- Welcome To My Kitchen -


There is no spectacle on earth more appealing than that of a beautiful woman in the act of cooking dinner for someone she loves.

Thomas Wolfe (1900–1938), U.S. author. The Web and the Rock, ch. 28 (1939).




Daisypath Anniversary Years Ticker

Weight Loss B4 The BIG Day

Tuesday, May 6, 2008

Oily...oily

Suddenly this evening i thought of making traditional cake.During lunch hour,i went to a food stall to get some 'kuih'.Unfortunately the taste was bad & it's pricey.I think,it's worst than my cooking.So,i decided to surf the internet to find recipe to make my favorite 'kuih'.


KEROPOK LEKOR aka KEPOK LEKOR (My Favorite....)

Bahan
500 gm ikan selayang/parang/tamban
500 gm tepung sagu garam secukupnya
sedikit kiub ais

Cara membuat
1. Ambil/kikiskan isi ikan, buangkan tulangnya.
2. Tumbuk atau blend halus isi ikan sambil dibubuh garam.
3. Campur juga sedikit kiub ais semasa melakukan proses ini.
4. Kemudian bubuh tepung sagu secukupnya sambil diuli menjadi doh yang kenyal [kental].
5. Ambil sebuku kecil adunan ini dan kepalkan.
6. Gelekkan supaya menjadi saperti sebatang kayu.
7. Jerang air hingga mendidih dan masukkan keropok ke dalamnya.
8. Bila keropok timbul, angkat dan sejatkan di dalam penapis.
9. Biar sejuk sebelum dipotong pendek dan digoreng di dalam minyak panas.



IKAN CELUP TEPUNG

Bahan batter gorengan
2 cawan tepung beras
3 s/b tepung gorengan kentucky
1 biji telur [saiz kecil]
air secukup nya [dalam 1/2 cawan]
ikan ..[bersihkan saperti biasa] [selayang..kembung..selar]
minyak yg banyak

Cara
1. Panasakan minyak. [memang kena gunakan minyak yg banyak dan panas]
2. Bancuhkan adunan dan masukkan air sedikit demi sedikit sambil kacau menggunakan whisker. [tengukkan kepekatan adunan saperti kueh cara/pankek.]
3. Celupkan ikan sekor demi sekor dan goreng sehinggan garing.
4. Angkat dan toskan secukupnya.
5. Hidangkan dengan sos cili.

SOS CILI
10 tangkai cili kering
1 ulas bawang putih
2 s/b cuka
1 cawan air
1 s/b gula garam

Semua bahan mesin dan masakkkan sehinggga pekat.Jika suka boleh sediakan bijan goreng tanpa minyak.



CUCUR UDANG

Bahan A
2 cawan tepung gandum
2 s/b tepung beras
daun kucai
taugeh
cili merah [cincang]
garam
serbuk kunyit
minyak untuk menggoreng
udang kertas secukupnya

Bahan Mesin
udang kering
1 labu bawang besar
2 cawan air

Cara
1. Gaulkan rata semua bahan kecuali minyak dan udang kertas.
2. Panaskan minyak.
3. Sendukkan adunan dan letakkan udang diatas adunan.
4. Curahkan adunan yg berisi udang ditepi kuali dan biarkan ia meluncur jatuh dalam minyak.
5. Biarkan gorengan sehingga garing.
6. Angkat dan toskan.
7. Potong kecil dan hidangkan dengan sos cili.

SOS CILI

Bahan A
10 tangkai cili merah [buangkan biji]
1 cawan air
3 s/b cuka
1 ulas bawang putih [jika suka]
3 s/b sos tomato
2 s/b gula
garam

Bahan B
3 s/b air
1 s/b tepung jagung

Cara
1. Mesinkan semua bahan A sehingga halus.
2. Masakkan sehingga mendidih.
3. Bancuhkan bahan B dan masukkan dalam adunan cili.
4. Masakkan sehingga nampak pekat.
5. Tutup api dan hidangkan dengan cucur udang.



GORENG CEMPEDAK

Bahan
isi buah cempedak
minyak

Bahan Batter
2 cawan tepung beras cap Gajah
1 biji telur [gred c]
1 s/k air kapur
1 s/k kunyit
serbuk garam
air secukup pekat

Cara
1. Bancuhkan bahan bater sehinga cukup cair.
2. Panaskan minyak yg banyak dalam kuali sehingga cukup panas.
3. Celupkan buah cempedak dalam adunan bater dan masukkan dalam kuali.
4. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
5. Bila dah nampak agak garing angkat dan toskan.
6. Hidangkan.




PISANG GORENG

Bahan
pisang awak atau nangk atau tandu atau raja
minyak [banyak]
Bahan bater
2 cawan tepung beras
1 biji telur [gred c]
garam
kunyit
sedikit air kapur
air secukupnya
Cara
1. Buangkan kulit pisang dan potong serung kecil.
2. Bancuhkan bahan bater sehinga cukup cair.
3. Panaskan minyak yg banyak dalam kuali sehingga cukup panas.
4. Celupkan pisang dalam adunan bater dan masukkan dalam kuali.
5. Gorengkan sehingga kuning keemasan.
6. Bila dah nampak agak garing angkat dan toskan.
7. Hidangkan.


JEMPUT-JEMPUT PISANG

Bahan
10 biji pisang berangan/emas [hancurkan]
1 s/b gula
1 s/b susu tepung atau susu segar
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung naik sendiri
minyak untuk menggoreng

Cara
1. Campurkan semua bahan dan gaulkan rata.
2. Panaskan minyak.
3. Jemputkan kecil2 dan goreng sehingga kuning keemasan atau agak garing. Jangan selalu kacau gorengan..nanti ia kemek...tak bulat..



JEMPUT-JEMPUT JAGUNG

Bahan
3 batang Jagung [ ambil isi jagung ]
1 labu bawang besar [cincang]
3 biji cili merah [cincang]
100 gm udang hidup
1 biji telur
3 cawan tepung gandum
sedikit daun kucai
Air
garam (guna air suam)
Kunyit
serbuk minyak untuk menggoreng

Cara
1. Gaukan semua bahan supaya sebati.
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan.
3. Hidangkan dengan cili sos.


No comments:


One cannot think well, love well, sleep well, if one has not dined well.
Virginia Woolf (1882–1941), British novelist. A Room of One’s Own, ch. 1 (1929).