- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Monday, May 19, 2008

Happy Wesak Day

Today is holiday.So we decided just to relax.Since we haven't eat out for quite sometime,we decided to have lunch & dinner outside.But for breakfast & tea time,i decided to make some 'kuih' for him.I made 'roti jala' as i kept yesterday's chicken curry leftovers.



ROTI JALA


Bahan-Bahan:
250 g. tepung gandum
1/2 camt. garam
2 biji telur
550-600 ml. air
sedikit pewarna kuning
3-4 camB. Minyak

Cara:
1. Ayak tepung dan garam ke dalam mangkuk besar.
2. Campurkan dengan telur dan air, kacau hingga menjadi bancuhan yang tidak bergentel.Tapiskan jika perlu.
3. Masukkan sedikit pewarna kuning. Biar selama 20 minit.
4. Panaskan minyak di dalam kuali leper. Bubuh sedikit bancuhan di dalam acuan roti jala kemudian pusingkan di atas kuali leper. Pastikan kuali panas, perlahankan api sebelum menebar kuih jala. Seelok-eloknya, gunakan kuali leper seperti yang digunakan untuk membuat capati/tose/roti canai.



ROTI JALA


Bahan
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung kastad
2 s/b susu cair
2 cawan air
garam

Cara
1. Masukkan semua bahan dalam blender dan mesinkan. Tapiskan dalam mangkuk.
2. Pansakan kuali non-stik dan tebarkan adunan menggunakan acuan roti jala.
3. Bila sudah masak boleh lipat atau gulong.
4. Hidangkan dengan gulai ayam.


ROTI JALA JENI


Bahan-bahan:
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu segar/santan
1 sdt serbuk kunyit
1 biji telur
1 sdb minyak
1 1/2 sdt garam

Cara:
1. Blenderkan semua bahan di atas sampai ianya tidak bergentel dan senang untuk dijala.
2. Panaskan kuali dan mulalah menjala adunan cair.
3. Setelah selesai angkat ,gulungkan atau kita boleh lipatkan segi tiga.




ROTI JALA
Bahan-Bahan:
1 kilo tepung gandum
2 biji telor ayam
1 tin susu cair Carnation
1 sudu marjerin
Sedikit garam
Setitik pewarna kuning

Cara:
1. Bancuh tepung bersama susu cair/garam/pewarna/mentega dan telur.
2. Akhir sekali blender tepung yang telah dibancuh tadi supaya ianya tidak bergentel dan senang untuk dilayang.
3. Panaskan kuali dan sapukan sedikit minyak kemudian layangkan tepung yang telah cair.
4. Kemudian setelah selesai angkat lipatkan segi empat atau segi tiga.


ROTI JALA BERINTI

bahan
500gm tepung gandum
500 ml air
2 biji telur
serbuk kunyit
garam
simpulan daun pandan sebai berus minyak

Cara..
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Tapiskan.
3. Panaskan non-stick pan dan lenserkan sket minyak.
4. Masukkan adunan kedalan acuan roti jala dan tebarkan dalam pan.
5. Angkat dan isikan inti.
6. Gulungkan saperti kueh gulung.

Inti..
200 gm daging/ayam..cincang halus
200 gm kentang........]potong dadu
1 biji bawang besar.......]
1 ulas bawang putih......]
1 cm halia....................] mayang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan air asam jawa
daun sup...racik halus
garam
1 s/b minyak

Cara..
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dimayang sehingga wangi.
2. Masukkan bancuhan rempah kari dan air asam jawa.
3. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan daging/ayam, bwang besar, kentang dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan kentang empok.
6. Masukkan hirisan daun sup dan angkat.
7. Gulungkan dalam roti jala.

No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).