Today i'm going back to kl.So this morning my mom make something special.Usually she cooks it for tea time.But since today i'm going for a long journey & she worried i'm going to be hungry in the bus,she make 'rojak keling'.This rojak is very famous in terengganu.I don't why they called it rojak keling but it taste very delicious.Here in my place,u can find it sold a lot at pasar batu 6.But sorry i forgot my mom's recipe.But i'll learn from her soon.
When i come to kl,i tried to find this rojak until finally i realized people here called it rojak ayam.
Here i found almost similar recipe to my mom's (as fas as i can remember)but my mom didn't use 'taufu'.Instead she made plain 'cucur'.For 'kuah kacang',sometimes she mixed it with 'biskut marrie' to thicken the sauce.
When i come to kl,i tried to find this rojak until finally i realized people here called it rojak ayam.
Here i found almost similar recipe to my mom's (as fas as i can remember)but my mom didn't use 'taufu'.Instead she made plain 'cucur'.For 'kuah kacang',sometimes she mixed it with 'biskut marrie' to thicken the sauce.
Bahan
1/4 ekor ayam
3 biji telur rebus [belah2]
3 keping tahu [goreng dan potong nipis]
1/2 biji sengkuang [saiz kecil]
1 batang timun
1/2 biji salad lectucce
500 gm mee kuning [celurkan sikit]
Cara:
1. Ayam dipotong 2 dan dibersihkan. Gaulkan garam dan kunyit dan gorengkan. Bila dah sejuk potong kecil.
2. Semua sayuran dipotongkan kecil.
3. Masukkan serba sikit semua bahan dalam pinggan dan taburkan kuah kacang atas bahan.
KUAH KACANG
Bahan:
1/2 kg kacang tanah..goreng ..buang kulit..tumbuk kasar/pecah2
1/2 cawan air asam jawa
1/2 cawan gula merah
1/2 cawan minyak
garam secukup rasa
bahan mesin
3 sudu besar cili mesin
4 batang serai
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
8 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 biji buah keras
Cara:
1. Tumiskan bahan mesin sehingga wangi dan garing.
2. Bila dah naik minyak masukkan air asam jawa dan kacang. Tambahkan sedikit air jika pekat sangat.
3. Masukkan gula dan garam secukupnya. Masakkan dengan api perlahan sehingga naik minyak.
4. Hidangkan dengan rojak ayam.
Bahan cucur udang;
tepung gandum
udang basah
udang kering di blend
bawang merah di blend
daun kucai
garam
air untuk bancuh tepung
soda of bikarbonat
Cara membuatnya;
bancuh semua bahan-bahan di atas dan goreng.
Bahan kuah;
keledek sederhana besar (direbus hingga empuk) di belnd halus
kacang di goreng tanpa minyak dan di blend kasar
udang kering di belnd halus
air asam jawa
gula merah
gula pasir
garam
ajinamoto
Bahan digoreng tanpa minyak dan di blend halus;
jintan manis
biji ketumbar
bawang merah
buah pelaga
cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
serai
halia
lengkuas
Cara membuatnya;
Tumis bahan yang di blend dengan sedikit minyak. Kacau sehingga bahan naik wangi (garing), masukkan keledek, udang kering, gula merah, gula pasir, garam, santan , kacang dan serbuk perasa. akhir sekali masukkan air asam jawa. Masak sehingga kuah pekat, angkat
Bahan lain;
kentang rebus
telur
tauhu
timun
sengkuang
kubis
ayam goreng
Sumber: NoorMasri
Bahan-bahan:
1 ekor ayam - panggang di dlm oven pd suhu 200'C selama 1 jam atau hingga masak kemudian potong kecil2
4 biji kentang } rebus hingga empuk kemudian potong kecil
4 biji telur } rebus potong 2
4 keping tauhu } goreng kemudian hiris nipis
1/2 ketul daun salad }hiris
300 g taugeh } buang ekor kemudian celur 1 minit dlm air panas
1 btg timun } hiris
1 biji sengkuang } hiris
Kuah:
400 g kacang tanah } digoreng kemudian kisar kasar2
5 ulas bawang merah } belah 2
15 tangkai cili kering } potong 2 - kalau suka pedas leh tambah lagi ikut citarasa
sket cuka atau air asam jawa
2-3 sudu besar gula merah (gula melaka) atau mengikut citarasa
garam secukupnya
minyak utk menumis
air panas secukup nya
Cara membuat:
1. Panaskan minyak, goreng bawang merarh hingga naik bau angkat ketepikan
2. Kemudian goreng pula cili kering bila agak garing angkat
3. Kisar bawang dan cili tersbt hingga hancur
4. Campurkan kacang kisar, bahan kisar, cuka, gula merah, garam dan air panas secukupnya supaya kuah tidak terlalu cair atau pekat
5. Adjust supaya rasa masam, manis, pedas dan masin seimbang mengikut citarasa
Cara menghidangkan:
1. Masukkan kentang, timun, taugeh, ayam panggang, sengkuang, daun salad kemudian curahkan kuah atasnya.
2. Sedia di makan nyum nyum
Bahan-bahan
untuk rojak :
2 dada ayam (bhg daging yg ada tulang lembut tu) .... potong dadu .... atau suku ekor ayam .... potong kecil2
garam, serbuk kunyit dan minyak masak secukupnya untuk menggoreng ayam
3 biji telur rebus .... potong 2 setiap satu
3 keping tahu .... goreng dan potong dadu
1 biji sengkuang saiz kecil .... potong kecil2 pjg2
1 batang timun saiz kecil .... potong kecil2 pjg2
1 pokok salad... potong 1 inci
500 grm mee kuning .... basuh dan celur
untuk kuah :
500 gram kacang tanah....goreng tanpa minyak, buang kulit & mesin kasar/separa halus
2 sudu makan udang kering
1 1/2 cawan air
1/2 cawan air asam jawa (pekat)
suku cawan gula merah
suku cawan gula pasir
1/2 cawan minyak masak
garam secukup rasa
3 sudu makan cili boh
3 batang serai ... ketuk2kan
1 inci halia... blend
setengah inci lengkuas... blend*
8 ulas bawang merah .... blend*
4 ulas bawang putih .... blend*
2 biji buah keras .... blend*
*Semua bahan blend di'blend' bersama2 dengan 1/2 cawan air.
Cara membuatnye:
1. Buat kuah dulu.... Panaskan minyak, masukkan bhn2 yg telah di'blend', serai dan udang kering hingga wangi
2. Masukkan cili boh. Goreng sampai terbit minyak.
3. Masukkan garam, gula merah dan gula pasir. Gaul rata.
4. Masukkan air dan air asam jawa. Gaul rata
5. Masukkan kacang dan masak hingga naik minyak. Tutup api.
6. Buat rojak.... Gaulkan ayam bersama sebuk kunyit dan garam. Goreng hingga masak.
7. Masukkan mee yang telah dicelur ke dalam mangkuk. Masukkan semua bahan yang telah dipotong dan ayam goreng.
8. Tuangkan kuah kacang. Siap untuk hidangan 4 orang.
No comments:
Post a Comment