KERABU JANTUNG PISANG
~ Kak Liza ~
~ Kak Liza ~
Bahan
1 biji jantung pisang [rebus sehingga lembut dan hiris]
1 cawan daun ulam raja [hiris halus]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
3 s/b jus asam jawa secukupnya
1 s/k gula
Bahan Mesin
1 labu bawang besar
2 batang serai
3 cili merah
5 tangkai ciliapi
segengam ikan bilis
sedikit belacan [jika suka]
garam
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Sumber: Buku Pandai Memasak
Bahan-Bahan:
1 biji jantung pisang
10 biji cili kering ]
6 ulas bawang merah ] digiling
2 ulas bawang merah ] 1 biji bawang besar (dipotong 4)
1 mangkuk santan pekat
2 sudu besar cuka
Garam secukupnya
Cara:
1. Jantung pisang dibelah dua, kemudian dicelur. Perahkan airnya dan dipotong-potong.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan giling, masukkan santan masak hingga mendidih.Masukkan cuka serta garam, kemudian masukkan jantung pisang dan bawang tadi dan masak hingga pekat.
Sumber: Majalah Jelita September 1991
Bahan-Bahan:
1 biji jantung pisang
3 biji bawang merah
3 camca sedang kerisik
1.25 sm belacan 80 sen udang kering
2 tangkai cili merah
1 biji limau nipis
Garam secukupnya
Cara:
Jantung pisang direbus hingga empuk. Kemudian dipotong kecil-kecil. Cili, bawang, udang kering dan belacan ditumbuk halus. Gaul jantung pisang bersama bahan-bahan ditumbuk halus. Masukkan kerisik dan garam. Gaul hingga sebati. Perahkan air asam limau. Gaul lagi hingga rata.
Bahan - bahannya :-
2 biji jantung pisang
1/2 paket santan
1 sudu teh belacan )
1/2 sudu teh lada hitam )
5 biji bawang merah ) dikisar
3 biji limau nipis )
Garam
Gula
Bahan perasa
Cara membuatnya:-
- Jantung pisang di celur terlebih dahulu.Kemudian di belah dua.
- Kisar belacan,lada hitam juga bawang merah serta perahkan sedikit limau nipis dan masukkan juga santan.
- Didihkan bahan tadi bersama jantung pisang.
- Masukkan garam ,gula dan bahan perasa secukup rasa.
- Sedia untuk dihidangkan.
Bahan-bahan:
2 biji jantung pisang
5 gm udang kering
50 gm sambal belacan
40 gm kelapa parut } digoreng hingga perang kemudian ditumbuk
20 gm santan pekat
2 biji limau nipis
garam dan gula secukup rasa
2 batang serai }
3 helai daun limau purut }
1 kuntum bunga kantan }
10 ulas bawang merah } dimayang halus
10 tangkai cili padi }
5 tangkai cili merah }
Cara membuat:
1. Jantung pisang direbus hingga masak. Toskan airnya dan dipotong halus-halus.
2. Campurkan semua bahan-bahan diatas dan digaul sebati sebelum dihidangkan.
Bahan-bahan
300 g perut lembu
1 biji jantung pisang dibelah dua
40 g udang kering
4 biji cili merah
5-6 biji cili padi
200 ml pati santan
Perahan 2 biji limau nipis
4 biji bawang merah dihiris
1 kuntum bunga kantan
1 sudu besar kerisik
Garam dan gula secukup rasa
Cara membuatnya
•Rebus perut hingga empuk dan hiris kecil. Ketepikan.
•Celur jantung pisang, sejat dan hiris halus.
•Rendam udang kering 10 minit, kemudian kisar bersama cili merah dan cili padi.
•Satukan semua bahan, gaul rata dan hidangkan.
Bahan-Bahan
5 ulas bawang kecil - dihiris
3 batang lada merah - dikisar
1 sudu teh serbuk belacan - dikisar bersama lada
300 gram udang segar
1 kotak santan pekat
100 gram belimbing - dihiris
1 biji jantung pisang - diambil bunganya sahaja.
secukup rasa garam
secukup rasa gula
Cara Cara
•Panaskan kuali kemudian masukkan lada yang telah dikisar bersama belacan.
•Setelah dikacau rata, masukkan hirisan bawang kecil, hirisan belimbing dan seterusnya masukkan bunga pisang yang diambil dari jantungnya yang telah di rebus terlebih dahulu bersama sedikit garam.
•Akhir sekali masukkan santan, lalu digaul sehingga rata setelah masak padamkan api dan hidangkan ia dengan udang yang telah direbus.
