik
1 sudu besar udang kering(ditumbuk)

Cara-cara
1. Nenas dipotong kecil
2. Tumis bahan yg telah ditumbuk dan masuk kan kayu manis dan bunga lawang sampai naik bau
3. Kemudian masukkan cili kering yg telah dikisar sampai masak dan selepas itu masukkan nenas dan masak kan sehingga layu sedikit.
4. masuk kan 1/4 cawan air dan masukkan kerisik. Akhir sekali masuk sedikit garam, gula dan serbuk perasa
5. Biarkan ia kering sedikit..kemudian bole dihidang..


Pajeri nanas mahkota

Bahan-bahan (Hidangan untuk enam orang)

Bahan A:
• 1/2 cawan minyak masak Daisy Blend
• 3 sentimeter halia (kisar halus)
• 3 ulas bawang merah (kisar halus)
• ulas bawang putih (kisar halus)
• 4 sentimeter kulit kayu manis
• 3 biji bunga lawang
• 2 batang serai
• 1 tangkai daun kari
• 1/2 cawan udang kering

Bahan B:
• 5 sudu besar rempah kari daging + 1/2 cawan air
• 1 sudu besar kerisik
• 2 cawan santan
• 1 biji nanas (celur dan potong bentuk separuh bulat)
• 1 sudu besar garam
• 2 sudu besar gula pasir

Cara memasak:
1. Panaskan minyak masak di dalam kuali serta tumis bahan A sehingga wangi dan garing.
2. Kemudian masukkan rempah kari daging yang dicampur dengan air dan kerisik. Masak seketika.
3. Masukkan santan dan biar mendidih.
4. Kemudian masukkan nanas, garam dan gula.
5. Biar mendidih dan masak sehingga pekat.
6. Siap untuk dihidang.

Petua: Nanas boleh digantikan dengan terung dan ia tidak perlu dicelur.


PAJERI BOMBAY aka NENAS TUMIS AIR

Bahan-Bahan:
1 biji nenas yang sederhana besarnya
1 biji carrot kecil [ hiriskan kecil]
2 sudu besar gula
3 biji cili merah [hiriskan]
2 biji cili hijau [hiriskan]
1/2 cawan air
Garam dan serbuk perasa secukup rasa minyak untuk menumis

Bahan Tumis
1 inci kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga pelaga
1 kuntum bunga lawang
1 labu bawang besar [mayangkan]
2 ulas bawang putih [mayangkan]
1 inci halia [mayangkan]

Cara:
1. Nenas dikupas kulitnya kemudian dibersihkan matanya dan dipotong kecil.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
3. Masukkan air,gula dan garam.
4. Bila telah mendideh masukkan nenas, cili merah dan hijau.
5. Biarkan mereneh sehingga mendideh dan rasakan garamnya.
6. Bila telah masak hidangkan bersama nasi minyak atau beriani.

Pajeri Nenas
posted by Ogyrosli

Bahan-bahan :
1 biji nenas separuh masak
3 biji cili merah
2 sudu besar rempah daging
1/2 cawan santan
2 sudu besar kerisek
1 helai daun kunyit
Minyak untuk menumis
Sedikit garam, sedikit gula

Untuk ditumbuk :
2 sudu besar udang kering
5 biji bawang merah
3 biji bawang putih

Rempah Tumis
Kayu manis, buah pelaga, bunga cengkeh, bunga lawang

Cara :
1. Buang kulis nenas, potong empat, buang empulur. Hiris keping-keping.
2. Tumbuk bawang merah, bawang putih dan udang kering. Jangan lumat, biar pecah-pecah sahaja.
3. Panaskan minyak
4. Tumis rempah tumis dan masukkan bahan yang telah ditumbuk
5. Kacau hingga wangi dan masukkan rempah daging
6. Kacau sekejap
7. Masukkan nenas dan santan
8. Biarkan mendidih, masukkan kerisek, cili merah yang telah dibelah 2, garam dan gula
9. Biar gula lebih sedikit sebab pajeri kenalah rasanya manis.
10. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris halus.
11. Selamat Mencuba !

PAJERI NENAS DENGAN TERUNG KELANTAN STYLE

Bahan-bahan :
1 biji nenas, potong bulat atau setengah bulat - kalau nenas tu agak masam, celur sekejap dan buang airnya.
2 biji terung panjang, dikerat dua dan belah dua tapi jangan putus, kemudian rendamkan ke dalam air (untuk mengelakkan terung menjadi lebam)
1 biji kelapa, ambil 4 cawan santan
1/4 biji kelapa, buat kerisik
2 biji lada merah, dibelah dua
1 biji bawang besar, dibelah empat
Minyak untuk menumis
Garam dan gula merah secukup rasa

Bahan A - Bumbunya (ditumbuk lumat)
2 biji buah keras
6 biji cili kering - lebihkan jika suka pedas
10 biji bawang merah
2 biji bawang putih
2cm halia
2cm lengkuas

Bahan B - disatukan
2 sudu air asam jawa
2 sudu makan rempah kari
2 sudu makan rempah kerutuk
1/2 cawan air panas

Bahan C - rempah tumis
2.5 cm kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
4 kuntum cengkih
3 kelopak bunga lawang
1cm halia dimayang
2 biji bawang putih
3 biji bawang merah

Cara-caranya:-
1. Panaskan minyak, tumiskan bahan C hingga wangi.
2. Kemudian masukkan bahan A diikuti dengan bahan B.
3. Kecilkan api dan kacau selalu hingga rempah masak dan garing.
4. Kemudian masukkan nenas, garam dan gula merah secukup rasa.
5. Tutup periuk dan biarkan rempah-rempah menyerap pada nenas dan hampir kering, barulah dimasukkan santan dan kerisik.
6. Bila telah pekat dan pecah minyak, barulah dimasukkan terung, bawang besar dan lada merah. Bila terung telah lembut, bolehlah diangkat dan dihidangkan.
7. Sebelum itu, pastikan rasanya telah cukup dan sesuai dengan selera.

PAJRI NANAS
(Source : Let's Masak Masak Maggi)

Bahan-bahan
1 biji nanas, kupas kulit, dipotong dua & dihiris se tebal 3 cm
2 camca besar minyak masak

A
6 ulas bawang merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris
2 cm halia, dimayang
2 cm kulit kayu manis
5 kelopak bunga lawang
1 peket Tumisan Kari Ayam MAGGI®
2 camca besar udang kering, ditumbuk kasar
2 cawan santan cair
2 camca teh pes asam jawa] dicampur dengan
2 camca besar air] ditapis
2 camca besar kerisek

Langkah Penyediaan
1. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga kekuningan.
2. Masukkan Tumisan MAGGI® dan udang kering; goreng hingga wangi.
3. Masukkan nanas, santan, air asam jawa dan kerisek.
4. Masak hingga mendidih dan renih selama 5 minit. Kepikan dari apabila kuah hamper pekat
5. Hidangkan bersama nasi

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).