Bahan-bahan
1 biji jantung pisang
2 ekor sotong
1 biji bawang besar, didadu kasar
1/2 biji nenas, dihiris kecil
1 biji cili hijau, dihiris serong
1 biji cili merah, dihiris serong
100 ml pati santan
1/2 kiub pati bilis
1/2 sudu teh belacan, dihancurkan
1 sudu teh perahan limau
Cara membuatnya
1. Celur jantung pisang hingga empuk. Ambil bahagian tengahnya sahaja (bewarna putih). Ketepikan.
2. Bersihkan sotong, potong bulat dan kukus hingga masak. Ketepikan.
3. Masukkan semua bahan di dalam mangkuk dan gaul rata. Hidang bersama nasi.
Bahan-bahan
1 biji jantung pisang kepuk
1 ulas bawang putih
6 ulas bawang merah
lada hitam
isi ikan rebus
kerisek drp 1/2 biji kelapa
santan pekat dr 1 biji kelapa
limau nipis
1 labu bawang besar( dihiris bulat )
Cara penyediaannya
Jantung pisang dihiris halus dan direbus sehingga masak. Angkat dan toskan dan masukkan ke dalam bekas. Bawang putih, bawang merah, lada hitam dan isi ikan rebus ditumbuk lumat. Kesemua bahan tumbuk, hirisan bawang besar, kerisek dan jantung pisang digaulkan bersama sedikit garam dan perahan limau nipis. Rasa garamnya. Siap untuk dihidangkan
BAHAN:
1 biji mangga muda - di potong halus-halus
1/2 jantung pisang (celur) - dimayang halus
1 biji bawang besar - dimayang halus
1/2 biji tomato - dicincang halus
6 biji cili padi (ikut nak pedas) - dihiris halus
1 biji cili merah - dihiris halus
2 cawan kelapa parut (digoreng) - ditumbuk halus alakadar aje JANGAN sampai berminyak macam kerisik pulak.
2 senduk pati santan ( kalau tak ada pakai je 2 -3 sudu serbuk santan segera)
2 sudu pati ikan bilis ( gantikan belacan sesuai untuk yang tak makan belacan. Yang nak pakai belacan angarlah sendiri).
garam dan gula secukup rasa
sedikit pes asam jawa atau air perahan limau ( tak perlu banyak sebab mangga tadi dah masam)
CARA:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan yang dihiris halus tadi.
2. Masukkan pati ikan bilis, garam, gula, pes asam jawa pati santan dan kerisik yang sudah ditumbuk.
3. Sedia dihidangkan bersama nasi.
bahan
1 biji jantung pisang[rebus sehingga lembut........hiris]
250 gm perut lembu[rebus sehingga lembut..hiris]
1 cawan santan pekat
2 sudu besar kerisik
air limau dan asam jawa secukupnya
1 labu bawang besar...]
2 batang serai............] mayang halus
cili merah..................]
cili api & cili merah.....]
sedikit belacan
garam
gula
Cara:
1. Gaulkan semua bahan dan perahkan air limau dan air asam jawa.
2. Rasakan masin & manis kerabu ini.
3. Hidangkan bersama nasi putih.
Resipi Oleh - kuihkoci
Bahan-Bahan
2 biji jantung pisang di buang kelopak
yang kerasnya
bahan (A) di hiris halus
10 ulas bawabg merah
1 biji bawabg besar
10 biji cili padi
5 biji cili merah
3 helai daun limau purut
2 batang serai
1 kuntum bunga kantan
2 biji limau nipis
4 sudu makan santan
2 sudu makan kerisik
sedikit belacan dan udang kering
garam dan gula secukup rasa
Cara Memasak
1.rebus jantung pisang hingga lembut dan di toskan hiris halus
2.campurkan jantung pisangdengan bahan (A) kacau rata
3.masukkan udang kering,belacan,santan dan limau purut diperah jusnya
4.masukkan garam,gula dan gaul hingga rata.. hidang kan
Bahan bahan
1 biji jantung pisang
5 tangkai ulam raja
1 biji mangga muda
100 gm tauge
5 biji cili merah
1 ulas bawang merah
1 sudu bwsar ikan bilis tumbuk
Garam secukup rasa
Cara
1. Belah 2 jantung pisang dan celur ke dalam air panas selama beberapa minit. Atau rebus sebentar. Sejukkan dan hiris halus dan masukkan ke dalam mangkuk.
2. Tumbuk cili merah dan masukkan ke dalam mangkuk yg sama.
3. Masukkan juga ikan bilis yg telah ditumbuk. Gaul rata dan perasakan.
4. Masukkan bawang merah yg telah dimayang halus dan gaul rata.
5. Boleh dihidangkan.
No comments:
Post a Comment